
Persembahan Sufian Suhaimi di pentas Anugerah Juara Lagu 33 (AJL) masih lagi menjadi bualan di media sosial kerana ramai yang tersentuh dengan nyanyian penuh emosinya malam itu.
Tidak hairan bila penyanyi lelaki itu mendapat sorokan gemuruh peminat kerana lagu Di Matamu sememangnya hits dan mendapat tontonan lebih 50 juta di YouTube.
Dan kerana itu juga, viral sebuah video lagu Di Matamu yang dinyanyikan semula dalam versi Korea oleh YouTuber disana, dikenali sebagai GTI.
Kumpulan GTI ini sudah agak popular di negara jiran kita, Indonesia kerana mereka banyak membuat cover lagu-lagu seberang. Anak muda yang dikenali sebagai Sibong, Dong Hyun dan Aoora ini merupakan anak kelahiran Korea Selatan dan baru-baru ini, mereka juga turut merakamkan lagu cover Di Matamu.
Ya, mungkin di Malaysia masih ramai yang belum mengenali kumpulan GTI ini tapi apa kata kalau korang dengar sendiri nyanyian cover oleh mereka ini.
Reaksi netizen
Pelbagai reaksi diterima dan rata-rata daripada mereka terkejut bila YouTuber dari Korea ini menyanyikan lagu Melayu.



Mana tahu rezeki Sufian Suhaimi di Korea pula

So guys, what say you? Macam dengar OST drama Korea tak? Hiks!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tahniah! Emina Kulasic, Pempengaruh Cemerlang Terima Anugerah Pelajaran Diraja UUM

Terbaru, pempengaruh media sosial, Emina Kulasic Bong Ei Min menasihatkan golongan muda supaya memberikan keutamaan kepada pendidikan demi jaminan masa depan setelah menerima Anugerah Pelajaran Diraja Universiti Utara Malaysia (UUM) di Majlis Konvokesyen UUM ke-37 pada Ahad.
Menurut Emina yang merupakan graduan dalam bidang Pengurusan dan Hal Ehwal Antarabangsa, keutamaannya tetap kepada pendidikan dan kerjaya pempengaruh hanyalah sebagai alternatif atau pilihan kedua.
“Nasihat saya, jangan jadikan impian untuk menjadi ‘influencer’ sebagai matlamat utama. Saya sendiri tidak pernah sasarkan hal ini. Pendidikan seharusnya menjadi tumpuan utama”


“Melalui pendidikan, kita boleh mencapai lebih banyak, menginspirasi orang lain dan berkongsi ilmu. Itu langkah pertama yang paling penting,” katanya.
Gadis yang berasal dari Sarikei, Sarawak dan dibesarkan oleh makciknya itu berkata, penglibatannya di dalam media sosial adalah kerja sampingan untuk memberi inspirasi kepada generasi muda tentang pentingnya pendidikan formal.
“Apabila kita berusaha untuk memperbaiki diri melalui pendidikan tinggi, orang lain juga akan terdorong untuk melakukan hal yang sama. Bila masyarakat terdorong untuk mengejar pendidikan dan perkembangan diri, mereka akan ikut teladan yang baik,” ujarnya yang kini mempunyai 59,300 pengikut di TikTok.


Berkongsi mengenai pembahagian masa, Emina juga aktif sebagai Setiausaha Agung Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UUM, selain itu pemilihan bidang yang diminati adalah cara terbaik untuk berjaya selain mendapat kerjasama baik daripada pensyarah dan juga rakan kuliahnya.
Dalam pada itu, dia turut menunjukkan prestasi kepimpinan cemerlang apabila diiktiraf sebagai penerima Anugerah ‘Most Diplomatic Minister’ dalam ASEAN Foundation Model ASEAN Meeting yang berlangsung di Siem Reap, Kemboja terdahulu.

Sekadar info, penerima Anugerah Pelajaran Diraja menerima wang tunai RM7,500 berserta sijil, manakala penerima Pingat Emas Canselor menerima RM 4,000 berserta sijil. Turut hadir, Sultan Kedah Al Aminul Karim, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah berkenan mencemar duli untuk merasmikan sesi pertama daripada lima hari konvokesyen.
Sumber: Sinar Harian
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Astro Rai #VAGANZERS, Alumni Popular Gegar Vaganza Turut Meriahkan Malam Gala Penuh Makna!

Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur baru-baru ini menjadi saksi kepada sebuah malam penuh penghargaan, apabila diadakan Majlis Makan Malam Gala & Sesi Beramah Mesra yang dihadiri oleh #Vaganzers dan Alumni Gegar Vaganza (GV).
Majlis istimewa ini diadakan untuk meraikan peminat tegar dan komuniti yang setia, yang telah menjadi nadi sebenar kepada kejayaan program Gegar Vaganza.

#Vaganzers, yang merupakan kelompok peminat yang aktif di media sosial dan dunia nyata, telah memberi sumbangan besar dalam menaikkan lagi populariti program tersebut.
Dedikasi serta semangat mereka menjadikan GV lebih dekat dengan penonton, menjadikan majlis ini bukan sekadar sebuah penghargaan, tetapi juga satu peluang untuk mempererat hubungan dalam kalangan komuniti.

Sorotan utama malam tersebut termasuk kehadiran peserta GV musim ke-11, baik yang masih bertanding mahupun yang sudah tersingkir, yang memeriahkan suasana. Antaranya ialah Arrora Salwa, Fairuz Selamat, Illa Sabry dan Ning Baizura.
Selain itu, bintang-bintang terkenal seperti Naqiu, Sheila Amzah, dan Amelina dari kalangan alumni Gegar Vaganza turut hadir memeriahkan makan malam penuh bermakna tersebut. Bintang yang hadir ini turut menghiburkan para Vaganzers dengan persembahan nyanyian.

#Vaganzers tidak hanya terkenal kerana kesungguhan mereka di platform digital, tetapi juga kerana pengaruh yang mereka bawa dalam memastikan program ini terus relevan.
Komuniti ini memainkan peranan penting dalam menghidupkan perbincangan, membuat spekulasi, dan memberi komen tentang peserta GV setiap minggu, bahkan di luar waktu siaran.


Inisiatif ini juga memberi penghargaan kepada mereka yang aktif menyertai pelbagai aktiviti seperti peraduan mingguan di Instagram, di mana mereka berpeluang memenangi tiket percuma ke konsert mingguan secara langsung.
Majlis Makan Malam Gala ini menjadi bukti bahawa Astro tidak hanya menghargai sokongan padu #Vaganzers, tetapi juga berusaha membina ekosistem yang lebih dinamik, terus memeriahkan pengalaman penonton dan memastikan legasi Gegar Vaganza terus berpanjangan.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Belum Reda Omicron, 12 Orang Sudah Jangkiti Dengan Varian Baharu Covid-19 : IHU

Di saat kita semua sedang melangkah masuk ke tahun baharu 2022 dengan harapan tiada lagi virus pandemik Covid-19 di muka bumi ini. Namun, laporan ini sedikit sebanyak menyuramkan semangat penduduk dunia untuk menyambut kehadiran tahun baharu tanpa pandemik maut ini.
Dalam dunia masih gian melawan varian Omicron yang menular, kini timbul pula varian baru yang dinamakan varian IHU.
ARTIKEL BERKAITAN : Tiada Lagi ‘Walk-In’ Ambil Dos Penggalak, Hanya Tunggu Tarikh Di Aplikasi MySejahtera

Menurut laporan, saintis di Perancis mengenal pasti varian baharu COVID-19 yang dikatakan mempunyai 46 mutasi. Malah, portal Independent turut melaporkan, varian baharu itu dinamakan IHU iaitu B.1.640.2 — setakat ini menjangkiti 12 orang di Tenggara Perancis.
Kes pertama dikaitkan dengan seseorang yang mempunyai sejarah perjalanan ke Cameroon, Afrika Barat, kata penyelidik dalam kertas yang diterbitkan di medRxiv.

Bagaimanapun, pakar segera mengumumkan hanya kerana varian baharu ditemukan — itu tidak bermakna IHU akan terbukti menular seperti strain lain, termasuk Omicron. Dalam analisis, penulis laporan itu menemui 46 mutasi yang tidak dikesan di negara lain, atau melabelkan varian yang sedang disiasat oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Malah, paling membimbangkan laporan turut mendakwa orang yang dijangkiti virus tersebut telah menerima vaksin sepenuhnya. Individu terbabit diuji positif untuk COVID-19 selepas pulang dari perjalanan tiga hari, di Cameroon.
Menerusi rangkaian Twitter yang panjang, ahli epidemiologi dan rakan di Persekutuan Saintis Amerika, Eric Feigl-Ding berkata, varian baharu itu sedang dipantau untuk menilai sejauh mana ia boleh berjangkit atau berbahaya.
“Terdapat banyak varian baharu ditemui sepanjang masa, tetapi ia tidak semestinya menjadi lebih berbahaya.
“Apa yang menjadikan varian lebih terkenal dan berbahaya ialah keupayaannya untuk membiak kerana bilangan mutasi yang dimilikinya berhubung dengan virus asal,” katanya. – AGENSI
Maknanya, adakah varian baru ini kebal dengan vaksin yang ada sekarang ini?
BACA LAGI : Sela Masa Dos Penggalak Pfizer & AstraZeneca Disingkatkan Kepada 3 Bulan
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber: Berita Harian
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

