Youtube Ambil Tindakan Drastik Terhadap Golongan Anti-Vaksin, Halang Dan Sekat Video Content!

Share

Kelonggaran beberapa sektor seperti sektor pekerjaan dan pelancongan merupakan satu petanda baik untuk ekonomi negara. Keberkesanan vaksin dalam menurunkan kadar keberjangkitan pandemik dilihat berada dalam tahap yang baik.

Namun, masih ada golongan yang bersikap anti-vaksin dan menolak daripada menerima suntikan. Memandang serius perkara ini, YouTube membuat tindakan tegas apabila bakal menyekat kandungan anti-vaksin dari seluruh dunia!

Foto : Getty Image

Langkah ini diambil dalam usaha platform popular itu bagi menghalang sebarang penyebaran maklumat palsu berhubung vaksin Covid-19.

Antara contoh kandungan yang tidak dibenarkan disiarkan dalam YouTube termasuklah dakwaan yang mengatakan vaksin berkenaan menyebabkan kemandulan serta suntikan MMR yang melindungi individu daripada dijangkiti cacar, beguk dan rubella boleh menyebabkan autism.

Syarikat video atas talian milik Alphabet itu turut mengharamkan saluran-saluran yang dikaitkan dengan beberapa aktivis anti-vaksin ternama seperti Robert F. Kennedy Jr dan Joseph Mercola.

Robert F. Kennedy Jr.’s. Foto Kredit…Clemens Bilan/EPA, via Shutterstock

Dalam pada itu, Mercola dalam satu kenyataan berkata: “Kami di seluruh dunia akan terus bersatu, tidak akan hidup dalam ketakutan, berpegang teguh pada prinsip dan akan melindungi kebebasan kami.”

Keprihatinan Youtube ini terhadap isu penolakan vaksin ini seharusnya menjadi satu contoh dan semangat untuk syarikat gergasi di dunia untuk sama-sama memastikan kehidupan di dunia menjadi lebih baik apabila majoriti penduduk dunia sudah divaksin. Semoga dengan tindakan drastik Youtube ini menjentik hati kelompok antivaksin untuk memikirkan kembali keputusan mereka.

 

Sumber : REUTERS, NBCNEWS

IKLAN