Dalam suasana politik yang sering dikaitkan dengan layanan istimewa dan kelebihan status, pendirian yang dibawa oleh YB Syerleena Abdul Rashid tampil ringkas tetapi jelas ahli politik juga tertakluk kepada peraturan yang sama seperti rakyat biasa.
Ahli Parlimen Bukit Bendera itu secara terbuka menyatakan sokongan terhadap polisi tempahan online Khairul Aming, seorang usahawan dan personaliti makanan terkenal, yang sebelum ini menegaskan bahawa tiada konsep ‘walk-in’ termasuk untuk ahli politik.
Sebaliknya, semua pelanggan perlu membuat tempahan secara dalam talian mengikut sistem yang telah ditetapkan.
Menurut YB Syerleena Abdul Rashid, prinsip tersebut bukan sahaja wajar, malah selari dengan nilai asas integriti dan akauntabiliti yang sepatutnya dipegang oleh setiap wakil rakyat.
Baginya, peraturan yang dicipta adalah untuk memastikan keadilan, bukannya untuk memberi kelebihan kepada golongan tertentu.
“Sebagai ahli politik, kami sepatutnya dilayan sama seperti orang lain. Malah, kamilah yang patut berada di barisan hadapan dalam mematuhi peraturan dan memastikan sistem berjalan dengan adil,” katanya.
Tolak Budaya Layanan Istimewa
Beliau menegaskan bahawa jawatan atau kedudukan tidak seharusnya dijadikan alasan untuk mendapatkan layanan khas, walaupun dalam urusan harian yang kelihatan remeh seperti mengunjungi restoran.
Ads
Sokongan terhadap polisi tempahan online Khairul Aming dilihat sebagai simbol penolakan terhadap budaya keistimewaan yang sering menjadi rungutan masyarakat.
Dalam konteks ini, YB Syerleena Abdul Rashid menekankan bahawa sikap meminta keutamaan hanya akan merosakkan kepercayaan rakyat terhadap sistem dan institusi.
Sebaliknya, kepimpinan yang baik perlu ditunjukkan melalui teladan dan tindakan yang konsisten.
Pengalaman Peribadi Tanpa Keistimewaan
Dalam nada lebih santai, beliau turut berkongsi bahawa hasratnya untuk berkunjung ke restoran milik Khairul Aming masih belum kesampaian.
Ads
Namun, perkara itu bukan berpunca daripada isu layanan, sebaliknya disebabkan kekangan masa dan komitmen kerja sebagai wakil rakyat.
“Kalau saya nak pergi pun, saya akan buat tempahan macam orang lain. Tak ada apa-apa yang istimewa,” ujarnya ringkas, sekali gus menguatkan sokongannya terhadap polisi tempahan online Khairul Aming yang diamalkan secara konsisten.
Tambah beliau, masyarakat juga tidak seharusnya meletakkan sesiapa termasuk ahli politik di atas peraturan atau undang-undang.
Prinsip ini dianggap penting bagi memastikan keadilan sosial dan mengelakkan penyalahgunaan kuasa.
“Tak ada siapa lebih besar daripada peraturan, dan tak ada siapa lebih tinggi daripada rakyat,” katanya lagi, merujuk kepada keperluan semua pihak menghormati sistem yang telah diwujudkan.
Ads
Mesej Kepimpinan Yang Realistik
Kenyataan tersebut dilihat sebagai satu mesej simbolik yang lebih besar, mencerminkan pendekatan kepimpinan yang berpijak di bumi nyata serta menolak budaya layanan khas.
Sokongan terbuka terhadap polisi tempahan online Khairul Aming turut memberi isyarat bahawa keadilan boleh bermula daripada perkara kecil dalam kehidupan seharian.
Sumber : Tiktok YB Syerleena_Rashid
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Lebih kurang seminggu lagi kita akan menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia,
Kalau korang masih ingat masa waktu sekolah dulu, masuk saja bulan Ogos mesti diwajibkan menyanyi lagu-lagu patriotik ketika dalam perhimpunan. Ingat lagi kan?
Namun, apabila negara dilanda ujian pandemik wabak Covid-19, sedikit sebanyak semangat nasionalisma di kalangan rakyat Malaysia turut berkurang terutamnya di kalanga Remaja.
Pengertian Hari Kebangsaan atau Hari Merdeka seharusnya diselami golongan remaja dengan baik sekaligus membentuk sebuah negara yang harmoni. Ini 7 aktiviti berunsur patriotik yang mampu menyuntik rasa cintakan negara dalam diri korang tanpa perlu keluar rumah.
Tonton Filem Patriotik
Pengertian Kemerdekaan Malaysia ini seharusnya diselami golongan remaja dengan baik sekaligus membentuk sebuah negara yang harmoni. Ini lima filem berunsur patriotik yang mampu menyuntik rasa cintakan negara dalam diri korang. Filem seperti Bukit Kepong, Sarjan Hassan, 1957: Hati Malaya, Tanda Putera, Paloh dan banyak lagi. Jom tengok.
Nyanyi dan Hayati Lirik Lagu Patriotik
Kalau korang masih ingat masa waktu sekolah dulu, masuk saja bulan Ogos mesti diwajibkan menyanyi lagu-lagu patriotik ketika dalam perhimpunan. Ingat lagi kan?
Setiap pelajar diberikan lirik-lirik lagu patriotik yang akan dinyanyikan secara bergilir-gilir setiap hari. Kena pula nyanyi lagu best, pergh memang bersemangat la kita nak nyanyi. Siap kibarkan bendera Malaysia lagi.
Menyertai Pertandingan Kemerdekaan
Bebas dan kreatif dalam melakukan aktiviti menulis esei, pertandingan tiktok, pengucapan awam. Majalah REMAJA turut menganjurkan beberapa pertandingan Sempena bulan kemerdekaan & sambutan hari Malaysia.
Kempen dan pertandingan ini juga disokong oleh DBP dan Jabatan Pendidikan Selangor bawah Kementerian Pendidikan
Klik Disini untuk menyertai. Pamerkan hasil kreativiti sepanjang bulan Kemerdekaan.
Hiasi Rumah Dengan Julur Gemilang
Ruangkan masa untuk menghias rumah dengan bendera Malaysia. Juga boleh hiasi rumah dengan rona bendera Malaysia seperti merah, kuning dan biru. Baru meriah!
Inovasi Dan OOTD Pakaian Tradisional
Jika dahulu aktiviti seperti ini memang kerap diadakan di sekolah, apa kata cuba buat di rumah. Olah bendera menjadi pakaian dan aksesori tradisional seperti samping, selendang dan songkok. OOTD dan kongsikan di media sosial korang.
Kenali Tokoh Dan Informasi Kemerdekaan
Be creative, anjurkan kuiz mini dengan rakan-rakan dan keluarga dengan topik kemerdekaan. Kalau jauh boleh je guna zoom in. Reward usaha rakan-rakan dengan hadiah untuk naikkan semangat mereka!
SAMBUTAN NORMA BAHARU
Marilah bersama-sama memeriahkan sambutan Hari Kemerdekaan walaupun dengan berada di rumah. Sambutlah dengan norma baharu walau di mana jua kita berada. Isi aktiviti dengan patriotism dan erti cintakan sebuah negara. Selamat mencuba di rumah.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru-baru ini, isu depresi sekali lagi menjadi bualan hangat di sosial media. Korang harus ingat bahawa penyakit ini masih boleh diubati dan sebenarnya dah ramai individu yang pulih daripada masalah ini setelah menjalani rawatan.
Seperti pengalaman yang telah dikongsi oleh individu ini di laman sosial, kemurungan ini adalah satu penyakit yang boleh datang berulang kali. Ada masa elok, ada masa.. Hmm! Tapi korang tidak perlu malu untuk berjumpa dengan psikiatris, kerana dengan rawatan yang tepat, penyakit ini boleh disembuhkan sepenuhnya.
Depresi bukan gila. Ia hanyalah satu penyakit mental yang boleh dirawat. Jangan malu untuk berjumpa pakar, sebaliknya terlebih dahulu cuba korang check simptom-simptom yang mungkin dialami sekiranya mempunyai masalah depresi.
1. Rasa kosong
Sedih tidak, happy pun tidak. Perasaan takut mati pun tiada. Hidup tak ubah seperti mayat.
2. Susah untuk senyum
Pura-pura senyum tu boleh, tapi bukan senyum yang datang dari hati.
.
3. Mudah marah
Silap sikit saja boleh mengamuk. Kadang hal yang remeh pun boleh membuatkan korang marah.
4. Cepat letih
Buat kerja tak banyak mana pun, tapi letih tu macam baru balik dari panjat bukit. Letih otak, letih badan. Simptom ini jugalah yang membuatkan pesakit boleh dimasukkan ke dalam wad. Tak demam, tidak buat apa-apa aktiviti berat tapi badan tak bermaya.
5. Rambut gugur
Bangun tidur, 10 helai rambut atas bantal. Tepi katil pun banyak. Bukan gugur dua, tiga helai tetapi boleh dikatakan selak sikit rambut ada saja yang dapat di tangan.
.
6. Lenguh badan
Setiap minggu kalau boleh nak pergi berurut. Sakit leher, sengal pinggang dan migrain pun ada.
7. Malas bangun tidur
Ini paling ketara. Kalau boleh nak baring saja atas katil. Tak nak buat kerja atau apa-apa aktiviti langsung.
8. Tidak rasa segar walaupun selepas mandi
Letih yang sama, panas yang sama, ketidakselesaan yang sama. Walaupun sudah pergi memanjakan diri di spa, tapi masih tidak rasa seronok.
9. Tidur yang tidak puas
Nak tidur bukan main susah. Dah tukar bantal khas untuk imsomnia, tukar tilam khas untuk tulang belakang dan try minum green tea sekali pun tetap tidak berkesan. Tapi kalau tidur lama pun, tak rasa macam tidur.
sleep.
10. Ingin bersendiri
Tidak mahu berkomunikasi dengan sesiapa pun. Tutup Facebook, tutup Instagram, tutup phone, tutup pintu.. Berdiam dalam bilik. Rasa nak lari dari rumah, rasa nak mati.
11. Suka berbual dengan diri sendiri (dalam kepala)
Lebih suka bersendiri dan bermonolog. Macam-macam discussion ada dalam kepala. Seronok layan kepala sendiri, tak nak berbual dengan manusia.
Ha, ada yang mengalami simptom-simptom seperti ini tak? Nah, kalau ada pun korang tetap kena pergi berjumpa dengan doktor dulu untuk mengesahkannya. Jangan sebab korang rasa tak puas tidur, korang nak kata yang diri korang mengalami depresi. Hiks!
Bahasa dan budaya tempatan adalah identiti yang perlu dipelihara, namun tidak dapat dinafikan, ada sesetengah dialek negeri seperti loghat Kelantan agak sukar difahami, terutama bagi mereka yang bukan berasal dari sana.
Menyedari perkara itu, sekumpulan pelajar Universiti Malaya (UM) tampil dengan inisiatif kreatif apabila berjaya membangunkan aplikasi ‘KelantanLingo’, sebuah platform digital yang memudahkan orang ramai memahami dan mempelajari dialek Kelantan dengan lebih sistematik.
Hasil Projek Tahun Akhir Pelajar Cemerlang
Menerusi perkongsian laman Facebook rasmi Universiti Malaya, aplikasi inovatif ini dipersembahkan sempena Festival Idea Prasiswazah UM, iaitu acara tahunan yang menghimpunkan pelajar tahun akhir untuk mempersembahkan hasil projek masing-masing.
Empat pelajar UM yang terlibat dalam pembangunan aplikasi ini ialah Farah Fazlina, Nur Hazirah, Umi Aisyah Amalin dan Nur Liyana. Mereka membangunkan ‘KelantanLingo’ sebagai usaha membantu pelajar institusi pengajian tinggi, orang awam serta pelancong memahami dan menguasai dialek Kelantan secara lebih mudah, teratur dan interaktif.
Angkat Dialek Sebagai Warisan Moden
Menurut mereka, objektif utama aplikasi ini adalah untuk menyediakan platform pembelajaran digital yang mesra pengguna, selain mengangkat dialek Kelantan sebagai satu bentuk warisan bahasa yang perlu didokumentasikan dan dipelihara secara moden.
Pembangunan ‘KelantanLingo’ dilaksanakan menerusi pendekatan Design and Development Research (DDR) yang merangkumi tiga fasa utama, iaitu:
✅ Analisis keperluan pengguna ✅ Reka bentuk aplikasi ✅ Penilaian penggunaan oleh pengguna sebenar
Kajian mereka turut melibatkan soal selidik dalam talian yang disasarkan kepada pelajar institusi pengajian tinggi serta penduduk tempatan di Kelantan untuk memastikan aplikasi dibangunkan memenuhi keperluan sebenar pengguna.
Ciri Menarik & Penilaian Positif
Melalui poster pembentangan projek berkenaan, aplikasi ini menawarkan fungsi mendaftar masuk dan mengakses kandungan pembelajaran yang terdiri daripada:
🔹 Kata dan frasa asas dalam dialek Kelantan 🔹 Reka bentuk antaramuka yang mesra pengguna 🔹 Ciri interaktif untuk meningkatkan kefahaman dan minat pengguna
Reka bentuk antaramuka aplikasi turut diuji berdasarkan tahap kefahaman dan kepuasan pengguna. Hasil kajian mendapati:
✔️ 74 peratus responden bersetuju aplikasi ini mudah digunakan ✔️ 75 peratus responden berpuas hati dengan susun atur dan reka bentuk aplikasi
Secara keseluruhan, pengguna memberikan maklum balas positif terhadap keberkesanan ‘KelantanLingo’ sebagai alat bantu pembelajaran dialek tempatan.
Dekatkan Generasi Muda Dengan Warisan Bahasa
Walaupun ‘KelantanLingo’ masih berada di peringkat projek tahun akhir, inisiatif ini diharap dapat menjadi platform efektif dalam mempelajari dialek Kelantan secara interaktif. Usaha ini bukan sahaja membantu memudahkan komunikasi, bahkan berperanan mendekatkan generasi muda dengan warisan budaya negeri Cik Siti Wan Kembang.
Inisiatif ini juga selari dengan keperluan pemeliharaan dialek dalam era teknologi digital, memastikan bahasa tempatan terus relevan dalam kalangan generasi masa kini.
Tahniah kepada pelajar UM atas usaha inovatif ini! Siapa sangka belajar loghat Kelantan kini semudah di hujung jari?
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Hubungan istimewa yang sekian lama menjadi teka-teki akhirnya terjawab! Pelakon popular, Bella Astillahdan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq kini selangkah lagi ke fasa baharu...