Kucing Peliharaan Di Jerman Akhirnya Boleh Keluar Rumah Selepas 3 Bulan Terkurung

Share

 

Bukan manusia sahaja yang terkesan dengan perintah berkurung, haiwan pun sama terkesan!

Cuma istimewanya, perintah berkurung yang satu ini tidaklah disebabkan oleh pandemik COVID-19. Sebaliknya, ia adalah perintah berkurung khas yang dikenakan demi memeliharan spesis haiwan yang terancam.

Ia berlaku di sebuah bandaraya di Jerman bernama Walldorf di mana pihak berkuasanya telah mengenakan perintah berkurung khas terhadap kucing peliharaan untuk terus berada di rumah masing-masing selama tiga bulan bagi melindungi sejenis spesis burung terancam.

Walldorf, Jerman.
Crested Lark

Burung jenis Crested Lark atau dalam bahasa saintifiknya, Galerida Cristata itu terpaksa dilindungi disebabkan statistik kematiannya secara semula jadi pada setiap tahun.

Biarpun tiada bukti kukuh mengatakan kucing peliharan menjadi punca utama kematian burung Crested Lark ini, namun perintah berkurung khas masih dikenakan sebagai tindakan berjaga-jaga selama musim pembiakan burung itu.

Haih, kucing peliharaan juga dipersalahkan! Hehe

Akibatnya, selama tiga bulan lalu, kucing-kucing peliharaan di Walldorf hanya dibenarkan keluar dari rumah tidak melebihi dua meter dan perlu diikat dengan tali leher atau leash

.

Sekiranya ada kucing peliharaan yang ditangkap melarikan diri dari rumah dalam tempoh perintah berkurung khas itu, pemiliknya terpaksa menghubungi talian khas dan akan dikenakan denda jika kucing tersebut ditemui.

Foto Hiasan : Wiktionary

Akhirnya selepas tiga bulan ‘terseksa’, pihak berkuasa Walldorf mengembalikan semula kebebasan kepada kucing-kucing peliharaan di sana sejak Isnin lalu.

Usaha ini mungkin nampak mulia di atas kertas demi melindungi spesis burung ini. Bagaimanapun, para aktivis haiwan rata-rata mengkritik perintah berkurung khas yang dikenakan kerana ia sebenarnya boleh menjejaskan kesihatan kucing yang terperangkap selama itu.

Macam-macam ya! Sabarlah si comel.

SUMBER : Persatuan Diraja Britain untuk Perlindungan Burung  (RSPB)

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

IKLAN