Wow! UNITAR Jadi IPT Asia Pertama Diiktiraf Pembelajaran Online & PJJ 5 Bintang

Share

 

Congratulations UNITAR!

 

UNITAR ataupun Universiti Antarabangsa UNITAR telah membanggakan sistem pendidikan Malaysia apabila menjadi institut pengajian tinggi (IPT) pertama di Asia untuk menerima penarafan 5 bintang dalam kategori pembelajaran dalam talian atau pembelajaan jarak jauh.

Anugerah itu telah disampaikan oleh QS Stars yang berpangkalan di United Kingdom.

Menurut mereka, penilaian dibuat dengan mengambil kira kategori khusus seperti mengajar, kebolehpasaran siswazah, perakaunan, kewangan dan keterangkuman.

Ia sekaligus mengukuhkan reputasi UNITAR sebagai sebuah IPT yang mampu menyediakan Pendidikan berkualiti dan menjamin prospek kerjaya pelajar di dalam dan luar negara.

Sejak mula menawarkan pelajar dengan kursus berasaskan web pada tahun 1997 iaitu sebelum perkembangan internet jalur lebar, mereka perlahan-lahan telah meningkatkan prestasi secara online

dan ia terbukti dengan pengiktirafan ini.

Untuk pengetahuan korang, antara program dalam talian yang ditawarkan oleh UNITAR termasuklah Diploma  Pendidikan  Awal Kanak-Kanak,  Sarjana  Muda  Pendidikan,  Sarjana  Muda  Pentadbiran  Perniagaan, Sarjana Pentadbiran Perniagaan dan Sarjana Pendidikan.

Tahniah sekali lagi!

Dalam keadaan semasa di mana arahan kawalan pergerakan dikenakan kepada seluruh rakyat Malaysia, pembelajaran secara online-lah yang menjadi jalan penyelesaiannya. Tak gitu?

IKLAN