Pada zaman sekarang perkataan emoji itu sudah menjadi perkara yang sentiasa diguna pakai. Dengan perkembangan pesat teknologi komunikasi, telefon pintar, sistem operasi dan laman media sosial penggunaan emoji menjadi semakin meluas.
Apatah lagi di kalangan remaja dan belia yang inginkan suatu kelainan. Emoji membawa sifat membawa pelbagai perasaan dan mampu diluahkan dengan cukup mudah. Disebabkan itulah sangat popular di kalangan pengguna remaja.
Ekspresi emoji yang pelbagai jenis dan rupa sentiasa ditambah baik. Yang terkini sahaja jumlahnya tidak terkira banyaknya. Ada emosi gembira, sedih, marah hinggalah mengejek. Malah, emoji pelbagai wanra kulit juga diperkenalkan untuk meraikan variasi pelbagai bangsa.
Ads
Jika korang merasa emoji yang ada sekarang sudah mencukupi, korang silap! Kerana tidak lama lagi ia bakal ditambah dengan 157 emoji berbeza!
Pada minggu lalu, Unicode Consornium mengumumkan di halaman web rasminya bahawa mereka sedang mempersiapkan satu set emoji dikenali sebagai Unicode11.0. Set emoji ini dikatakan akan tersedia untuk pelbagai platform termasuklah Apple yang menggunakan sistem operasi iOS.
Ads
Umum mengetahui bahawa Apple menggunakan standard emoji Unicode di dalam sistem operasi mereka untuk pelbagai peranti seperti iPhone, MacBook, iPad dan pelbagai lagi.
Ads
Dari 157 emoji, terdapat 77 karakter unik dengan pelbagai warna berbeza-beza. Ada juga karakter baru seperti penjahat dan superhero, emoji haiwan, gigi, sayuran, makanan bagkan peralatan sukan.
Menurut khabar angin ia akan dilancarkan pada bulan Jun 2018. Sama ada betul atau tak, sama-sama kita tunggu.
Ikuti video di bawah untuk ketahui emoji-emoji baru ini! 😀
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kami percaya mesti ramai yang ‘bergantung’kepada data internet sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan yang dijalankan di negara kita. Betul tak?
Mana tidaknya, selain menonton movie, confirm korang mencari resipi viral yang dikongsi di media sosial kan?
Doa-doa dan zikir harian juga tidak terkecuali daripada mendapat perkongsian netizen hasil daripada ilmu yang diberikan oleh ustaz dan penceramah bertauliah.
Ya, boleh dikatakan daripada anak kecil sehingga orang dewasa memang bergantung kepada internet bagi kehidupan harian, lebih-lebih lagi diwaktu PKP ini.
Justeru itu, kerajaan Malaysia juga telah mengarahkan kesemua syarikat telco untuk memberi 1GB data internet secara percuma kepada masyarakat. Namun, mungkin ada yang menganggap jumlah 1GB yang diberikan itu terlalu sedikit, terutamanya buat mereka yang kaki internet.
Nah, sebenarnya ada beberapa langkah mudah yang korang boleh buat untuk menjimatkan dan membantu meminimumkan penggunaan data berbanding hari biasa.
Jom kita lihat cara yang dikongsikan oleh amanz.com ini.
1. Tetapkan had dan matikan data mudah alih secara automatik
Ini cara paling mudah yang korang boleh lakukan bagi mengurangkan jumlah data yang digunakan. Korang boleh mengehadkan penggunaan data mudah alih secara terus menerusi tetapan pada peranti.
Korang boleh menetapkan jumlah maksimum data yang boleh diakses untuk tempoh masa tertentu dan peranti akan menyahaktifkan fungsi data mudah alih secara automatik sekiranya penggunaan data melebihi kapasiti yang ditetapkan.
Selain itu, terdapat juga tetapan penjimatan data di mana menghalang aplikasi daripada menggunakan data di belakang tabir tanpa korang tahu. Untuk mengehadkan pengguna data pada peranti Android dan iOS sila ikuti langkah-langkah di bawah.
iOS
Settings > Mobile Data > Mobile Data Options > Low Data Mode
Android
Settings > Connections >Data Usage > Mobile Data Usage > Tekan ikon Gear
Dari sini terdapat dua tetapan yang boleh dipilih. Set data warning untuk memberikan amaran apabila penggunaan data melebihi had yang ditetapkan pengguna.
Set data limit pula mematikan Internet sebaik sahaja kuota data yang ditetapkan dicapai. Dengan dua ciri ini korang tak perlu risau terlebih menggunakan data harian.
2. Hadkan penggunaan aplikasi penstriman
Kebanyakan video yang dimuat naik ke dalam laman sesawang kadang kala bersaiz besar dan mampu menghabiskan kuota data dengan cepat terutamanya aplikasi YouTube. Oleh itu, korang disarankan untuk menonton video pada definisi yang lebih rendah kerana semakin besar kualiti video makan semakin banyak data Internet yang akan digunakan.Banyak aplikasi penstriman popular seperti Netflix dan YouTube menawarkan mod penjimatan bagi men
gurangkan penggunaan data. Melalui tetapan ini, video yang dipaparkan mungkin bukan terbaik tetapi boleh memastikan penggunaan data yang lebih optimum. Cara mengaktifkannya adalah seperti di bawah:
YouTube
• Android : Account > Settings > General > Limit Mobile Data Usage
• iOS : Account > Settings > Play HD on Wi-Fi only
Netflix
• Android : More > App Settings > Video Playback > Cellular Data Usage > Save Data
• iOS : More > App Settings > Cellular Data Usage > Save Data
3. Aktifkan mod penjimatan secara terbina pada aplikasi
Aplikasi media sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram merupakan antara aplikasi yang menggunakan data yang tinggi pada sesebuah peranti mudah alih. Namun begitu, aplikasi ini telah menyertakan fungsi penjimatan data secara terbina yang dapat membantu mengurangkan penggunaan data.
Sebagai contoh Facebook, aplikasi ini mempunyai ciri ‘data saver’ secara terbina yang mana apabila diaktifkan ia akan mengurangkan kualiti imej dan menyekat video daripada dimainkan secara automatik. Selain itu, fungsi automain ini juga boleh dinyahaktifkan menerusi tetapan.
Untuk Instagram pula, korang boleh mengurangkan jumlah data yang digunakan menerusi tetapan tersedia. Klik pada Profil > Settings > Account > Mobile data use > Use Less Data. Melalui tetapan ini, video akan mengambil masa lebih lama untuk dimuat naik apabila menggunakan sambungan selular.
Sebagai alternatif, korang juga boleh mencuba beberapa aplikasi media sosial yang ringan dan bersaiz lebih kecil seperti Facebook Lite, YouTube Go, Messenger Lite, Twitter Lite dan banyak lagi. Aplikasi-aplikasi seperti ini tidak memakan data yang banyak apabila digunakan sekaligus sedikit sebanyak dapat bantu menjimatkan penggunaan kuota Internet.
4. Nyahaktifkan kemas kini dan fungsi muat turun media secara automatik
Korang perasan tak? Korang akan menerima pemberitahuan setiap kali versi kemas kini baru tersedia untuk peranti dan kebiasaannya ia akan dilakukan secara automatik.
Sebaiknya, korang disarankan untuk menyahaktifkan tetapan ini kerana kemas kini secara automatik menelan sejumlah data yang besar. Untuk menyahaktif, korang hanya perlu buka aplikasi:
Google Play Store
Dari dalam aplikasi – Settings > Auto-Update apps > Do not auto update apps.
Apple App Store
Dari Settings > iTunes & App Store > Automatic Downloads > App Updates > Matikan
Melalui tetapan ini juga, korang boleh menetapkan kemas kini secara manual dan kemas kini aplikasi hanya menggunakan Wi-Fi untuk penjimatan lebih menyeluruh.
Korang juga disarankan untuk menyahaktifkan fungsi muat turun media secara automatik pada aplikasi WhatsApp dan Telegram bagi penjimatan data lebih baik.
WhatsApp
• Android : Settings > Data & Storage Usage > Media Auto Download > When using mobile data > Nyahpilih semua.
• iOS : Settings > Data & Storage Usage > Media Auto Download > Pilih Never on setiap kategori Photos, Audio, Videos dan Documents.
Telegram
Settings > Data & Storage > Automatic Media Download
5. Matikan data mudah alih apabila tidak digunakan
Langkah paling mudah yang korang boleh buat, matikan data muda alih apabila tidak menggunakan internet. Cara ini secara tidak langsung membantu korang menggunakan data mudah alih secara minima terutamanya pada kuota terhad. Selain itu, korang juga disarankan untuk menyahaktifkan pemberitahuan untuk aplikasi yang tidak diperlukan.
Selamat mencuba!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pernah tak korang dengar tentang ‘petua’ kalau beli handphone baru, untuk first time charge mesti kena 8 jam supaya bateri telefon tahan lebih lama?
Persoalannya, adakah ia benar atau hanya mitos semata-mata?
Pembaziran RM 86 juta setiap tahun
Menurut Root of Science, manusia menggunakan RM 86 juta setiap tahun untuk mengecas bateri handphone melebihi daripada keperluan dan kapasitinya.
Ini kerana kebiasaan handphone yang baru dibeli, pengguna telah di’ajar’ untuk mengecas telefon tersebut selama 8 jam untuk kali pertama dan termasuklah aktiviti mengecas yang berlaku dalam kehidupan seharian.
Perlu ke?
Sebenarnya, korang tak perlu cas telefon baru sampai 8 jam tapi ada pengecualiannya. Antara bateri boleh cas yang luas penggunaannya sebelum ini adalah bateri Nikel Kadmium (Nickel Cadmium atau NICs) dan Nikel-Logam-Hidrida (Nickel Metal Hydride atau NiMH).
Bateri-bateri ini dikatakan mempunyai memory effect apabila dicas selepas dikeluarkan oleh kilang. Ia seumpama bateri tersebut ‘menghafal’ sebanyak mana cas yang boleh disimpan dalam jangka masa yang panjang.
Lain pula dengan handphone yang selalunya menggunakan bateri Lithium-Ion, iaitu secara umumnya tidak mempunyai ketahanan yang kuat seperti bateri NiMH dan NiCd.
‘Mitos Orang Bandar’
Kesimpulannya, handphone baru yang dikatakan perlu dicas selama 8 jam untuk kali pertama adalah hanya “mitos orang banda”. Sebaiknya, korang baca je panduan penggunaan telefon bimbit. Jika tidak ada saranan untuk perlu berbuat seperti itu, maksudnya tidak perlu dicas sehingga 8 jam. Cukup sekadar sehingga bateri penuh, kemudian mati kan suis.
Jadi lepas ni, kita tak perlu terpedaya lagi dengan ‘petua’ charge hanphone baru selama 8 jam ni. Bukan apa, boleh jimatkan elektrik guys. Duit pun selamat. Hiks!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Lewat malam semalam, aplikasi WhatsApp, Instagram dan Facebook tergendala di seluruh dunia dan ramai yang menganggap bahawa talian internet mereka yang mempunyai masalah sehingga tidak dapat mengakses platform media sosial tersebut.
Masyarakat yang tinggal di benua Asia mungkin tidak terlalu terkesan (walaupun ramai yang ‘hilang arah. Hiks!) kerana ia berlaku lewat malam, tetapi di benua lain ia menyebabkan perniagaan tidak dapat beroperasi, seperti di Afrika, Eropah dan Amerika.
Agaknya apa yang berlaku ya?
Menurut Facebook, perubahan yang dilakukan pada tetapan ‘backbone routers’ yang mengawal rangkaian trafik antara pusat-pusat data menyebabkan kesemua perkhidmatan mereka lumpuh.
Ia bukan sahaja menyebabkan laman-laman tidak beroperasi tetapi juga sistem diagnostic yang digunakan oleh pasukan kejuruteraan rangkain Facebook. Dengan kesemua sistem dalaman tidak beroperasi, masa yang lama diambil untuk mengembalikan perkhidmatan seperti sedia kala.
Difahamkan, dalam masa enam jam, CEO Facebook Mark Zuckerberg telah mengalami kerugian sebanyak $7 billion atau lebih kurang RM29 billion.
Walau bagaimanapun, Facebook turut menjelaskan sepanjang tempoh operasi tergendala, keselamatan data pengguna tidak terjejas. Mereka memohon maaf atas sebarang kesukaran yang berlaku, khususnya kepada individu yang menggunakan platform mereka untuk urusan bisnes.
Kalau di Malaysia, WhatsApp, Instagram dan Facebook down, tidur awal la semua malam tadi ya? Hiks!