WhatsApp Tawar Aplikasi Dark Mode, Ini Cara Korang Nak Tukar Di iOS & Android

Share

Selepas laman Instagram, kini aplikasi WhatsApp pula menawarkan fungsi dark mode kepada semua pengguna iOS 13 dan Android 10.

Bagi pengguna Android 9 pula, korang boleh mengaktifkan fungsi dark mode ini dalam menu tetapan Whatsapp dengan memilih WhatsApp Settings > Chats > Theme > select Dark.

Pengguna perlu menggunakan versi 2.20.67 pada Android dan 2.20.30 pada iOS untuk menikmati tema gelap tersebut.

Peranti Android 10 dan iOS 13, interface application akan berubah ke dark mode

secara automatik sekiranya ia dipilih pada tetapan sistem.

Mudah sahaja kan?

Selamat mencuba!

Sumber: amanz.my

IKLAN