Makin Kompetitif, WhatsApp Perkenal Fungsi Hantar Gambar Dengan Resolusi Tinggi

Share

WhatsApp antara aplikasi yang sering digunakan oleh masyarakat dunia untuk berkomunikasi sesama sendiri dengan cara yang paling mudah.

Jika sebelum ini, penghantaran gambar dengan resolusi tinggi melalui WhatsApp agak leceh, namun kini aplikasi tersebut sudah mempunyai ciri baharu dimana korang boleh menukar tetapan pada telefon pintar.

Gambar hiasan

Caranya mudah sahaja, korang hanya perlu pergi ke WhatsApp > Settings > Storage and Data > Media Upload Quality.

Terdapat tiga pilihan yang diberikan kepada pengguna, iaitu Auto, Best Quality dan Data Saver. Jika korang memilih Best Quality

, saiz gambar akan menjadi lebih besar dan mengambil sedikit masa ketika menghantar kepada pengguna lain.

Walau bagaimanapun, buat masa sekarang hanya gambar sahaja yang mempunyai tetapan tersebut, bagi kualiti penghantaran video yang tinggi pula masih belum disediakan.

Mesti ramai yang happy bila dah mudah nak hantar gambar resolusi tinggi di WhatsApp kan. Selama ini mungkin ramai yang terpaksa beralih ke Telegram untuk menghantar gambar berkualiti tinggi, tapi kini korang sudah boleh menggunakan ciri terbaharu ini okay?

So guys, cepat update aplikasi WhatsApp korang sekarang.

Sumber: (1)

IKLAN