WhatsApp Pay Diperkenalkan Dengan Ciri Hantar & Terima Wang Melalui Chat

Share

Semalam, pengasas Facebook Mark Zuckerberg telah pun mengeluarkan kenyataan bahawa pihak mereka sudah mula melancarkan pembayaran melalui sistem WhatsApp di Brazil.

Ha, maksudnya selepas ini nak bayar apa-apa boleh pakai WhatsApp saja?

Walau bagaimanapun, ciri ini diperkenalkan di Brazil dan mungkin diperluaskan ke negara lain pada masa akan datang. Selain daripada dapat menghantar dan menerima wang, ciri ini juga turut boleh digunakan dalam membuat bayaran di kedai-kedai tempatan yang menerimanya.

Ciri ini dikuasakan oleh Facebook Pay, sekali gus memudahkan pengguna dan peniaga menggunakan maklumat pembayaran sama di semua platform lain dibawah Facebook dengan kerjasama bank tempatan, termasuklah Banco do Brasil, Nubank, Sicredi dan juga Cielo, iaitu pusat proses pembayaran terkemuka untuk pedagang di Brazil.

Buat masa ini, WhatsApp menyokong pautan kad kredit dan debit daripada beberapa penyedia di Brazil dibawah rangkaian Visa dan Mastercard. WhatsApp mengatakan penghantaran dan penerimaan wang antara pengguna adalah percuma. Tetapi, peniaga akan dikenakan caj pemprosesan apabila menerima pembayaran daripada pengguna.

Namun begitu, ciri ini masih lagi tidak diketahui bila masanya akan dilancarkan ke negara-negara yang lain.

Hm, rasa-rasanya ciri ini memudahkan pengguna di Malaysia ke?

Sumber: Mark Zuckerberg & Amanz

IKLAN