
Berita baik buat pengguna WhatsaApp, aplikasi itu dikatakan sedang menguji kebolehan untuk individu meninggalkan WhatsApp Groups tanpa meninggalkan notifikasi.
BACA: WhatsApp Bakal Perkenal Ciri Baharu, Admin Grup Boleh Padam Mesej Ahli Lain
Sebelum ini, WhatsApp banyak memperkenalkan ciri-ciri yang menfokuskan pada WhatsApp Group, antaranya termasuklah sokongan sehingga 512 orang dalam satu grup, selain dibenarkan untuk mempunyai lebih banyak admin.

Terbaharu, menurut WABetaInfo, ciri untuk keluar daripada grup WhatsApp secara diam-diam kini telah mula dibangunkan dan diuji pada WhatsApp Dekstop serta khabarnya akan hadir ke versi Beta di Android dan iOS pada masa hadapan.
BACA: Kenal Pasti Teknik Scammer Aplikasi Whatsapp, Ketua Polis Kongsi Tip Elak Ditipu
Menerusi ciri baharu ini, hanya admin grup akan mengetahui apabila ahlinya keluar meninggalkan WhatsApp Group berkenaan. Ini bermaksud ahli yang lain tidak akan mengetahui jika korang keluar daripada WhatsApp Group tersebut.

Tidak dinafikan aplikasi WhatsApp antara yang popular dijadikan sebagai medium komunikasi peribadi mahu pun urusan di tempat kerja. Penggunaan grup WhatsApp dilihat sangat membantu memudahkan komunikasi secara berkumpulan kerana mesej dapat disampaikan secara menyeluruh.
Namun, kadangkala ada juga grup-grup yang sebenarnya kita tidak ingin untuk menyertainya tetapi terpaksa, dan tidak dinafikan ciri baharu yang akan diperkenalkan nanti dapat membantu mengurangkan perasaan bersalah dengan ahli grup yang lain sekiranya korang ingin keluar daripada WhatsApp group tersebut.
Betul tak?
BACA: Doktor Ini Kongsi Bagaimana Fungsi Blue Tick Di WhatsApp Beri Tekanan Mental Pada Pengguna
Sumber: (1)
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Galaxy Watch & Buds PERCUMA Dengan Galaxy S10 Baru, Freebies Apa Lagi?

Sempena ulangtahun ke-10 Samsung Galaxy S, jenama Korea Selatan itu mengumumkan satu berita baik sekiranya korang mendapatkan model terbaru smartphone Galaxy S10 yang bakal berada di pasaran pada 8 Mac nanti.
Dengan tiga versi keluaran terbaru Galaxy S10, Galaxy S10e, Galaxy S10 dan Galaxy S10+ sudah pasti menjadi pilihan kerana diberikan dengan tawaran yang lebih berbaloi.

Samsung baru saja mengumumkan model dan harga rasmi bagi produk terbaru mereka dan korang boleh mendapatkan model smartphone ini dengan harga tawaran seperti berikut:
Samsung Galaxy S10e = RM2,699
Samsung Galaxy S10 = RM3,299
Samsung Galaxy S10+ 128GB = RM3,699
Samsung Galaxy S10+ 512GB = RM4,599
Smartphone pertama di angkasa
Antara keistimewaan yang bakal pengguna Galaxy S10 rasai adalah keupayaan luar biasa untuk mengecas handphone secara wireless daripada peranti lain. Dalam waktu kecemasan, korang dah tak perlu suis atau kabel untuk cas handphone selepas ini. Cari saja handphone yang mempunyai teknologi sama untuk mengecas.
Canggih kan?

Model Galaxy S10 ini juga merupakan smartphone pertama yang dilepaskan di angkasa untuk merakam gambar di ketinggian 80,000 kilometer dari aras bumi. Kalau dah tinggi macam tu pun tapi hasil gambar tetap meletop, korang rasa power ke tak Samsung Galaxy S10 ni?
Lebih berbaloi
Bukan hanya itu, kalau korang membeli Samsung Galaxy S10 di road show mereka bermula 8 Mac hingga 10 Mac 2019, ada hadiah menarik yang bakal korang perolehi.
Dengan setiap pembelian model Galaxy S10, korang berpeluang untuk mendapat freebies berikut:
Samsung Galaxy S10e
– Galaxy Buds bernilai RM499
Samsung Galaxy S10/S10+ (128GB)
– Galaxy Buds + Screen Protector Plus bernilai Rm779
Samsung S10+ (512GB)
– Galaxy Watch Active + Screen Protector Plus bernilai RM1,079
Perghh, biar betul? Ini memang berbaloi-baloi! Rugi kalau tak grab.
Galaxy S10 Roadshow ini diadakan di tiga lokasi iaitu:
Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur (10.00am-10.00pm)
AEON Tebrau City, Johor Bahru (10.00am-11.00pm: Jumaat & Sabtu) (10.00am-10.00pm: Ahad)
Queensbay Mall, Pulau Pinang (10.00am-10.30pm)

Apa lagi gaiss, jom serbu road show Galaxy S10 ni untuk dapatkan tawaran yang berbaloi-baloi ini!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
UiTM Terbaik Di Malaysia, Ke-10 Di Benua Asia Bagi Program Perhubungan Awam

Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah dinamakan sebagai institusi pengajian tinggi yang menawarkan program pengajian Perhubungan Awam terbaik di Malaysia dan yang ke-10 terbaik di benua Asia menurut EduRank; sebuah badan berkududukan bebas antarabangsa yang menganalisa 14,131 institusi pengajian tinggi dari 183 buah negara secara metrik.

Berikut merupakan senarai 10 program Perhubungan Awam terbaik yang ditawarkan di Malaysia menurut EduRank dan jelas, program Perhubungan Awam UiTM meninggalkan universiti lain dengan agak signifikan.
1. Universiti Teknologi MARA (ke-274 di dunia)
2. Universiti Malaysia (ke-327 di dunia)
3. Universiti Sains Malaysia (ke-353 di dunia)
4. Universiti Utara Malaysia (ke-370 di dunia)
5. Universiti Teknologi Malaysia (ke-382 di dunia)
6. Taylor’s University (ke-424 di dunia)
7. Universiti Putra Malaysia (ke-452 di dunia)
8. Universiti Kebangsaan Malaysia (ke-469 di dunia)
9. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (ke-496 di dunia)
10. Universiti Malaysia Sarawak (ke-1045 di dunia)
Dalam pada itu, di peringkat benua Asia pula, UiTM berada pada kedudukan ketiga terbaik dalam kalangan universiti dari rantau Asia Tenggara; hanya di belakang National University of Singapore (NUS) dan Nanyang Technological University, juga dari Singapura.
1. National University of Singapore, Singapura
2. Hong Kong Polytechnic University, Hong Kong
3. Education University of Hong Hong, Hong Kong
4. Chinese University of Hong Kong, Hong Kong
5. Nanyang Technological University, Singapura
6. City University of Hong Kong, Hong Kong
7. University of Haifa, Israel
8. Hebrew University of Jurusalem, Israel
9. Tel Aviv University, Israel
10. Universiti Teknologi MARA, Malaysia
*
Meninjau ke satu hantaran di Facebook, Ketua Program Perhubungan Awam UiTM, Meliena Mahpuz berkongsi kegembiraan beliau serta seluruh warga fakulti Pengajian Komunikasi dan Media UiTM di atas kejayaan tersebut.
“Saya amat berbangga dengan pasukan saya terdiri daripada para pensyarah perhubungan awam yang hebat, pelajar serta para Alumni.
“Penghargaan juga harus diberikan kepada bekas pensyarah yang telah membentuk kami serta menempatkan kami di kedudukan sekarang. Terima kasih UiTM. Terima kasih Fakulti Pengajian Komunikasi & Media. Tahniah,” catatnya.
Sebagai info, EduRank menyenaraikan kedudukan ini berdasarkan prestasi kajian yang dihasilkan oleh program universiti. Memetik laman web EduRank, ia mengguna pakai sebanyak 469,000 kertas akademik dibuat oleh 34 universiti di Malaysia untuk mengira penarafan penerbitan yang kemudiannya diselaraskan untuk tarikh keluaran serta ditambah pada markah akhir.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Asalnya Luka Di Bibir, Bila Check Ada Ulat”, Doktor Gigi Syer Pengalaman Rawat Kes Rare

Menjadi sebahagian dari tanggungjawab kita untuk membantu golongan memerlukan. Tidak kira siapa pun, apa pekerjaan kita, kita dituntut untuk saling membantu mengikut kemampuan diri.
Terima kasih buat para doktor dan mereka yang bertugas di Kementerian Kesihatan kerana sentiasa membantu pesakit yang sebarang keadaan yang memerlukan khidmat mereka diperlukan. Tertarik dengan perkongsian seorang doktor gigi, Dr Mohd Khairul Izwan yang bertugas dengan Kementerian Kesihatan Malaysia, REMAJA kongsikan pengalaman yang beliau kongsikan ketika merawat seorang remaja lumpuh dan menurutnya, kes ini agak istimewa kerana mungkin amat jarang didapati.
Bacalah perkongsiannya. Jadi selepas ini kalau ada di kalangan ahli keluarga kita yang lumpuh, ilmu ini mungkin amat berguna untuk penjagaan kepada pesakit khususnya bagi bahagian mulut yang mungkin selama ini kurang di beri perhatian.

Sedikit perkongsian dari saya yang berkesempatan untuk merawat seorang pesakit pada minggu lepas. Kes pesakit ini agak “istimewa” sedikit berbanding kes-kes lain yang biasa saya temui di klinik sebelum ini.
Pada minggu lepas, seorang ibu membawa anak perempuannya yang kurang upaya ke klinik gigi. Ibunya bimbang kerana bibir atas anaknya bengkak sejak beberapa hari dan keluar “ulat” daripada bibirnya yang bengkak.
Anaknya baru berumur 15 tahun dan menghidap Spastic Quadreplegia Cerebral Palsy disebabkan oleh masalah perkembangan saraf yang terganggu menyebabkannya menjadi lumpuh seluruh badan serta tidak mampu bergerak.

Setelah pemeriksaan lengkap dijalankan, didapati terdapat luka pada bibir atas adik ini yang bengkak dan terlihat seolah-olah ada sesuatu “benda lembut yang bersarang” di dalamnya. Rupa-rupanya benda lembut tersebut adalah larva lalat yang membiak pada luka di bibirnya.
Kalau nak tahu larva lalat ini bentuk dia macam ulat berwana putih yang bergerak laju tu. Biasa kita jumpa ulat macamtu pada benda-benda yang kotor atau dekat tong sampah yang sisa buangannya dibiarkan dalam tempoh waktu yang lama.
Larva lalat ini boleh membiak pada tisu/kulit manusia atau haiwan yang masih hidup ataupun yang telah mati.


Keadaan begini disebut sebagai “maggot infestation” ataupun “oral myiasis”. Asalnya bibir atas adik ini cuma mengalami luka kecil disebabkan oleh kekeringan (mungkin kerana cuaca sekarang yang panas). Oh ya adik ini tidak dapat makan atau minum seperti orang biasa kerana ketidakmampuannya untuk menelan. Jadi beliau cuma mampu makan melalui “nasogastric tube/Ryles tube” sahaja yang disambungkan melalui hidungnya.
Disebabkan ketidakmampuannya untuk bergerak, jadi mungkin ada lalat yang kebetulan hinggap pada bibirnya yang kering serta luka dan kemudian bertelur di dalamnya. Jangan salah faham pula kerana ibunya memang menjaganya di rumah secara sepenuh masa, cuma mungkin pada waktu tersebut ibunya tidak perasan ada lalat yang hinggap pada bibir adik ini dan bertelur di dalamnya.
Ditambah pula dengan kebersihan mulut serta gigi adik ini yang kurang baik kerana ketidakmampuannya untuk memberus gigi sendiri menyebabkan telur lalat tersebut dapat membiak dengan cepat membentuk larva dan mengakibatkan bibir atasnya menjadi bengkak.

Kes adik ini terpaksa dirujuk segera kepada klinik pakar bedah mulut di hospital besar yang jaraknya lebih kurang 50km dari klinik pergigian tempat saya bertugas. Di sana, doktor pakar membuat prosedur membuang larva lalat tersebut yang jumlah kesemuanya adalah sebanyak 16 ekor.
Kemudian adik ini dirujuk kembali kepada kami dan beliau diarahkan untuk ditahan di wad di hospital daerah yang berdekatan dengan klinik saya bertugas bagi memudahkan kami melakukan pencucian rutin terhadap luka adik tersebut.
Pada hari kedua, masih ditemukan larva lalat sebanyak 3 ekor semasa kami mencuci luka adik tersebut di wad. Luka tersebut terpaksa dicuci menggunakan gauze yang dibasahkan dengan Turpentine Oil selama 30 minit bagi menyukarkan larva lalat tersebut bernafas seterusnya memudahkan kami untuk menangkapnya dan memasukkannya ke dalam air panas. Larva lalat ini akan mati pada suhu yang tinggi.
Sepanjang 3 hari kami mencuci luka adik ini di wad, perasaan sayu dan sedih sentiasa menyelubungi hati kami kerana kasihan melihat keadaannya yang lumpuh dan tidak mampu bergerak. Sesekali air matanya mengalir seolah-olah menahan sakit walaupun kami telah memberikan ubat bius setempat pada kawasan luka sebelum melakukan prosedur pencucian tersebut.
Alhamdulillah setelah 3 hari kami mencuci lukanya, larva lalat tersebut telah berjaya dikeluarkan sepenuhnya dan lukanya juga menunjukkan tahap penyembuhan yang baik.
Lukanya dijahit dan ubat-ubatan dibekalkan.
Beliau dibenarkan keluar dari wad semalam dan kami meminta ibunya untuk menjaga kebersihan mulutnya dengan baik di rumah bagi membolehkan luka tersebut sembuh sepenuhnya dan bagi mengelakkan keadaan tersebut berulang kembali.
In sha Allah minggu depan kami akan review lagi adik ini di klinik bagi membuka benang jahitan dan melihat tahap kesembuhannya.
Walaupun kes myiasis begini jarang-jarang berlaku, namun ianya boleh terjadi kepada kita ataupun orang disekeliling kita. Jika anda mempunyai ibu bapa atau saudara mara yang tidak lagi berupaya bergerak disebabkan kerana lumpuh akibat sakit ataupun kerana telah tua, sering-seringlah lihat keadaan mulut mereka dan bantulah mereka menjaga kebersihan mulut mereka bagi mengurangkan risiko terjadinya keadaan begini.
Lalat boleh hinggap pada luka yang terdedah pada tubuh badan anda termasuk di bahagian mulut dan bertelur di dalamnya. Keadaan mulut yang tidak bersih boleh menggalakkan lagi pembiakan telur lalat ini. Oleh itu bantulah mereka memberus gigi atau sekurang-kurangnya membersihkan mulut mereka dengan menggunakan tuala basah yang bersih.
Sesungguhnya syurgalah tempat adik ini dan kami tahu Allah meminjamkannya ke dunia ini sebagai tempat untuk kami juga mengumpul pahala dengan membantunya sedaya upaya kami. Terima kasih Allah kerana memberikan kesempatan buat kami untuk berbakti kepadanya.
Semoga ada sesuatu yang anda semua boleh ambil sebagai iktibar daripada kisah ini.
Dr Mohd Khairul Izwan Bin Abdul Wahab
Sumber FB : Mohd Khairul Izwan
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

