“Bear In Mind That This Is Not The End Of Your Journey,” Neelofa Beri Kata Semangat Buat Calon #PT32019

Share

Dewi Remaja 2009/10 Neelofa menitipkan ucapan selamat maju jaya kepada pelajar yang mengambil keputusan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) hari ini.

Menerusi laman sosial Twitter, Neelofa menulis satu kicauan memberi semangat dan harapan agar semua pelajar lulus cemerlang.

” Walau apa pun keputusan, simpan dalam kepala ini bukan pengakhiran dalam perjalanan hidup anda!

“Terus fokus dengan apa yang akan berlaku di masa akan datang,” ucap Neelofa

Lebih 400,000 pelajar di seluruh negara yang menduduki PT3 pada Oktober. PT3 diperkenalkan pada 2014 bagi menggantikan Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang dilaksanakan sejak 1993.

Meninjau ke ruangan balas, ramai yang mengucapkan terima kasih kepada selebriti tersebut.

Walaupun tidak pernah mengambil peperiksaan PT3 ini tetapi Dewi Remaja 2009/10 ini memang terkenal jolokan ‘beauty with brain’ . Neelofa juga merupakan antara pelajar cemerlang pelajar Maktab Rendah Sains Mara Langkawi.

Berbekalkan keputusan cemerlang, Neelofa kemudiannya melanjutkan pengajian ke peringkat universiti di Universiti Sunway dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Perdagangan Antarabangsa dan Pemasaran.

Apapun, penulis pun ucapkan tahniah kepada yang berjaya mendapat keputusan yang cemerlang, yang kurang cemerlang tu jangan la sedih atau putus harapan. Tak apa kita usaha lagi.

IKLAN