#WayangRemaja: Menangi Tiket Tayangan Perdana Filem Box Office Indonesia, Dilan 1991

Share

Sebuah lagi filem cinta dari Indonesia, Dilan 1991 bakal menemui penonton di Malaysia tidak lama lagi. Filem ini menjadi fenomena apabila berjaya menumpaskan kutipan filem Avengers: Endgame di Indonesia.

Hebat bukan penangan Dilan 1991?

Filem ada sekuel kepada Dilan 1990 dan kali ini ia mengisahkan tentang teman wanita Dilan, Milea yang risau akan masa depan mereka, lebih-lebih lagi selepas Dilan bergaduh dengan Anhar dan berkemungkinan akan dibuang sekolah.

Akhirnya dia menyuruh Dilan memilih antara kumpulan motosikalnya dan hubungan mereka. Pada masa yang sama, Milea berkenalan dengan Yugo, anak kepada sepupu jauh ayahnya. Yugo baru sahaja pulang dari Belgium dan mereka banyak menghabiskan masa bersama. Walaupun Yugo menaruh hati pada dia, Milea masih mencintai Dilan.

Filem yang dibintangi oleh Iqbaal Ramadhan, Vanesha Prescilla, Jerome Kurnia, Adhisty Zara bakal menemui penonton di Malaysia bermula pada 11 Julai 2019.

Sesuai untuk korang yang gemar menonton filem cinta, kami memang nak sarankan korang untuk menonton filem. Berdasarkan kutipan yang diterima, confirm korang takkan menyesal kan?

Macam biasa, Remaja nak jadikan korang antara yang pertama menonton Dilan 1991 bersama kami dengan hanya menjawab soalan-soalan mudah dibawah.

Menangi tiket tayangan perdana Remaja x Dilan 1991

Tarikh: 9 Julai 2019

Masa: 8.30 malam

Lokasi: TGV Cinemas 1 Utama

IKLAN