Filem aksi 007 akhirnya akan ditayangkan di seluruh pawagam tanah air bermula 25 November ini. Daniel Craig bakal membawa peranan James Bond buat kali terakhir dan kali ini digandingkan kembali bersama barisan pelakon hebat seperti Ralph Fiennes, Naomie Harris, Ben Whishaw, Rory Kinnear dan Jeffrey Wright.
Selepas daripada bersara menjadi ejen 007, James Bond menjalani kehidupan yang tenang di Jamaica, namun rakan lamanya Felix Leiter dari CIA meminta bantuannya untuk menjejaki seorang saintis yang telah diculik.
Walaupun sudah ‘cuci tangan’ daripada melakukan kerja-kerja siasatan ini, Bond terpaksa akur untuk menyelesaikan misi tersebut.
Istimewanya untuk edisi James Bond kali ini, Remaja ingin memberikan merchandise istimewa dari filem No Time To Die dengan hanya menjawab soalan-soalan mudah di bawah.
Ads
Korang berpeluang untuk memenangi salah satu merchandise berikut:
NOTIMETODIEDie-Cast Aston Martin Keychain
NO TIMETODIE Wireless Charging Station
NO TIMETODIE Backpack
Ads
Ads
Pemenang akan diumumkan di ruangan mesej di Instagram dan korang perlu mengambil hadiah tersebut di alamat seperti yang tertera dibawah:
Nu Ideaktiv Sdn Bhd
Lot 2, Jln Renggam 15/5, Off Persiaran Selangor,
Seksyen 15, 40200 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.
*Hadiah perlu di ambil dalam masa dua (2) minggu selepas pemenang diumumkan mengikut waktu yang kami akan berikan nanti.
All the best guys!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selepas melalui detik sukar pada awal Mac lalu, penyampai radio 3 Pagi Era dan pengacara terkenal, Nabil Ahmad mendedahkan kata-kata semangat daripada ibunya yang memberi ketenangan buat dirinya.
Menurut Nabil, ibunya menasihatinya agar tidak terlalu risau soal rezeki kerana semua itu adalah urusan Allah SWT.
“Saya ada mengadu kepada ibu minta dia doa. Kata ibu jangan risau. Dia pesan ‘majikan’ kita adalah Allah. Apa sahaja berlaku Allah tahu dan itulah yang terbaik.
“Saya tak pernah rasa ‘down’ seperti itu dan pesan ibu membuatkan saya tenang,” katanya.
Nabil turut mengimbas kembali momen sewaktu beliau bersama dua rakan sepasukan, Radin dan Pak Azad, menerima surat pemberhentian sementara tugas atau ‘direhatkan’.
“Kami sama-sama buat dan sama-sama tanggung akibat. Selepas dapat surat, kami menangis di depan pejabat sebelum pulang ke rumah.
“Ketika itu kami hanya mengenangkan nasib sendiri sebab semua orang ada tanggungjawab masing-masing.
“Apa yang berlaku adalah ketentuan Allah dan ujian buat kami di bulan Ramadan. Walau apa yang berlaku, kami sentiasa ada buat satu sama lain,” ujarnya lagi.
Pengacara program MeleTOP ini juga mengambil iktibar daripada apa yang terjadi dan kini lebih berhati-hati dalam menyampaikan kandungan kepada pendengar serta penonton.
(Dari kiri): Azad Jasmin, Nabil Ahmad dan Radin Amir Effendy.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kejayaan demi kejayaan yang sudah dikecapi pelakon berbakat besar seorang ini pada usia mudanya…
Baru-baru ini, top 3 Hero Remaja 2019/2020, Meerqeen menuai pujian warganet apabila dilihat membeli sebuah kereta jenama Mitsubishi.
Menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik suami kepada pelakon jelita, Anzalna iaitu Hanif Zaki di platform TikTok, dia memuat naik beberapa foto bersama pelakon itu yang sedang membuat urusan pembelian kereta dengannya.
Menerusi kapsyen perkongsian tersebut, Hanif sempat memuji keperibadian Meerqeen yang dikatakan sopan dan sangat menghormati orang.
“Bergembira dapat berurusan bersama Meerqeen. Sememangnya, dia seorang yang sopan dan pandai hormat orang. Terima kasih berjual beli dengan kami, Mitsubishi Dealer terbaik di Malaysia,” coretnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna turut menitipkan rasa bangga dengan kejayaan pelakon drama hit Melur Untuk Firdaus itu selain terdapat juga yang terus mendoakan dari jauh buat rezeki Meerqeen agar terus berkembang.
“Wow Meerqeen, masa muda inilah kan hasil titik peluh… kerja keras selama ini nampak juga hasilnya.. walaupun kita tahu meme (nama panggilan dari peminat) dari keluarga yang senang,” komen seorang peminat.
“Meerqeen ini memang another level. Ibu bapa dia pun bagus penuh dengan kasih dan sayang sebab itu anak-anak beradab,” komen peminat lain.
“Meerqeen seorang yang serdahana dan merendah diri. Due to to this salute man,” tulis juga pengguna lain.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin, sekali lagi mencipta sejarah apabila dilantik sebagai Profesor Adjung UiTM di Fakulti Pengurusan dan Perniagaan (FPP), Universiti Teknologi MARA (UiTM).
Pelantikan ini bukan sahaja mengangkat nama beliau sebagai ikon seni, tetapi turut membuktikan bahawa kejayaan dalam bidang hiburan boleh bergerak seiring dengan dunia akademik dan keilmuan.
Peranan dan Amanah Sebagai Profesor Adjung UiTM
Dalam satu kenyataan rasmi, penyanyi tersohor berusia 46 tahun itu menyifatkan pelantikan tersebut sebagai satu amanah besar untuk menyumbang semula kepada masyarakat melalui perkongsian ilmu dan pengalaman dalam bidang seni serta keusahawanan.
“Saya amat bersyukur dan berasa kerdil atas kepercayaan ini. Walaupun saya bukan ahli perniagaan yang hebat, pengalaman dalam dunia seni banyak mengajar saya tentang ketekunan, strategi dan daya saing. Saya ingin manfaatkan peluang ini untuk memberi inspirasi kepada generasi muda,” ujar Siti dengan penuh rendah diri.
Inspirasi Kepada Generasi Muda UiTM
Menurut beliau, tanggungjawab yang diberikan bukan sekadar pengiktirafan terhadap pencapaiannya, tetapi juga platform untuk melahirkan lebih ramai usahawan muda yang beretika, kreatif dan berdaya saing dalam dunia sebenar.
“Saya menerima pelawaan ini selepas melihat potensi besar anak-anak UiTM. Saya percaya mereka mempunyai bakat dan semangat luar biasa, hanya perlu diberi bimbingan dan peluang. Diharap perkongsian saya nanti dapat membuka ruang untuk mereka lebih yakin meneroka dunia keusahawanan,” tambahnya lagi.
UiTM dalam kenyataan rasmi turut menzahirkan rasa bangga atas kesudian Siti menerima pelantikan tersebut. Pihak universiti mengiktiraf keupayaan beliau dalam menggabungkan kreativiti, integriti dan inovasi untuk membina empayar seni dan perniagaan yang diiktiraf hingga ke peringkat antarabangsa.
Sebagai Profesor Adjung UiTM, Siti Nurhaliza bakal terlibat dalam pelbagai program pembangunan pelajar seperti bengkel industri, sesi ‘masterclass’ serta forum inspirasi yang memberi peluang kepada pelajar mendalami ilmu keusahawanan dan strategi membina jenama. Majlis penyerahan watikah pelantikan diadakan di UiTM Shah Alam dan disaksikan oleh Naib Canselor UiTM, Profesor Datuk Ts Dr. Shahrin Sahib @ Sahibuddin, serta Dekan FPP, Profesor Ts Dr. Shafinar Ismail.
Ikon Seni dan Pendidik Negara
Dengan pelantikan ini, Datuk Seri Siti Nurhaliza bukan sahaja terus mengharumkan nama Malaysia dalam dunia seni, malah membuktikan bahawa kejayaan sebenar datang daripada kesungguhan untuk terus belajar dan berkongsi ilmu.
Beliau kini bukan hanya seorang penyanyi lagenda, tetapi juga pendidik dan inspirasi buat generasi muda yang ingin berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi. Pelantikan sebagai Profesor Adjung UiTM ini menjadi bukti bahawa dunia akademik dan seni boleh saling melengkapi untuk membentuk insan yang seimbang dan berjaya.
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.