#WayangRemaja: Menangi Merchandise Eksklusif Dari Filem Fast and Furious 9

Share

Buat peminat siri filem aksi Fast and Furious, pasti korang tidak sabar lagi untuk menonton Fast and Furious 9 di pawagam setelah beberapa kali ditunda tayangannya gara-gara pandemik COVID-19.

Filem kesembilan dari francais “Fast & Furious” ini merupakan kesinambungan dari filem ke-lapan pada tahun 2017, iaitu “Fast and Furious 8”. Bersama keluarganya, kali ini Dominic Toretto bakal berdepan dengan seorang pembunuh upahan terhebat yang bekerja di bawah arahan Cipher, musuh lamanya. Lebih mengejutkan, pembunuh upahan itu merupakan adiknya sendiri, Jakob.

Dibintangi oleh Vin Diesel, Michelle Rodriguez, Tyrese Gibson, Ludacris, John Cena, Jordana Brewster, Nathalie Emmanuel, Sung Kang, Helen Mirren, Charlize Theron, Fast and Furious bakal menemui penonton pada 21 Oktober 2021 di seluruh pawagam tanah air.

Dan kali ini kami ingin berikan peluang untuk korang miliki koleksi eksklusif merchandise dari filem Fast and Furious 9.

Jawab soalan mudah dibawah dan korang berpeluang untuk memenangi salah satu merchandise berikut:

• FAST & FURIOUS 9 Cross Body Bag
• FAST & FURIOUS 9 T-Shirt
• FAST & FURIOUS 9 Wireless Phone Charger
• FAST & FURIOUS 9 Wireless Headphone
• FAST & FURIOUS 9 Hoodie

Pemenang akan diumumkan di ruangan mesej di Instagram dan korang perlu mengambil hadiah tersebut di alamat seperti yang tertera dibawah:

Nu Ideaktiv Sdn Bhd
Lot 2, Jln Renggam 15/5, Off Persiaran Selangor,
Seksyen 15, 40200 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.

*Hadiah perlu di ambil dalam masa dua (2) minggu selepas pemenang diumumkan mengikut waktu yang kami akan berikan nanti.

Good luck guys!

IKLAN