
Berita baik buat peminat filem siri seram Scream, naskhah terbaharu filem ini bakal ditayangkan pada 20 Januari 2022 dengan dibintangi barisan pelakon popular seperti Melissa Barrera, Kyle Gallner, Mason Gooding, Mikey Madison, Dylan Minnette, Jenna Ortega, Marley Shelton, Courteney Cox, David Arquette, Neve Campbell.
Dua puluh lima tahun selepas rentetan pembunuhan kejam menggemparkan bandar Woodsboro, seorang pembunuh baharu telah memakai topeng Ghostface dan mula menyasarkan sekumpulan remaja untuk membangkitkan semula rahsia dari masa lalu yang membawa maut di bandar itu.

Apakah seterusnya bakal berlaku kepada bandar itu? Ha, korang kena saksikan sendiri filem ini di pawagam tidak lama lagi.

Tapi sebelum itu, Remaja nak ajak korang yang bertuah untuk menonton tayangan perdana Scream pada minggu hadapan dengan hanya menjawab soalan mudah.
Tarikh: 19 Januari 2022
Masa: 8.00 malam
Lokasi: GSC The Starling
Penyertaan hanya dibuka kepada individu yang tinggal di Lembah Klang dan sudah menerima dua dos lengkap vaksin COVID-19. Pemenang bertuah akan diumumkan di DM instagram. Korang berpeluang memenangi 4 tiket tayangan perdana secara percuma dan pastikan akaun Instagram korang boleh diakses secara umum.
Good luck guys!
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
[ KUIZ ] Keliru Nak Belikan Hadiah Jewelry Pandora Untuk Girlfriend Sendiri?
![[ KUIZ ] Keliru Nak Belikan Hadiah Jewelry Pandora Untuk Girlfriend Sendiri? 8 [ KUIZ ] Keliru Nak Belikan Hadiah Jewelry Pandora Untuk Girlfriend Sendiri?](https://www.remaja.my/wp-content/uploads/2020/02/pandora-1.jpg)
Yeah, girls can be complicated..
Tetapi itulah yang membuatkan mereka lebih istimewa.
Setiap kali korang ingin membelikan hadiah kepada girlfriend masing-masing, pastinya ia memberi bebanan kepada korang. Adakah si dia akan menyukainya, adakah hadiah tersebut terlalu mahal untuk diberikan selepas beberapa date..
Lebih-lebih lagi jika korang ingin menghadiahkan mereka dengan jewelry atau barang kemas.
Cer jawab kuiz di bawah untuk melihat aksesori Pandora yang manakah paling sesuai untuk girlfriend korang daripada Valentine’s Collection ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Jangan Pakai Baju Besar Dari Badan”, Ini 5 Kesilapan Fesyen Perlu Remaja Elak

Ramai remaja tidak kisah menyarung apa saja pakaian ke tubuh. Asal selesa dan mudah, semuanya disarung tanpa mengambil kira kesesuaian dengan tubuh, lokasi berada, pertemuan dengan siapa dan sebagainya. Ada sesetengahnya pula gemar meniru fesyen orang lain tanpa mengambil kira situasi diri sendiri adakah mereka juga benar-benar sesuai mengenakan pakaian tersebut.
Menurut Perunding Imej, Wawa Idris, boleh layari blognya, Imej Patik.Wawa Idris.com menyenaraikan lima kesilapan yang biasa dilakukan remaja lelaki mahupun perempuan saat mengenakan pakaian ke satu-satu majlis. Jom baca apa 5 kesilapan yang biasa kita buat dalam soal menyarung pakaian sesuai!

Katanya sebelum mengenakan sebarang pakaian, kena tahu dulu beberapa aspek iaitu :
- Lokasi: Sebelum menghadiri majlis, kenal pasti dulu lokasi hendak dituju. Contohnya, majlis kahwin. Lebih sopan jika lelaki mengenakan t-shirt berkolar berbanding round neck.
Boleh sesuaikan dengan jeans kerana nampak kemas. Tetapi hari ini ramai yang main sarung hanya kerana mereka rasa selesa. Kesilapan berpakaian ini diibaratkan kita pergi satu majlis rasmi dan kita hanya pakai seluar pendek dan t-shirt. Nampak janggalkan dan itulah kejanggalan yang terpaksa kita hadap semasa di sana.
- Kita tak tahu siapa yang bakal kita jumpa– Berpenampilan kemas adalah dituntut dalam semua majlis. Lebih baik begitu dari terasa janggal. Ini kerana kadang kala kita tidak tahu dengan siapa kita akan bertemu. Contohnya, jika dia adalah prospek perniagaan kita, pekerjaan masa depan kita dan sebagainya.
Jika pada kali pertama pertemuan soal pakaian dipandang remeh, silap-silap kita akan kehilangan semuanya. Contoh dalam satu majlis rasmi, kita boleh pakai seluar khakis + kemeja, slack + tshirt kolar. Bagi perempuan, pakailah lipstik sekurang-kurangnya untuk elak muka pucat selain pakaian yang sesuai.

Jangan silap memilih pakaian kerana ada kalanya bukan semua sesuai disarung ke badan kita. Gambar hiasan. 
Remaja harus tampil dengan pakaian kasual kerana ia sesuai dengan penampilan mereka yang santai. Gambar hiasan. - Pakai baju lebih dari saiz badan –Ramai orang berisi biasanya akan mengenakan baju yang lebih besar untuk menutupi bentuk badan. Ini salah kerana baju besar akan lebih membuatkan seseorang kelihatan lebih besar. Jika saiz badan M, pakailah M. Jangan ambil L. Lelaki dan perempuan agak sama dalam hal ini kerana mereka mahu menutupi kekurangan diri itu.
Kata Wawa Idris, bila kita pakai pakaian lebih besar, ia akan menampakkan kita lebih gemuk ya, bukan dapat menutup kekurangan diri kita pun.Untuk pengetahuan adik, akak-akak dan abang-abang, bentuk badan manusia terbahagi kepada beberapa bentuk. Bentuk badan ini dikira dari bahu ke pinggang.
Antara lima bentuk ini ialah bentuk V (disebut sebagai pear), bentuk V (apple – atas besar, bawah kecil), bentuk H (statik iaitu lurus seperti pembaris), bentuk O (badan bulat) dan bentuk X (pinggang kecil @ ramping. Contoh paling mudah artis cantik Rozita Che Wan). Bayangkan buah-buahan itu dan kita dapat membayangkan bentuk badan kita bagaimana, jelasnya.
- Suai dan padan – Ramai orang silap dalam aspek ini. Sebagai contoh, bagi perempuan, contohnya jika dia mengenakan kemeja plain tetapi dia pakai tudung satin. Kenapa nampak silap di sini? Kata Wawa Idris, satin dianggap kain yang mewah, berkilauan dan cantik tetapi kalau dipadankan dengan kemeja dari cotton, ada kesilapan di situ. Nampak kurang sesuai dengan pemilihan fabrik.
Masa yang sama, seperti contoh, baju kurung bunga-bunga. Jangan sesekali kenakan tudung berbunga-bunga juga. Sudahnya orang hanya nampak bunga bukan diri kita. Sepatutnya, kalau baju plain, pakailah tudung bunga. Itu baru sesuai. Satu lagi jangan gunakan terlalu banyak warna pada pakaian. Antara kesilapan dalam suai dan padan ini lagi ialah pemilihan warna. Sebagai contoh, kita mengenakan seluar coklat tetapi pakai kemeja hitam. Secara tak langsung ia menenggelamkan diri kita.

Pemilihan pakaian perlu disesuaikan dengan situasi yang kita hendak hadiri - Personaliti– Ini paling penting kerana orang harus kenal pasti personaliti dirinya. Kata Wawa Idris, jika sudah kenal, barulah seseorang individu itu tahu bagaimana mengenakan pakaian sesuai untuk dirinya. Namun untuk ujian personaliti diri ini, satu ujian berbentuk soalan harus dilalui terlebih dahulu. Dari situ pakar perunding imej akan mengenal pasti personaliti individu tersebut.Misalannya, kalau seorang itu natural sporty (suka pakai baju tanpa gosok, boleh pakai baju sama berulang kali, main sarung tanpa kisah), sebagai perunding imej saya sudah boleh nampak karektor individu itu semasa bertemunya.
Antara personaliti lain classic/ elegen (bagi individu ini dia suka menonjolkan dirinya lebih dari orang lain, kalau dia kenakan pakaian, dia akan pakai apa yang orang lain takut nak pakai), natural/ sporty, romantik dan dramatik.“Setiap satu orang berbeza personalitinya. Kalau dapat kenal pasti, lebih mudah untuknya hadir ke majlis-majlis,” katanya ketika ditemui.
Insya allah, kalau kita tahu tata cara berpakaian, lebih mudah untuk kita mengenakannya. Bukan apa, kita pun tak mahu malukan diri sendiri kalau main sarung saja baju sedangkan pakaian tersebut tak sesuai.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon Menangis ‘Kabhi Khushi Kabhie Gham’ Dimainkan Dalam Bridgerton Musim 2

Platform penstriman atas talian, Netflix telah membuktikan bahawa ia adalah salah satu peneraju produksi drama dan filem yang mementingkan diversiti dalam kalangan pelakonnya.
Salah satu drama popular di Netflix yang dianggotai oleh pelakon berlainan kaum, adat dan warna kulit ialah Bridgerton. Tidak lama lagi, musim keduanya akan menemui penonton dan apa yang membuatkan ramai ternanti-nanti adalah kerana kemunculan beberapa pelakon baharu dari bangsa berlainan.

Dua orang pelakon berdarah kacukan Inggeris-India; Charithra Chandran dan Simone Ashley telahpun diambil bagi melakonkan watak adik-beradik Sharma pada musim kedua.
Untuk meraikan diversiti ini, produksi Bridgerton menjanjikan keistimewaan dari segi trek lagu yang akan dimainkan pada setiap episod.
Salah satunya ialah Kabhi Khushi Kabhie Gham nyanyian mendiang Lata Mangeshkar. Biarpun tiada kenyataan rasmi mengapa lagu tersebut menjadi antara yang dipilih, REMAJA prcaya produksi ingin memberi penghormatan kepada legasi Lata; lebih-lebih lagi setelah beliau menghembuskan nafas terakhir baru-baru ini.
ARTIKEL BERKAITAN : Bendera Dikibar Separuh Tiang, India Hormati Pemergian Penyanyi Bollywood Lata Mangeshkar – REMAJA
Kata Charithra Chandran, 25 yang melakonkan watak Edwina Sharma, dia tidak dapat menahan air mata ketika lagu tersebut berkumandang semasa menonton previu.

“Filem (Kabhi Kushie Kabhi Gham) dan lagunya sudah menjadi ikonik dalam dunia Bollywood, semua orang membesar dengan mendengarkannya. Jadi apabila ia dimainkan, I was like, betulkah ini dan terus mengulang tayang. Lagu ini adalah ‘family song’ dan babak Bridgerton itu mewakili mesej yang sama. I love that.
“(Saya) menghantarkan mesej kepada Chris Van Dusen (penulis Bridgerton) dan memberitahunya babak tersebut membuatkan saya mengalirkan air mata kerana ia menggabungkan kedua-dua dunia saya; India dan Inggeris,” kata graduan Universiti Oxford itu.
Sementara itu, Simone Ashley yang membawakan watak Kate Sharma dan buah hati kepada Anthony Bridgerton pula berkata, Bridgerton telah menjadi hit kerana ia mewakili pelbagai kebudayaan untuk dipertontonkan kepada penonton antarabangsa.
Pada zaman di mana ‘diversiti’ masih menjadi satu isu kompleks yang tercetus dalam dunia realiti, gambaran diversiti menerusi seni lakonan ini diharapkan mampu mengubah mindset penonton untuk menjadi lebih inklusif terhadap kepelbagaian latar belakang orang di sekeliling.

Musim kedua Bridgerton mengisahkan tentang Lord Anthony Bridgerton (lakonan Jonathan Bailey) yang sedang mencari calon isteri terbaik.
Sebagai abang sulung dalam keluarga aristokrat itu, dia perlu menjaga nama baik keluarga dan mencari calon yang menyamai taraf luar biasanya. Pencarian itu seakan menemui jalan buntu sehinggalah Kate Sharma dan adiknya, Edwina Sharma tiba dari India.
Tak sabarnya nak binge-watch Bridgerton pada hujung minggu ini!
BACA LAGI : Selain Bridgerton, 5 Lagi Drama Sah Buat Comeback Di Netflix – REMAJA

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!



