Wayang Remaja: Lebih Seram, Lebih Menakutkan…Kuntilanak 2 Kini Kembali Menghantui

Share

Jom Kita Ke Neraka! 

Setelah sukses dengan filem Kuntilanak tahun lalu, pengarahnya, Rizal Mantovani kembali dengan hasil karya seramnya, Kuntilanak 2.

Masih mengekalkan pelakon cilik dari filem pertama, filem ini bermula apabila ibu kandung Dinda datang mencarinya di rumah anak yatim yang diduduki olehnya bersama kanak-kanak lain.

Dia ingin meluangkan masa bersama Dinda serta mengajaknya tinggal seketika di rumahnya yang terletak di dalam hutan. Namun begitu, pemilik rumah anak yatim itu yang dipanggil Tante Donna tidak memberi kebenaran membuatkan Dinda dan rakan-rakan pergi tanpa pengetahuan Tante Donna.

Apa yang mereka tidak tahu bahawa bahaya yang menanti mereka di rumah tersebut. Apatah lagi, Dinda sekali lagi terpaksa berdepan dengan kemunculan semula Kuntilanak yang pernah dia kalahkan dahulu.

Tapi, kali ini agak berbeza apabila Kuntilanak kali ini turut mempunyai back up. Bagaimana agaknya, mereka akan melawan Kuntilanak kali ini ya?

Filem Kuntilanak 2 turut dibintangi oleh Sandrinna Michelle, Andryan Bima, Ali Fikry, Adlu Fahrezy dan Ciara Nadine Brosnan.

Macam biasa, Remaja nak jadikan korang antara yang pertama menonton Kuntilanak 2 bersama kami dengan hanya menjawab soalan-soalan mudah di bawah.

Menangi tayangan tiket perdana Remaja X Kuntilanak 2

Tarikh: 22 Julai (Isnin)

Masa: 8.45 PM

Tempat: TGV, One Utama

 

IKLAN