Wow Sis! Yuna Ikat Kontrak Dengan Agensi Model Terkenal

Share

Barangkali apa yang sedang diraih Yuna saat ini sejak mencipta nama di Amerika Syarikat pasti membuat ramai rakyat Malaysia yang tumpang gembira dengan kejayaannya.

Terbaru, sekeping gambar menunjukkan penyanyi kesayangan Malaysia, Yuna dengan caption “Hello World,” menambah satu lagi portfolio besar dalam kerjaya bintang ini.

Road To Supermodel

Yuna, menambah satu lagi portfolio besar dalam kerjaya apabila mengikat kontrak dengan agensi model terkemuka dunia, Wilhelmina Models.

Dia memaklumkan berita gembira ini di laman Instagram dan tidak pernah menyangka akan menyandang gelaran model.

“Hello world! Here’s the news I wanted to share with you guys- Your girl is now signed to @wilhelminamodels! Who woulda thought.. we did it mom!! Happy I got to share this moment with my lil sis @massey_sw 🙏🏽❤ LETS GO TEAM! I’m ready to work! #teamyuna2019,” tulisnya.

Dia sebelum ini melakar sejarah tersendiri apabila sebuah papan iklan lampu diod pancaran cahaya (LED) muncul di tengah-tengah kota metropolitan Times Square, New York, Amerika Syarikat dengan memaparkan wajahnya selain mempromosi album terbarunya, Rouge.

Rouge yang merupakan album keempat penyanyi dengan nama sebenar Yunalis Zarai ini.

Netizen dilihat cukup teruja melihat artis kesayangan mereka mendapat pengiktirafan luar biasa. Malah mengatakan Lullabies adalah lagu magical ciptaan penyanyi Yang Sebenarnya ini.

Yuna cukup bertuah kerana diterima dan berjaya di pasaran antarabangsa. Tapi itu semua rezeki Yuna. REMAJA turut tumpang gembira.

Kredit  : Instagram Yuna

IKLAN