Wanita Ini Kongsi Resipi Mudah Masak Potato Corn Dog Guna Air Fryer

Share

Snek merupakan makanan ringan yang sering dicari di waktu petang. Biasanya, waktu-waktu beginilah perut mula rasa lapar dan inginkan ‘sesuatu. Kali ini, kami nak kongsikan satu resipi mudah iaitu potato corn dog yang dimasak dengan air fryer.

Jika dibeli di luar, sebatang corn dog ini boleh mencecah sehingga RM9. Jadi, apa kata kita cuba resipi yang telah dikongsi oleh Ena Mohd Arip

ini.

Bahan salut I:

– ½ cawan tepung gandum
– ½ cawan tepung Bestari
– 1 sudu teh baking powder
– ½ cawan susu

Cara menyediakan:

1. Campurkan kesemua bahan diatas

2. Kacau hingga sebati

3. Jika terlalu pekat, masukkan ¼ cawan air. Kacau rata dan tuang dalam cawan tinggi

Bahan salut II:

– ½ cawan tepung gandum
– ½ cawan tepung Bestari pedas
– 1 mangkuk frozen fries potong dadu
– 3 batang sosej

Cara menyediakan:

1. Taburkan tepun Bestari pada frozen fries yang telah dipotong dadu

2. Cucuk sosej pada lidi, kemudian gaulkan dalam tepung supaya sosej tidak kering dan senang disalut dengan bancuhan tepung

3. Celup dalam bancuhan tepung tadi

4. Selepas itu, salut dengan kentang seperti dalam gambar

5. Boleh terus digoreng di dalam air fryer selama 20 minit. Tapi kalau korang nak deep fry pun boleh juga

6. Siap

Selamat mencuba!

Sumber: Ena Mohd Arip

IKLAN