“Wanita, Anda Berkuasa & Mampu…” – Tiupan Semangat Positif Puteri Sarah Liyana

Share

Isu kemelut rumah tangga di antara Puteri Sarah Liyana dan Syamsul Yusof mencapai kemuncak apabila suaminya itu telah berkongsi kepada umum tentang perkahwinannya kepada Ira Kazar.

Usai sahaja pengumuman itu, meleraikan segala teka-teki tentang status mereka sebelum ini. Menerima reaksi yang pelbagai dari warganet, rata-rata bersimpati dengan Puteri Sarah dan memberikan semangat kepada wanita berusia 37 tahun ini.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Sudah Bernikah Secara Sah Dengan Ira,” – Syamsul Yusof Menjelaskan Status Terkini, Mohon Puteri Sarah Pulang Ke Rumah

Biarpun dilanda masalah, Puteri Sarah tidak menjadikan perkara itu sebagai batu penghalang untuk dirinya maju ke hadapan. Sebaliknya, wanita anggun ini terus rajin bekerja mencari rezeki.

Terbaharu, dia berkongsi kata-kata semangat yang meniupkan semangat positif dalam perkongsiannya di laman Instagram. Sehingga artikel ini ditulis, hantarannya itu telah menerima lebih 20 ribu tanda suka dengan lebih 370 komen.

“Pemerkasaan bukan tentang mengubah diri anda, tetapi tentang mencari dan menggunakan kekuatan dan kebolehan dalaman sendiri untuk mencapai matlamat dan impian anda.

“Wanita, anda berkuasa dan mampu mencapai apa sahaja yang anda fikirkan. Percaya pada diri anda dan jangan biarkan batasan orang lain menghalang anda,” kongsi ibu kepada dua cahaya mata ini.

Sekar perkongsian, Puteri Sarah Liyana berkahwin dengan Syamsul Yusof pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua orang cahaya mata, Syaikhul Islam yang kini berusia 5 tahun dan Sumayyah pula berusia 3 tahun.

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

 

IKLAN