Baru-baru ini, penyanyi terkenal, Wani Kayrie berjaya meraih perhatian apabila diberi peluang mewakili Malaysia ke ABU Song Festival Ke-15 yang berlangsung di Colombo, Sri Lanka pada 2 November lalu. Lebih membanggakan, penyanyi itu merupakan satu-satunya artis yang dipilih oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM) untuk membawa nama negara ke festival berprestij berkenaan.

Menerusi beberapa perkongsian Rocketfuel Entertainment di media sosial, Wani atau pemilik nama sebenar Syazwani Abdullah (26) mempertaruhkan lagu ‘Cak Cak Cekuk’ yang sebelum ini berjaya melayakkan dirinya ke pentas akhir Anugerah Juara Lagu Ke-40 (AJL40). Pemilihan tersebut sekaligus membuka peluang buat penyanyi berkenaan memperkenalkan keunikan muzik tempatan kepada penonton antarabangsa.

Bagi Wani, peluang membawa nama Malaysia ke festival berkenaan merupakan satu penghormatan besar, apatah lagi apabila kepercayaan itu diberikan oleh RTM. Beliau turut menyifatkan pemilihan tersebut sebagai pengiktirafan bermakna terhadap pencapaian serta perjalanan seninya selama ini.

Wani Kayrie Wakili Malaysia Ke ABU Song Festival, Angkat Irama Tempatan Menerusi 'Cak Cak Cekuk' Wani Kayrie Wakili Malaysia Ke ABU Song Festival, Angkat Irama Tempatan Menerusi 'Cak Cak Cekuk'

Ads

Dalam pada itu, Wani berharap penyertaannya dapat menjadi platform untuk memperkenalkan kepelbagaian muzik dan budaya Malaysia kepada masyarakat luar negara. Menurutnya, beliau mahu penonton di Sri Lanka melihat keistimewaan identiti tempatan menerusi persembahan yang bakal dipersembahkan.

Lebih menarik, persembahan ‘Cak Cak Cekuk’ di pentas antarabangsa itu mengekalkan karakter asal seperti yang dipertontonkan ketika AJL40. Walau bagaimanapun, beberapa pembaharuan dilakukan melibatkan koreografi penari, pemilihan kostum serta penampilan keseluruhan bagi memberikan pengalaman persembahan yang lebih segar.

Ads

Wani turut menegaskan bahawa identiti asal lagu tersebut perlu dikekalkan meskipun beberapa penyesuaian dilakukan mengikut kesesuaian pentas antarabangsa. Baginya, gabungan muzik, warna dan penampilan yang diketengahkan mampu menjadi medium menarik untuk menyerlahkan keunikan budaya Malaysia.

Wani Kayrie Wakili Malaysia Ke ABU Song Festival, Angkat Irama Tempatan Menerusi 'Cak Cak Cekuk'

Ads

Sementara itu, menurut Ketua Rocketfuel Entertainment, Mathan Rajasingam, turut melahirkan rasa bangga atas pemilihan Wani sebagai wakil negara di festival berkenaan. Beliau menyifatkan peluang tersebut bukan sahaja sebagai pencapaian penting buat penyanyi itu, malah membuktikan bakat tempatan mempunyai potensi untuk diketengahkan di peringkat antarabangsa.

Untuk rekod, penyertaan di ABU Song Festival Ke-15 menjadi satu lagi pencapaian bermakna dalam perjalanan seni Wani Kayrie selepas kejayaannya di AJL40. Sebagai perkembangan terkini,  ‘Cak Cak Cekuk Versi AJL’ juga telah mula distrim di semua platform digital sejak 16 Oktober lalu.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram, TikTok dan Threads rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads