Walaupun Hidup Serba Sederhana, Anak Pemandu Lori Sampah Mampu Jadi Pelajar Terbaik STPM 2019

Share

Keputusan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) telah pun diumumkan semalam dan apa yang menarik perhatian media adalah apabila anak seorang pemandu lori sampah telah dianugerahkan Pelajar Terbaik STPM 2019 bagi kategori bawah 40 (B40).

Nuraini Jalaluddin merupakan penuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Saban, Pengkalan Hulu, Perak mempunyai keputusan cemerlang Purata Nilai Gred Keseluruhan Nasional (PNGK) 4.00 dan 5A.

Kredit foto: Harian Metro

Gadis yang berusia 20 tahun ini menjelaskan bahawa dengan mempunyai pelajaran sahaja dapat mengubah nasib keluarga mereka ke arah yang lebih baik.

“Ayah saya telah memandu trak sampah selama 33 tahun dan akan bersara bulan depan, saya harap dia dapat berehat dan menikmati usia tua selepas ini,” jelasnya kepada Harian Metro.

Tidak kiralah sama ada kita hidup dalam serba kekurangan atau pun tidak, paling penting adalah usaha dan semangat untuk berjaya dalam bidang akademik.

Sekali lagi kami ucapkan tahniah buat Nuraini Jalaluddin. Semoga kamu lebih cemerlang dalam meneruskan peringkat akademik yang lebih tinggi.

Sumber: Harian Metro

IKLAN