Virus Influenza A Makin Menular, Semua Masjid Di Johor Buat Solat Hajat Jumaat Ini

Share

Ya, wabak influzenza A kini semakin merebak ke seluruh negara.

Jangkitan virus influenza bermusim hanya mengakibatkan demam selesema yang ringan pada individu biasa namun boleh menyebabkan jangkitan teruk kepada kumpulan berisiko tinggi antaranya kanak-kanak, warga tua, wanita mengandung dan individu yang berpenyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi dan lelah.

Arah lakukan solat hajat

Menurut Sinar Harian, Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) Datuk Md Rofiki Shamsudin telah mengarahkan agar semua surau dan masjid kerajaan di negeri Johor melakukan solat hajat bagi memohon keselamatan dan kesejahteraan daripada virus Influenza A.

Dilakukan selepas solat Jumaat
Surat rasmi yang ditulis dalam tulisan jawi itu juga memberitahu bahawa solat hajat akan dilakukan pada esok hari iaitu selepas solat Jumaat diadakan.

Ramai yang beri sokongan


Sehubungan dengan itu, menerusi Facebook sumber, rata-rata warganet bersetuju dengan tindakan yang dilakukan. Hal ini kerana dlam kegawatan menghalang virus tersebut daripada terus menular, doa memohon kesembuhan kepada Sang Pencipta adalah jalan yang paling utama untuk dilaksanakan.

Justeru itu, orang ramai digesa untuk sentiasa berjaga-jaga dan jika korang mengalami gejala demam, batuk, sakit tekak, sakit kepala, sakit badan dan hidung tersumbat, segeralah berjumpa dengan doktor sekiranya gejala-gejala tersebut bertambah teruk.

Elakkan mengunjungi tempat tumpuan ramai jika korang mempunyai simptom-simptom seperti yang disenaraikan.

Jangan ingat virus ini hanya dijangkiti oleh kanak-kanak sahaja, orang dewasa juga tidak terlepas daripada menjadi mangsa serangan Influenza A.

Moga virus ini cepat hilang di negara kita. Take care guys!

Sumber : Sinar Harian

IKLAN