Viral Isu Macau Scammer Ditahan SPRM, Lelaki Ini Jelas Istilah ‘Cuci Duit’ Yang Korang Perlu Tahu

Share

Baru-baru ini kecoh di media sosial tentang isu penahanan seorang usahawan yang dikatakan bos kepada Macau Scammer terbesar di Malaysia.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini sedang menyiasat sindiket Macau Scam dan judi dalam talian yang disyaki ‘mencuci’ ratuasan juata ringgit yang diraih daripada kegiatan mereka dalam perniagaan diusahakan selebriti terkenal tempatan.

Sering kali kita mendengar perkataan ‘cuci duit’ dikaitkan dalam isu ini, namun apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan istilah ini?

Seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Aliff Ahmad III menjelaskan bahawa cuci duit itu bermaksud duit-duit yang datang daripada aktiviti haram dan jenayah seperti:

• Dadah
• Pelacuran
• Judi haram
• Scam
• Skim ponzi
• Duit rasuah dan cashout haram
• Ahlong
• Perompak

Dikatakan ekonomi bawah tanah ini berjumlah hampir RM100 billion nilai sebenarnya. Ada yang kata mungkin lebih lagi. Masakan tidak, yang tertangkap mungkin 5% sahaja, yang ditangkap tu mungin bukan semua.

Apa yang menjadikan ia lebih ‘tempting

’ adalah ia dijalankan secara cash dan disebabkan itu apabila tangkapan dibuat, biasanya mereka akan menemui cash yang banyak dalam simpanan peribadi di tangan atau di rumah.

Jadi duit haram yang banyak-banyak tadi itu bagaimana nak dijadikan halal. Bagaimana nak pindahkan ekonomi gelap ini masuk ke ekonomi sebenar? Itulah diperlukan titian mencuci duit untuk dikembalikan kepada ekonomi sebenar.

Duit haram tadi perlulah dilaburkan dalam bisnes sebenar. Kemudian diagihkan kembali kepada pemilik sebenar duit tersebut. Disebabkan ia duit haram, mereka tidak kisah jika untung atau rugi. Yang tukang cuci dapatlah sebahagian dari duit itu sebagai fi.

Ternyata ramai yang baru tahu tentang istilah ‘cuci duit’ ini. Betul tak?

Lelaki ini juga menasihati agar jika korang nak berniaga, berhati-hatilah dan jangan termasuk dalam industri geng ‘cuci duit’ ini. Diharap dengan perkongsian ini dapat memberi kesedaran kepada orang ramai tentang urusniaga yang boleh mengundang padah ini.

Sumber: Aliff Ahmad III

IKLAN