Video ‘Luar Biasa’ Nyanyian Ismail Izzani No. 2 Di Belakang Trailer Avengers

Share

Hanya empat hari selepas muzik video single terbaru nyanyian Ismail izzani, 18 dimuat naik di YouTube, ia terus mendaki carta video paling trending di kalangan penonton di Malaysia.

Single terbaru bertajuk ‘Luar Biasa’ itu merupakan gandingan Mail bersama bekas ahli kumpulan Sleeq, Alif. Ia juga merupakan single ketiganya selepas ‘Sabar’ dan ‘Demi Kita’ menunjukkan prestasi yang – ahem

– luar biasa dari segi sambutan dan streaming secara online.

Kali ini, Mail kembali dengan genre rancak seperti ‘Sabar’ dan dia menggunakan peluang tersebut untuk mempamerkan koreografi tarian di dalam muzik video tersebut.

Dalam tempoh setahun sejak 2017, Mail sememangnya menunjukkan peningkatan mendadak dalam bakat tariannya setelah dia mengambil kelas tarian bersama 2Twenty2Studio kendalian Zaidyansjah, Nur Shafiqah Najwa, Faruq Suhaimi dan beberapa lagi juru koreografi.

Setakat ini, ‘Luar Biasa’ telah mencatatkan lebih sejuta tontonan (OMG) dan hanya satu anak tangga di belakang trailer

filem Avengers akan datang, ‘Infinity War’.

Hey not too bad, kan? ‘Luar Biasa’ juga menerima lebih 7,800 komen peminat yang antaranya meminta Mail untuk memuat naik video dance practice untuk lagu tersebut.

Sweet sangat, apatah lagi pada permulaan video muzik itu, Mail sememangnya menujukan single ini kepada semua yang selalu menyokong perjalanan kariernya selama ini.

Ada juga yang tidak bersetuju apabila ada peminat menyamakan ia dengan genre K-pop dan rentak lagu EDM nyanyian Justin Bieber. Bagi mereka, Mail hanya menjadi diri sendiri dan Mail tidak perlu diperbandingkan dengan penyanyi lain dari Malaysia mahupun antarabangsa.

Apapun, tahniah kami ucapkan kepada Ismail Izzani atas pencapaian ini! Nampak, ada juga video di YouTube yang trending hasil usaha dan bakat, bukannya sekadar ingin viral cepat. Setuju?

IKLAN