
Walaupun lampu sudah bertukar merah, kita masih tak boleh terlalu pasti..
REMAJA tahu ramai di kalangan kita yang lebih memilih untuk berjalan kaki sekiranya destinasi yang dituju tidaklah sejauh mana. Malah ramai pejalan kaki di sekitar ibu kota juga merupakan pengguna pengangkutan awam.
Peraturan pertama bagi pejalan kaki adalah untuk menunggu isyarat lampu trafik bertukar merah dan berjalan di kawasan pejalan kaki (zebra cross). Namun ternyata itu saja BELUM mencukupi untuk mengelak kemalangan jalan raya.
Sebuah video yang dimuat naik oleh Roads.sg ini menunjukkan seorang remaja lelaki Singapura dilanggar oleh sebuah kereta yang sedang bergerak sehingga terpelanting.
![[VIDEO] Bahayanya 'Blind Spot' Semasa Memandu, Pelajar Dilanggar Di Pejalan Kaki 3 [VIDEO] Bahayanya ‘Blind Spot’ Semasa Memandu, Pelajar Dilanggar Di Pejalan Kaki](https://www.remaja.my/wp-content/uploads/2020/01/113830.jpeg)
Dalam kejadian pada 6 Januari lepas itu, remaja tersebut dilihat patuh kepada peraturan pejalan kaki semasa berada di simpang jalan.
Namun, gara-gara kedudukan 'blind spot' yang dialami oleh pemandu kereta berwarna merah, remaja itu terpelanting kurang 10 meter daripada lokasi kejadian.
Jelas, kedua-dua pemandu telah memperlahankan kenderaan mereka untuk memberi ruang kepada pejalan kaki. Malangnya, pemandu di sebelah kiri tidak melihat remaja tersebut hadir daripada sebelah kanan jalan raya dan akhirnya, dia dilanggar.
REMAJA berharap agar mangsa tidak mengalami masalah serius setelah di dilihat mampu bangun semula.
Bagi korang yang memandu, jangan sesekali terus memacu laju setelah lampu trafik bertukar hijau ataupun semasa di selekoh jalan. Kadangkala ada situasi yang tak boleh kita jangkakan.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Netizen Dakwa Sotong ‘Frozen’ Sebenarnya Dubur Babi? Seriuslah…

Isu makanan halal sering mendapat perhatian dari masyarakat. Ini kerana setiap makanan yang dimakan akan menjadi darah daging pemakannya.
Baru-baru ini kecoh di media sosial, tentang satu makanan sejuk beku ‘Squid Ring’ yang dikatakan dibuat menggunakan dubur babi.
ARTIKEL BERKAITAN : Gula-Gula White Rabbit Sah Ada Gelatin Babi, Masih Banyak Dijual Di Kedai RM2

Kami pasti korang mesti selalu dapat mesej berangkai di Whatsapp atau Telegram yang ntah diberi oleh sesiapa, kemudiannya dihantar kepada kawan-kawan yang lain. Macam-macam informasi yang diberikan tapi kesahihannya tidak diketahui.
Kirim mesej berangkai berkongsi foto hidangan calamari ring ataupun sotong sejuk beku yang dipotong bulat seperti cincin. Produk berkenaan didakwa tidak dihasilkan menggunakan sotong sebenar, sebaliknya ia diperbuat daripada bahagian dubur babi sedangkan produk itu juga terpapar logo halal yang diiktiraf JAKIM.
Walaupun sudah dijelaskan ia merupakan info palsu, masih tetap ada segelintir individu yang menyokong mesej tersebut.
Penyebaran info itu telah mencetuskan perdebatan netizen yang rata-ratanya mengecam tindakan individu yang tidak bertanggungjawab sehingga boleh memperdayakan golongan berusia yang mudah mempercayai berita sebegini.
Bertambah parah apabila mesej yang sama turut disebarkan ke group WhatsApp lain dan ditokok tambah dengan kata-kata yang boleh mencetuskan kebimbangan pengguna beragama Islam.

“Mengerikan kalau nak makan sotong celup tepung sekarang terutamanya di kedai tom yam siam sebab mereka banyak barang-barang frozen di kedai cina,” kata Hajjah Rahana.
Bagaimanapun, netizen menasihatkan orang ramai tidak mudah terus percaya dengan info tersebut. Sebaliknya, siasat dan cari maklumat mengenai produk itu sebelum terus mempercayainya.
Atas inisiatif sendiri, ada netizen yang menghubungi pengiktiraf logo halal pada produk itu melalui emel. Maklum balas yang diterima, pihak Shandong Halal Certificate Service (Badan Pensijilan Halal diiktiraf JAKIM) mengesahkan, produk tersebut didaftarkan oleh Fujian Dayou Guowang Bio-tech Co. Ltd. Produk sejuk beku yang ditularkan itu juga adalah gegelung sotong.
Sementara itu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bersama dengan beberapa Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) dan Kementerian Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengambil maklum mengenai penularan info tersebut dan akan menjalankan siasatan.
Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Jakim, Hakimah Mohd Yusoff berkata, orang ramai dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi yang akan mengeruhkan keadaan. Sebaiknya menunggu hasil siasatan yang akan dimaklumkan secara rasmi oleh pihak berkuasa.
Kesedaran ini sedikit sebanyak membuka mata masyarakat Malaysia namun ada pihak yang mengambil kesempatan untuk menyebarkan info-info yang tidak sahih.
BACA LAGI : Hentikan Sebar Cara Tangani Serangan Jantung Dengan Cough CPR, Ini Sebenarnya Yang Korang Perlu Buat
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tiga Beradik Harumkan Nama Malaysia, Lakar Kejayaan Dalam Pertandingan Eurasian Spelling Bee

Sejuk perut ibu yang mengandungkan tiga beradik ini.
Mana tidaknya, tiga adik beradik ini iaitu Muhammad Alif Naim, 8; Muhammad Haidar Syahmi, 10, dan Nur Zahra Irdina Mohd Hafez, 12, mengharumkan nama negara apabila melakar kejayaan di peringkat dunia dalam pertandingan Eurasian Spelling Bee Lexical Skills Competition 2022, di Gdańsk, Poland.

ARTIKEL BERKAITAN : Dinobatkan Sebagai Pelajar Terbaik, Irfan Haris Cemerlang Dalam Pengajian Peringkat Diploma
Pertandingan menguji kecekapan ejaan dan penggunaan perkataan bahasa Inggeris pelajar dari negara-negara Asia dan Eropah seperti Thailand, Uzbekistan dan Singapura ini telah berlangsung selama empat hari bermula 3 November lalu.

Ketiga-tiga adik-beradik tersebut yang merupakan pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Putrajaya Presint 11 (2), Putrajaya, telah membuktikan kemampuan masing-masing apabila Muhammad Haidar dinobatkan sebagai juara Oscar Bee Award 2022 untuk kategori Bee 3 manakala Muhammad Alif pula mendapat tempat kedua untuk kategori Bee 2.Tidak ketinggalan Nur Zahra yang turut tersenarai lima peserta terbaik dalam kategori Bee 5.

Menurut Haidar, mereka tiga beradik sedar mewakili negara merupakan tanggungjawab besar dan bersyukur kerana berpeluang membawa nama Malaysia dan SK Putrajaya Presint 11(2) di mata dunia.
Pertandingan ini yang merupakan acara tahunan turut disokong oleh Kementerian Pendidikan (KPM) dan tahun ini merupakan penganjurannya buat kali ketiga.
Tahniah kami ucapkan!
BACA : Cemerlang 8 Kali Anugerah Dekan, William Dinobatkan Sebagai Penerima Anugerah Pelajaran Diraja UMP
Sumber : (1)
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
SPM Hanya 2A Bukan Pengakhiran, Selepas 7 Tahun Lelaki Ini Konvo Dengan Anugerah Pelajaran DiRaja

Ye, jika betul-betul rajin dan berusaha, kejayaan pasti akan menyebelahi kita. InsyaAllah!

Seperti yang dilalui oleh graduan daripada Universiti Malaya (UM), dikenali sebagai Madhi Budiman, perkongsiannya mengenai kejayaan meraih Anugerah Diraja UM walaupun dahulu keputusan SPM hanya 2A, membuatkan ramai terinspirasi.
Menerusi entri di laman Instagram, Madhi telah menceritakan serba sedikit perjalanan hidupnya bangkit semula daripada kegagalan.
SPM 2A Daripada 11 Matapelajaran
Pernah mendapat 2A pada Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menyebabkan Madhi terasa sedikit down ketika itu dan terasa dunianya gelap. Namun, Madhi terus berusaha dan tekad untuk berjaya.
“Setiap daripada kita pasti akan diuji. Saya bersyukur kerana dibesarkan oleh kedua ibu bapa dengan didikan, makan & pakai dalam keadaan serba cukup. Namun, saya diuji dengan keputusan 2A SPM daripada 11 matapelajaran yang diambil. Dunia terasa gelap pada waktu itu seolah-olah berakhir masa depan yang cerah buat saya.

Bermula saat itu, saya nekad untuk menebus kesilapan lalu walaupun terpaksa menempuhi jalan yang lebih panjang & berliku. Saya sentiasa berdoa agar ditemukan dengan hikmah atas apa yang terjadi kerana akal manusia itu terhad untuk menilai sesuatu hikmah di atas setiap ketentuanNya,”
Bangkit Semula Selepas Kegagalan

“Bermula saat itu, saya nekad untuk menebus kesilapan lalu walaupun terpaksa menempuhi jalan yang lebih panjang & berliku. Saya sentiasa berdoa agar ditemukan dengan hikmah atas apa yang terjadi kerana akal manusia itu terhad untuk menilai sesuatu hikmah di atas setiap ketentuanNya,”
Anugerah Pelajaran Diraja Dalam Genggaman
Akhirnya, setelah tujuh tahun berusaha dan berdoa akhirnya Madhi berjaya menamatkan pengajian sekaligus merangkul Anugerah Pelajaran Diraja.
” Alhamdulillah. 7 tahun kemudian saya berjaya menamatkan pengajian peringkat ijazah sarjana muda di Universiti No.1 Malaysia. Kejayaan ini terasa lebih manis apabila saya dianugerahkan dengan Anugerah Pelajaran DiRaja. Saya melihat ia sebagai amanah dari Allah jua Universiti untuk saya terus menabur bakti kepada agama & negara.

Bersyukur Penah Gagal Dahulu
Bagi Madhi, kegagalan lalu telah mengajarnya erti sebuah kejayaan yang sebenar, dan percaya setiap yang berlaku pasti akan ada hikmah disebaliknya. Pendidikan merupakan salah satu cara yang boleh mengubah kehidupan masa depan. Percaya kejayaan akan diperolehi jika tak putus harapan.
“Saya bersyukur saya pernah gagal satu masa dulu. Itu harga yang perlu dibayar untuk saya menghargai manisnya sebuah kejayaan pada hari ini. Kalau saya tidak gagal sewaktu SPM, usaha saya dalam hidup ini pasti biasa-biasa sahaja yang akan menghasilkan keputusan yang biasa-biasa,”
“Penghargaan buat kedua ibu-bapa saya atas doa & sokongan yang diberikan. Terima kasih buat para guru & pensyarah atas tunjuk ajar serta rakan-rakan yang sentiasa membantu dalam menempa kejayaan pada hari ini.
“Ucapan tahniah buat rakan-rakan graduan. Amalkan budaya menggali ilmu pengetahuan dalam apa jua cara kerana ilmu itu cahaya; Cahaya yang mengeluarkan seseorang daripada kejahilan, kemiskinan harta, miskin jiwa & miskin adab,”
Moga perkongsian lelaki ini mampu memberi inspirasi buat remaja diluar sana. Korang sebenarnya ada pontensi pada diri. Perlu berubah dan berani mencuba berkali-kali untuk mencapai kejayaan.
Sumber : Madhi Budiman
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

