Vaksinasi Walk In Bermula 1 Ogos, PPV Yang Dibuka Akan Diumumkan Tidak Lama Lagi

Share

Bagi yang masih belum mendapat temu janji suntikan vaksin, jangan risau kerana individu berusia 18 tahun ke atas yang berada di Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya boleh mendapatkan vaksin COVID-19 secara walk in selepas Operasi Lonjakan Kapasiti berakhir 1 Ogos ini.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin berkata, pihaknya akan mengumumkan pusat pemberian vaksin (PPV) yang akan dibuka untuk kemudahan terbabit tidak lama lagi.

Foto: Astro Awani

Khairy juga berkata sebanyak 432,843 dos suntikan sudah diberikan dalam tempoh dua hari mulai kelmarin dengan 293,100 daripadanya membabitkan dos pertama.

Operasi lonjakan kapasiti bermula 21 Julai lalu hingga 1 Ogos ini dengan sasaran suntikan 211,000 sehingga 275,000 dos setiap hari kepada penduduk di Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya.

Foto: Sinar Harian

Menerusi kadar suntikan ini, sasaran keseluruhan adalah untuk memberikan sekurang-kurangnya satu dos kepada semua penduduk dewasa di Lembah Klang sebelum atau pada 1 Ogos ini.

Semoga usaha ini sedikit sebanyak dapat mempercepatkan masyarakat Malaysia untuk menerima dos suntikan vaksin bagi mengurangkan penularan virus COVID-19.

Sumber: (1)

IKLAN