
Situasi kes Covid-19 di Malaysia yang sudah melebihi 4,446 kes baharu setakat semalam pasti membimbangkan banyak pihak.
Susulan daripada peningkatan kes positif di Selangor kian meningkat dan tiada tanda untuk susut, KKM mengesyorkan kerajaan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh di Selangor dengan SOP yang lebih ketat sekiranya penularan di negeri itu gagal dikawal.
Terbaru, menurut Selangor Kini, kerajaan Selangor menawarkan pembelian vaksin kepada majikan untuk diberi kepada kakitangan.


Dengan itu, syarikat yang berminat boleh mendaftar menerusi aplikasi Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah) memandangkan perintah bekerja dari rumah tidak lagi diwajibkan.
Kebimbangan ini memuncak berikutan kehadiran varian baharu COVID-19 yang ganas dan agresif seperti varian dari India dan Afrika Selatan.

Malahan, kes sporadik meningkat berbanding kes kluster dengan 89 peratus kes COVID-19 yang dilaporkan dari 9 April hingga 8 Mei lalu.
“Untuk makluman, SELangkah membuka pendaftaran kepada syarikat yang berminat untuk mendapatkan vaksin untuk pekerja mereka,” kata Exco Kesihatan Awam, Dr Siti Mariah Mahmud.
Syarikat yang berminat atau sebaiknya disarankan melakukan pendaftaran menerusi laman SELangkah Vax yang sudah dibuka sejak 17 Mei 2021. Walau bagaimanapun, tarikh bermulanya program vaksinasi kerajaan Selangor masih belum diketahui.
Menerusi laman itu, Selangor juga akan membuka pendaftaran untuk ahli keluarga dan pusat kesihatan.
Untungnya pekerja yang dapat majikan yang prihatin membeli vaksin ini.
Sumber: Selangor Kini
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
5 Jenis Makanan Yang Korang Perlu Hindari Kalau Korang Pakai Pendakap Gigi

Korang yang pakai pendakap gigi saja tahu sebenarnya ianya satu pengalaman yang agak menyakitkan. Bukan sekadar sakit sebab gigi tu bagai ‘diikat’, tetapi banyak juga makanan yang kita perlu hindari kalau korang pakai pendakap gigi ni sebenarnya.
Pendakap gigi atau pun dalam erti kata lain digelar braces bukanlah dipakai kerana trend, tetapi ianya dipakai atas tujuan kesihatan gigi kita sendiri. Namun, jika kita lihat diluar sana, masih ada lagi orang yang memakainya kerana trend semata-mata, dan ada juga yang memakai fake braces dan akhirnya membawa kemudaratan pada diri sendiri.
Ini adalah antara 5 jenis makanan korang perlu hindari kalau pakai pendakap gigi:
1. Bertih Jagung (Popcorn)

Ya! Makanan kegemaran korang waktu tengok wayang tu, its time to say goodbye! sekurang-kurangnya dalam tempoh 1-2 tahun pertama rawatan gigi korang ni. Sebenarnya bertih jagung ni mempunyai ciri-ciri ‘melekit’ dan ianya akan mudah melekat pada wayar dan braket pendakap gigi korang tu.
Sisa makanan ini akan melekat agak lama dan kekal di gigi korang kerana ianya lebih sukar untuk dicuci. Ianya juga boleh menyebabkan pereputan gigi. Yelah, maniskan karamel tu. Jadi lepas ni, cuba tukar kepada makanan yang lebih lembut ketika menonton wayang atau movie okay!
2. Ais Batu

Sebenarnya penulis sendiri pun memakai pendakap gigi, untuk pengetahuan korang, mengikut pengalaman penulis, ais batu ini lah punca utama braket pendakap gigi penulis patah dan terkeluar. Ye bila difikirkan semula memang kelakar. Antara sebab lain korang kena elak makan ais waktu pemakaian pendakap gigi adalah kerana gigi kita akan jadi lebih sensitif.
Pengunyahan ais boleh meningkatkan kadar sensitiviti gigi dan gusi, walaupun setelah membukanya nanti. Sewaktu pemakaian pendakap gigi, gigi kita memang akan bergerak secara perlahan, jadi jika tambah ‘tekanan’ dengan mengigit sesuatu yang keras, kemungkinan ianya akan memberi efek kepada kita.
3. Biskut keras

Dah nama pun keras kan, konsepnya pun sama juga seperti kita mengunyah ais batu tadi. Walaupun biskut tidak sebahaya makanan lain yang disenaraikan, tetapi tenaga yang diperlukan untuk mengunyah dan menggigit itu adalah banyak. Sebaliknya, pilihlah biskut yang lebih lembut ye, janganlah pulak nanti korang pergi tibai biskut bayi tu. Biskut kering Jacobs pun okay je!
4. Makanan dan minuman berasid

Apa jenis-jenis makanan dan minuman berasid tu? Contohnya seperti air yang bergas, termasuklah makanan seperti buah yang masam seperti lemon, limau dan sebagainya. Makanan berasid boleh mengakis enamel gigi korang, asid ini juga akan berkumpul disekitar gigi korang dan juga braket.
Kadang-kadang ianya boleh menyebabkan kemunculan bintik-bintik pudar dipermukaan gigi, dan apabila korang buka braces nanti, baru korang sedar yang waktu tu semuanya dah terlambat.
5. Daging kental

Pernah tak korang makan steak lepas tu terdapat bahagian yang berurat dan susah nak digigit tu? Hati-hati kalau korang pakai pendakap gigi. Daging berurat sebenarnya memerlukan tenaga yang banyak juga untuk mengunyah. Kerana keliatannya itu, ianya boleh meletakkan tekanan pada gigi korang.
Antara kesan sampingannya kepada gigi ialah ianya boleh menyebabkan wayar dikeliling braket pendakap gigi kita itu longgar dan mengurangkan keberkesanannya.
Jadi lepas ni korang yang pakai pendakap gigi tu, kena lebih berhati-hati ye dalam memilih makanan.
Sumber (1)
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Individu 18 Tahun Ke Atas Belum Divaksin Boleh ‘Walk-In’ Di PPV Lembah Klang

Kini hampir seluruh negara telah menerima bekalan vaksin Covid-19, dan kerajaan negara masing-masing telah mengeluarkan pelan pengagihan suntikan vaksin kepada rakyat dan ini termasuklah negara Malaysia.
Rata-rata rakyat Malaysia sudah diberikan vaksin ini, namun ada juga yang tercicir dan lambat mendaftar. So ada berita baik untuk korang!
Jika sebelum ini, kaedah pemberian ‘walk in’ ini hanya diberikan kepada 40 tahun dan golongan dengan komorbid terlebih dahulu.
Mulai hari ini, korang boleh ‘walk-in’ untuk mendapatkan vaksin di Lembah Klang bagi golongan 18 tahun ke atas. Warga Lembah Klang terutamanya yang belum mendapat sebarang temu janji vaksinasi boleh menghadirkan diri ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang disenaraikan dengan dokumen berkenaan.

Terdapat 9 PPV untuk warganegara Malaysia mendapatkan vaksinasi secara ‘walk-in’ dan satu buat bukan warganegara.
Senarai PPV untuk warganegara adalah seperti di bawah.
- Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC), HCO F
- Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC), HCO G
- Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC), HCO H
- Bangi Avenue Convention Centre (BACC)
- Hotel Wyndham, Klang Dewan Tun Razak,
- Dewan Tun Razak, Sabak Bernam
- Dewan Komuniti, Serendah
- Movenpick Hotel & Convention Centre KLIA,
- Sepang Ideal Convention Centre, Shah Alam (IDCC)
Senarai PPV untuk bukan warganegara pula adalah seperti di bawah.
- Stadium Nasional Bukit Jalil
Walau bagaimanapun, vaksinasi secara ‘walk-in’ hanya bermula pada jam 2 petang. Penting untuk warga Lembah Klang, sila bawa bukti yang menunjukkan lokasi bermastautin di Lembah Klang.
Antara contoh bukti yang diperlukan adalah alamat di kad pengenalan, lesen memandu, sebarang bil utiliti, kad pekerja, kad pelajar, surat perjanjian atau lain-lain lagi.
Vaksinasi secara ‘walk-in’ ini akan berlangsung sehingga 22 Ogos ini.
Sumber: @JKJAVMY
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Cara Renew ‘Roadtax’ Dan Insuran Kenderaan Secara Online, Mudah Sangat!

Jika sebelum ini, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook memaklumkan bahawa pemilik kenderaan persendirian tidak lagi perlu memaparkan Lesen Kenderaan Motor (LKM) atau ‘roadtax’ dan Lesen Memandu Malaysia (LMM) Persendirian secara fizikal.
ARTIKEL BERKAITAN : Tak Perlu Lagi Lekat ‘Roadtax’ Dan Bawa Lesen Memandu Fizikal

Namun begitu, tanggungjawap sebagai pemandu dan pemilik kenderaan masih wajib dilakukan terutamanya dalam memperbaharui cukai jalan dan insuran.
Tapi korang tahu tak sekarang korang boleh memperbaharui ‘roadtax’ ini secara secara online sahaja.
Jadi, anda sudah tidak perlu lagi beratur panjang di JPJ atau pun pejabat pos hanya kerana mahu memperbaharui kedua-dua perkara tersebut. Boleh ikuti tutorial cara renew road tax dan insuran kenderaan secara online seperti di bawah.
Cara perbaharui insuran kenderaan secara online
1. Layari laman web MyEG kemudian daftar akaun anda pada halaman Register.
2. Setelah selesai, log masuk akaun anda.
3. Pada halaman utama, tekan pilihan Jabatan Pengangkutan Jalan di penjuru atas kiri sekali.

4. Selepas itu, pilih sama ada anda ingin perbaharui lesen kereta atau pun motor.

5. Di halaman berikutnya, tekan Compare Now untuk membandingkan harga serta perkara yang dilindungi beberapa syarikat insurans dan takaful yang tersedia.

6. Kemudian, masukkan nombor pendaftaran kenderaan anda dan tekan Next.
7. Beberapa maklumat kenderaan anda akan dipaparkan pada halaman seterusnya lalu perlu disahkan.

8. Masukkan maklumat pemilik kereta supaya sistem boleh sediakan sebutan harga insuran untuk anda dan tekan Next.
9. Pilih syarikat insuran yang tersedia untuk dapatkan harga terkini, lalu klik Submit.

10. Anda bakal dipaparkan dengan harga insurans yang dikenakan bagi setiap syarikat yang anda pilih tadi. Tekan Buy Now pada mana-mana insurans yang anda mahu.
11. Anda kemudian perlu masukkan maklumat pemandu tambahan jika ada serta pilih sebarang Add-ons yang diperlukan.

12. Akhir sekali, anda lakukan bayaran dan boleh memuat turun resit bayaran dan sijil perlindungan.
Cara perbaharui cukai jalan secara online
- Log masuk dalam web MyEG dan klik pada ikon Jabatan Pengangkutan Jalan.
- Klik pada Perbaharui Cukai Jalan.
- Kemudian, pilih sama ada anda ingin perbaharui cukai jalan motor atau kereta.
- Selepas itu, lengkapkan maklumat yang diminta seperti nombor kad pengenalan, nama, nombor telefon, alamat e-mel, nombor pendaftaran kenderaan dan tempoh pembaharuan cukai jalan.
- Anda boleh pilih sama ada cukai jalan itu mahu dihantar ke rumah anda atau mengambilnya sendiri di Pejabat MyEG berdekatan. Penghantaran ke alamat pilihan akan dikenakan caj penghantaran.
- Lalu, pastikan semua maklumat yang diisi adalah tepat. Sebutan harga dan caj dikenakan akan dipaparkan pada skrin. Jika anda setuju dengan harga yang dipaparkan, tekan terus Confirm & Pay.
- Selesai proses pembayaran, bolehlah memuat turun resit pembayaran yang mana boleh dijadikan rujukan kelak.
Untuk makluman, sebelum boleh pembaharui cukai jalan anda perlu perbaharui insurans kenderaan terlebih dahulu. Jadi, ikuti turutan tutorial di atas memudahkan urusan pembaharuan cukai jalan dan insurans secara dalam talian.
Senang sahaja kan? Selepas ini korang boleh renew lesen JPJ, renew roadtax, semak saman dan macam-macam lagi hanya secara online dan tidak perlu ke kaunter JPJ.
Jangan lupa try okay!
SUMBER : carsome, soyacincau bm
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

