“Vaksin Tidak Akan Dibeli Selagi Belum Berdaftar Dengan NPRA,”- Tan Sri Dr Noor Hisham

Share

Virus Covid-19 sehingga kini masih lagi belum mempunyai vaksin yang seratus peratus boleh menyembuhkan. Namun beberapa penemuan baru yang telah dikeluarkan memberi sedikit cahaya sebagai permulaan untuk membendung penyebaran virus ini dengan lebih luas.

Walaupun begitu, Kementerian Kesihatan Malaysia tidak akan mengguna pakai mana-mana vaksin Covid-19 selagi ia belum didaftarkan dengan National Pharmaceutical Regulatory Agency (NPRA).

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham sendiri menegaskan bahawa tindakan ini diambil bagi memastikan ujian klinikal terhadap semua vaksin tersebut selamat digunakan selain berkesan untuk merawat virus terbabit.

Dalam sebuah sesi taklimat pada Sabtu kelmarin, beliau berkata, “Sehingga kini masih tiada data yang dimaklumkan kepada kita berhubung keberkesanan dan keselamatan vaksin yang dihasilkan, Cuma yang ada adalah daripada laporan media.

“Jadi kita tidak boleh ambil laporan media dan daftarkan vaksin tersebut sebaliknya memerlukan data hasil kajian dilakukan khususnya kajian peringkat akhir. Kita tidak akan membeli mana-mana vaksin jika ujian klinikal belum tamat bagi memastikan ia selamat digunakan dengan bekesan.”

Umum mengetahui yang sebelum ini sebuah syarikat farmaseutikal, Pfizer, telah mengeluarkan kenyataan bahawa vaksin Covid -19 semakin hampir medapat kelulusan daripada kerajaan Amerika Syarikat (AS) bagi tujuan membenarkan penggunaan yang dijangka bermula pada bulan depan.

Sumber: Astro Awani

***P/S- Soal vaksin bukan boleh dibuat mainan kerana jika salah digunakan boleh membawa kemudaratan. Kita sebagai rakyat Malaysia silalah patuhi segala SOP yang telah dikeluarkan pihak kerajaan agar lekuk gelombang Covid-19 ini berjaya kita ratakan. Sekaligus kehidupan akan menjadi seperti sediakala. Jangan lupa untuk sentiasa memakai pelitup muka dan kerap mencuci tangan.

IKLAN