V BTS Kalahkan 87 Idol K-pop Sebagai Selebriti Korea Paling Kacak 2019

Share

Helok ke tak, V?” BTS

 

Anggota kumpulan Kpop popular BTS iaitu V muncul sebagai selebriti lelaki Korea paling kacak pada tahun ini.

Namun untuk pengetahuan korang, ini bukanlah kali pertama V memenangi jolokan itu kerana dia juga pernah dinobat sebagau lelaki paling kacak dunia pada tahun 2017.

Ranking ini dikeluarkan oleh Entertainment Award dan V BTS diumumkan sebagai pemenang setelah mereka mengira undian sejak 20 September 2019 hingga 19 Oktober lalu.

 

Persaingan Sengit

Bukan calang-calang ye calon selebriti yang bertanding untuk merebut ‘Lelaki Korea Paling Kacak 2019’.

87 orang selebriti Korea popular tersenarai dan ia termasuklah Jungkook (BTS), Taeyong (NCT 127), Song Joong Ki, Lee Minho, Jimin, Kim Seok Jin dan ramai lagi.

Namun V BTS atau nama sebenarnya Kim Tae-Hyung berjaya menyambar gelaran ini  dengan rupa parasnya yang kacak! Malah doktor pakar pembedahan plastik juga kagum melihat kekacakan wajah V!

Pada tahun 2017, BTS V telah dinobatkan sebagai juara undian World’s Most Handsome Man. Ternyata, rupa paras V telah mendapat pengiktirafan dunia sejak dahulu lagi.

Korang setuju tak? Atau ada idola Korea korang yang lebih kacak daripada V?

 

 

IKLAN