UUM Sediakan Surau Bergerak Untuk Kemudahan Pelajar Terima Reaksi Positif Netizen

Share

Memberi fasiliti yang baik adalah salah satu inisiatif yang telah dibuat oleh pihak pengurusan Universiti Utara Malaysia (UUM) apabila mereka telah mengubah suai bas untuk dijadikan surau bergerak atau lebih dikenalo sebagai ‘Musolla On Wheels’ sebagai kemudahan bagi penuntut university menunaikan solat.

Menurut Harian Metro, Pengarah Pusat Penginapan Pelajar (SAC) mengatakan bahawa idea ini tercetus selepas melihat penuntut bersesak-sesak di surau pada waktu puncak, terutamanya Zohor.

Korang mesti pernah mengalami situasi dimana surau terlampau sesak dengan jemaah sampaikan tiada ruang untuk solat kan? Memang tidak dinafikan, keperluan surau bergerak ini mampu membantu menyelesaikan masalah yang dialami oleh pelajar universiti tersebut.

SAC dengan kerjasama Syarikat Bas Unic melancarkan surau bergerak di bawah program Unic Care yang mula beroperasi sejak awal Februari lalu. Surau bergerak ini ditempatkan di parkir kereta di UUM COLGIS.

Bas tersebut diubah suai dengan ruang solat yang mampu memuatkan antara 15 hingga 17 jemaah pada satu masa dan dibuka dari 12.30 tengah hari sehingga 6 petang. Walau bagaimanapun, setakat ini surau bergerak itu hanya untuk kegunaan pelajar lelaki dengan ciri-ciri moden dilengkapi kemudahan asas seperti tangki air, paip wudhuk, penghawa dingin, selipar dan sejadah.

Inisiatif ini mendapat reaksi positif daripada netizen dan ada juga yang mencadangkan agar surau bergerak ini dapat disediakan di tempat-tempat awam seperti bazar Ramadan .

Moga inisiatif ini menjadi ikutan

Tawar khidmat servis minyak enjin & filter secara percuma

IKLAN