Ustaz Ebit Lew Beli Air 2 Lori Tangki Besar, Bantu Agih Kepada Penduduk Selangor

Share

Tindakan pantas Ustaz Ebit Lew yang berasa sayu melihat penduduk di Selangor yang terjejas bekalan air membuatkan beliau segera membeli air dua lori besar untuk mengagihkan air bagi membantu penduduk di kawasan terjejas.

Dalam perkongsian di fbnya, Ustaz Ebit Lew membuat agihan membantu penduduk di kawasan pinggiran Batu Caves yang mana menurutnya masih belum selesai pengagihannya walau sudah dilakukan sejak 10 malam tadi.

Sayu hati rasa. Selangor tiada air. Saya beli 2 lori besar air untuk diagihkan. Dari 10 malam kami keluar rumah uruskan sampai subuh dan sekarang masih belum selesai mengagihkan air di area pinggiran Batu Caves.

Bila saya tengok rumah saya tiada air. Saya cepat-cepat belikan air mineral untuk anak-anak. Saya fikir macam manalah orang diluar sana. Ya Allah. Sekali tengok orang beratur. Paling sayu pakcik makcik tua-tua nak air. Ada yang saya minta pembantu saya bantu angkatkan.










Ada adik kecil-kecil sangat datang ambil air. Untuk masak dan minum agaknya. Ya Allah. Bantulah semua negeri-negeri yang ada masalah air permudahkanlah ya Allah. Bukalah jalan buat kami semua.

Pohon doa yer. Ramai sangat yang minta tolong. Ada pusat dialisis dan klinik pun memerlukan. InsyaAllah doakan semuanya dimudahkan.

Terima kasih Ustaz, semoga Allah membalas semua jasa baik Ustaz di dunia ini.

IKLAN