Usop Mula Berani Upload Foto Girlfriend, Amboi Cantik Betul!

Share

 

Kalau korang masih ingat momen selepas episod finale Big Stage musim 3 melabuhkan tirainya kira-kira sebulan lepas, naib juara pertandingan tersebut iaitu Usop pernah memberikan hint mengenai dirinya yang sudah berpunya.

Tanpa mengemukakan nama buah hatinya kepada pengacara Big Stage Live Plus iaitu Radin ERA dan Isha Norisham, Usop bagaimanapun berkata dia akan memperkenalkan siapakah gerangan orangnya itu tak lama lagi.

Kini, Usop nampaknya sudah bersedia untuk memuat naik foto teman wanitanya sekaligus berkongsi kepada para peminatnya.

Ia berlaku semasa sambutan mengejut ulang tahun kelahirannya yang ke 23 pada 25 Oktober lalu. Dalam foto yang baru dimuat naik olehnya 2 hari lalu, gadis yang dilaporkan bernama Nur Fatehah itu bukanlah seorang daripada industri seni. Malah, Usop juga sedang memberikan gambaran kepada kekasihnya mengenai selok-belok industri seni.

“Dia baru lagi, dia pun takut nak masuk dalam bidang saya.”

Bagaimanapun, Usop tidak kisah sekiranya gadis yang mesra dipanggil dengan gelaran Teha itu mula memuat naik foto atau video mereka bersama.

Kata Usop kepada rakan media di Gempak, “Saya okay saja bila Teha pun (mula) berkongsi momen-momen bersama saya di media sosial sebab saya tak pernah dapat kejutan macam itu daripada orang yang saya sayang. Saya rasa sangat dihargai.

“Selalunya, kalau saya kata okay, barulah dia akan post gambar kami. Saya (pun) nak repost foto tersebut di Instagram sebab saya nak jadikan momen itu sebagai kenangan,” akui pemilik nama Muhammad Saiful Naim Muhammad Noor itu.

Mengenai sama ada Usop juga mempunyai perancangan untuk berkahwin tak lama lagi, ujarnya dia sudahpun bertemu keluarga Teha dan keluarga mereka berdua juga saling mengenali.

Yayy Usop, so happy for you!

IKLAN