Siapa kata usia boleh menghentikan seseorang daripada mengejar ilmu? Bagi Dr. Lee Heng Liang, AMN, jawapannya jelas: tidak sama sekali.

Pada usia 60 tahun, beliau melangkah penuh bangga di pentas konvokesyen Universiti Teknologi Malaysia (UTM) hari ini, menerima ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam Pengurusan, ia satu pencapaian yang membuktikan bahawa semangat belajar tidak pernah mengenal batas.

Pembelajaran ialah proses sepanjang hayat, sesuatu yang perlu diteruskan apabila kita melalui pelbagai fasa kehidupan,” katanya.

Inspirasi Dari Nilai Hidup, Bukan Detik Tertentu

Berbeza dengan sesetengah orang yang mendapat ‘wake-up call’ tertentu, perjalanan PhD Dr. Lee bukanlah bermula dari satu peristiwa besar.

Sebaliknya, ia adalah hasil nilai hidup yang dipegang sejak muda. Beliau mempunyai tiga motivasi utama iaitu mencabar diri untuk berkembang secara akademik dan peribadi, memberi inspirasi kepada anak-anak serta anak saudaranya untuk menjejakkan kaki ke pendidikan lebih tinggi, dan menyumbang kepada bidang yang kurang diterokai iaitu sistem percukaian tidak langsung Malaysia.

Ia meluaskan pemahaman kita tentang dunia, dan pengetahuan itu menjadi sumber kekuatan,” ujarnya.

Usia Bukan Penghalang! Kisah Dr. Lee Heng Liang, Genggam PhD UTM Pada Usia 60 Tahun

Ads

33 Tahun Bersama Kastam, Kini Membawa Pengalaman Ke Dunia Akademik

Dengan lebih 33 tahun pengalaman dalam Jabatan Kastam Diraja Malaysia, nama Dr. Lee bukan asing dalam dunia percukaian negara. Dari SST Versi 1.0, GST, hinggalah ke SST Versi 2.0, beliau berada di barisan hadapan pelaksanaannya.

Tidak hairanlah jika penyelidikannya memberi fokus kepada sistem Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan (SST).

Kajian sebelum ini menunjukkan penyelidikan berkaitan SST di Malaysia masih terhad, dan perkara ini membuka ruang serta peluang untuk penambahbaikan,” jelasnya.

Hasil kajian aplikasinya diharap dapat membantu Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) serta pembuat dasar meningkatkan pematuhan dan memperkukuh sistem percukaian negara.

Cabaran? Ya. Halangan? Tidak Sama Sekali.

Menyambung pengajian pada usia matang semestinya datang dengan cabaran tersendiri. Namun bagi Dr. Lee, ia tidak pernah menjadi alasan untuk berhenti.

Ads

Secara fizikal, beliau mengakui dirinya tidak sepantas dahulu, tetapi aspek mental dan emosi? Beliau percaya ia bukan soal umur, tetapi soal keinginan.

Apa yang benar-benar menentukan kemajuan kita ialah motivasi peribadi dan matlamat yang kita tetapkan untuk diri sendiri,” katanya penuh yakin.

Dan sepanjang perjalanan ini, ada satu nasihat yang tidak pernah beliau lepaskan, “Berdoa kepada Tuhan dan jangan pernah berputus asa.

Usia Bukan Penghalang! Kisah Dr. Lee Heng Liang, Genggam PhD UTM Pada Usia 60 Tahun

Ads

Buat Mereka Yang Merasa ‘Sudah Terlambat’…

Kisah Dr. Lee bukan sekadar tentang menerima segulung PhD. Ia tentang menolak batas yang ditentukan masyarakat. Ia tentang kekuatan semangat.

Usia hanyalah angka; yang penting adalah usaha berterusan untuk belajar kerana ia menyegarkan minda dan mengekalkan jiwa yang muda,” tegasnya.

Kepada semua yang terfikir untuk kembali belajar tetapi rasa malu, ragu atau takut, pesan Dr. Lee mudah sahaja iaitu “Usia bukan penghalang untuk menimba ilmu atau mengejar impian.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?

Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER: UTM News

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads