“Bapanya buka ikatan yang membalut jenazah Ain. Usap lama-lama di mukanya sebelum menangis dalam tempoh agak lama. Setiap orang yang datang menziarahi dan menyalaminya, bapanya akan kembali menangis. Memang sedih lihat keadaannya. Maklumlah, arwah anak sulung dari tiga beradik. Kami sebagai kawan juga berasa sebak menyaksikannya,” kongsi Nurul Fatini binti Omar yang juga rakan kepada allahyarham Norsya’Baniah Norhisham, 20 yang meninggal dalam kejadian pagi semalam di Tol Batu 3, Shah Alam.
Jelas pelajar Universiti Putra Malaysia ini, dia bersama dua lagi rakannya selain guru yang pernah mengajar arwah ada datang menziarahi jenazah buat kali terakhir di rumah neneknya di Port Dickson, Negeri Sembilan sebelum pelajar Politeknik Sultan Salahudin Abdul Aziz, ShahAlam ini dikebumikan malam semalam.
“Kami memanggil arwah dengan nama Aien Kechik. Kami dulu satu sekolah di SMK Sheikh Haji Ahmad Said, Seremban,” katanya memaklumkan seorang lagi kenalannya, Azeatul Syarina adalah kawan yang paling rapat dengan arwah.
“Kali terakhir mereka bermesej petang sebelum arwah balik ke Kuala Lumpur. Azie ada bergurau dengan arwah Ain minta hadiah hari jadinya yang jatuh bulan Februari akan datang tetapi arwah memaklumkan dia tak ada duit. Itulah mesej akhir mereka,” katanya ketika dihubungi.
Nurul Fatini antara rakan sekolah yang menziarahi arwah malam tadi di Port Dickson
Bapa sangkakan panggilan telefon prank semata-mata
Tol Batu 3 Shah Alam yang ditutup awal tahun ini mencatatkan tragedi pertama apabila dua remaja maut dalam satu kemalangan yang berlaku awal pagi semalam.
Dua remaja berkenaan, Muhammad Azki Dahlan Jamit, 21 dari Batu 20, Kampung Padang Sungai Congkak, Hulu Langat dan Norsya’Baniah Norhisham, 20 dari Taman Pinggiran Pedas, Pedas Negeri Sembilan ditemui meninggal dunia di tempat kejadian selepas terlanggar tembok plaza tol berkenaan dalam kejadian awal 6.30 pagi.
Ads
Kereta Kancil ini remuk sekaligus mengorban dua nyawa awal pagi semalam
Pemandu kereta kancil, Muhammad Azri Dahlan Jamit, 23 yang merupakan abang kepada allahyarham Azki berada dalam keadaan kritikal dipercayai hilang kawalan sebelum merempuh tembok berkenaan. Kereta kancil ini datang dari arah Kuala Lumpur menuju ke arah Klang.
Bapa arwah, Norhisham awalnya menyangka panggilan menyatakan anaknya meninggal adalah prank. pix NST
Dalam pada itu, laporan akhbar semalam menyebut, bapa kepada arwah Ain, Norhisyam Jailani, 47 tahun telah menerima satu panggilan telefon bersuara tenang sekitar tengahari hari kejadian namun menyangka panggilan itu adalah sebuah prank untuknya.
“Namun segalanya berubah apabila anggota polis berkenaan memaklumkan anak perempuan sulungnya itu telah meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya tersebut. Malah beliau sekeluarga telah bergegas menuju ke Hospital Shah Alam dan berharap berita yang disampaikan tadi tidak benar.
Ads
“Jantung saya seperti hendak luruh bila menyaksikan jenazah anak terbaring kaku. Terlalu sedih untuk diperkatakan,” katanya.
Dalam pada itu, ibu arwah Sohaini Mat Sarim 45 berkata, anaknya itu ada balik bercuti ke rumah untuk cuti hujung minggu. Sabtu itu mereka sekeluarga ada mandi mandi di Air Terjun Jeram Toi di Jelebu kerana sudah lama tidak bercuti bersama.
“Arwah demam dan tak selera makan. Pemergian ini benar-benar sangat mengejutkan,’ katanya yang berkongsi tatkala ditanya oleh orang yang menziarahi.
Ads
Foto arwah bersama ahli keluarganya
Difahamkan, allahyarham dalam perjalanan ke kuliahnya sebelah pagi sebelum kejadian menimpa. Malah petang sebelumnya, alllahyarham Ain sempat dihantar ke Stesen Komuter Seremban oleh bapanya dan tiba di Kuala Lumpur sebelah malam.
Alfatihah untuk arwah Norsya’Baniah Norhisham. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang beriman dan beramal soleh. Semoga keluarganya sabar menerima ujian dan dugaan.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dek kerana sekatan pergerakan baharu yang dikenakan di New Zealand demi memperlahankan penyebaran varian Omicron COVID-19, Perdana Menteri negara tersebut Jacinda Ardern sanggup untuk membatalkan majlis perkahwinannya.
Katanya kepada seorang pemberita tempatan, “Perkahwinan saya tidak akan diteruskan,” sambil menyifatkan faktor waktu di mana varian tersebut merebak sehingga meningkatkan jumlah kes di sana sebagai sesuatu yang tidak dapat dielakkan.
Apabila ditanya mengenai perasaannya, Jacinda yang menjawab ringkas, “Begitulah kehidupan (that is life).” Bagaimanapun, Jacinda tidak mendedahkan tarikh baru majlisnya setelah ditangguhkan.
Jacinda bersama teman lelakinya, Clarke Gayford dengan anak mereka yang kini berusia 2 tahun. Sumber Foto : The Times UK
Untuk pengetahuan, New Zealand telah beralih ke kategori merah dan kembali mengenakan prosedur operasi standard (SOP) memakai pelitup muka dan mengehadkan perhimpuan terbuka mulai tengah malam Ahad lalu.
Malah, kerajaannya juga kini mengehadkan kapasiti 100 orang saja dalam mana-mana acara seperti perkahwinan serta kawasan kunjungan orang ramai seperti di restoran dan di bar.
Ini susulan laporan sembilan kes varian Omicron Covid-19 yang merebak dari Auckland di pulau utara ke Nelson pulau selatan New Zealand gara-gara satu majlis perkahwinan.
Hasilnya, sebuah keluarga dan seorang pramugari dalam penerbangan tersebut telah disahkan positif.
Kata Ardern, kerajaan New Zealand kini sedang cuba untuk memperlahankan penyebaran varian Omicron kerana mengikut ramalan, New Zealand mampu diserang dengan 1000 kes sehari dalam tempoh beberapa minggu yang mendatang.
Jelaslah, Perdana Menteri New Zealand ini sensitif dengan situasi negaranya yang sedang dilanda wabak dan mengetepikan kepentingan diri seperti majlis perkahwinannya sendiri demi menangani isu yang lebih serius sekarang.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Mesti ramai dah ternanti-nanti kepulangan idola Kpop mereka pulang daripada latihan ketenteraan, yang mana menjadi kewajipan kepada semua lelaki di Korea untuk menyertai sesi latihan ini.
Ada lebih kurang 18 selebriti dijangka tamat latihan pada tahun ini dan pelakon terkenal, Lee Min Ho juga bakal menamatkan perkhidmatan ketenteraannya sebagai pekerja perkhidmatan awam pada hari esok (25 April).
Min Ho memulakan khidmatnya sebelum membuat laporan kepada Pusat Latihan Nonsan pada Mac tahun lepas untuk latihan asas ketenteraan selama 4 minggu.
Berita ini disahkan oleh agensinya, MYM Entertainment menerusi kenyataan rasminya semalam.
“Min Ho bakal menamatkan latihan ketenteraan secara biasa sahaja tanpa sebarang majlis istimewa.”
Jelas sekali ramai peminat pelakon Kpop ini berasa excited menantikan kepulangan idola mereka.
Bukan saja di Malaysia, negara jiran kita juga Indonesia turut ‘gila’ dengan Lee Min Ho. Lihat saja reaksi mereka. Hiks!
Bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), mendapat tahu keputusan berjaya memasuki university mana adalah debaran paling hevoq. Ini kerana dengan penerimaan ke universiti yang dipohon, ia adalah satu tiket melangkah ke alam remaja yang menyeronokkan.
Bagi lepasan SPM, sekejap lagi akan keluar result ya permohonan yang dibuat melalui UPU.
Di fb Kementerian Pengajian Tinggi memaklumkan, result akan mula diketahui pada jam 12.00 tengahari ini.
Semakan keputusan untuk menyambung pengajian ke Universiti Awam (UA), Institut Pendidikan Guru (IPG), Kolej Matrikulasi (KM), Politeknik, Kolej Komuniti (KK) dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) bagi lepasan SPM dan setaraf boleh disemak pada hari ini mulai jam 12.00 tengahari.
Semak keputusan adik-adik melalui aplikasi UPUPocket 2.0. Selamat maju jaya semua!!
Spekulasi mengenai hari bahagia pelakon dan penyanyi, Bella Astillah bersama Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kini semakin hangat diperkatakan di media...