Uqasha Senrose Beri Hadiah Kereta Mewah Sempena Ulangtahun Kelahiran Ibu

Share

Rezeki dan kesenangan yang dimiliki seorang anak merupakan antara berkat doa dari seorang ibu. Disebabkan itu juga setiap kali kita beroleh kejayaan dan kekayaan, janganlah dilupa kepada kedua ibu bapa kerana mungkin mereka adalah asbab dimana kita berada sekarang.

BACA: Bertuah Badan, Anak Lelaki AC Mizal Terima Hadiah Mercedes Benz Di Hari Jadi Yang Ke-18

Pelakon Uqasha Senrose baru-baru ini dilihat memberikan sebuah kereta mewah sempena hari ulangtahun kelahiran ibunya. Video dimuat naik menerusi laman TikTok peminat mereka, @kamalxuqashaloveforever

dan menerima hampir 1 juta tontonan dengan 60,000 jumlah tanda suka.
@kamalxuqashaloveforever Birthday present from Uqasha Senrose to mama ❤️🌹😍 semoga dimurahkan pintu rezeki yg luas untuk Uqasha.. #fyp #fypシ゚viral #fypシ #kamalxuqasha #uqashasenrose #kamaladli ♬ Kenangan Terindah – SAMSONS

Rata-rata warganet memuji pelakon wanita yang dikatakan semakin cantik selepas berkahwin dan mereka turut mendoakan agar Uqasha bertambah murah rezeki.

Uqasha dan Kamal Adli sebelum ini telah melangsungkan pernikahan pada 5 November 2021 namun hanya berkongsi kepada umum sebulan selepas mereka bernikah. Malam berinai dan persandingan pasangan selebriti ini disiarkan secara eksklusif di saluran Astro Ria.

BACA: Sebulan Rahsiakan Perkahwinan, Kamal Adli & Uqasha Senrose Pilih UMRAH Untuk Pra-Bulan Madu

Kamal dan Uqasha turut berkongsi bahawa mereka telah diijabkabulkan di sebuah lokasi di Janda Baik, Pahang di mana Kamal telah menyerahkan mas kahwin bernilai RM22.50 kepada Uqasha berserta tujuh dulang hantaran yang dibalas sembilan dulang oleh pihak pengantin perempuan.

Instagram: @uqashasenrose2

BACA: Mempesona, Cantiknya Busana Songket Biru UQASHA SENROSE Rekaan RIZMAN RUZAINI

Murah rezeki anak-anak sekiranya membahagiakan kedua ibu bapa kan. Semoga kita juga diberikan kesempatan untuk berbakti dan memberi kesenangan buat kedua orang tua kita. InsyaAllah!

Sumber: (1)

**

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

IKLAN