Tanpa mengira apa agama yang kita anuti, semuanya mengajar agar berbuat baik sesama insan tanpa mengira warna kulit, bangsa dan sebagainya.

Benarlah, kita rakyat Malaysia dididik untuk saling menghormati, saling menyayangi, saling menghulurkan bantuan tanpa mengira  siapa penerimanya. Jika semalam REMAJA siarkan seorang remaja menderita kanser kulit inginkan sebuah kerusi roda untuk kegunaannya yang semakin sukar bergerak, alhamdulillah, sejak semalam juga, Syahidah Rashid, 18 tahun sudah menerima kerusi roda baru.

Ia disumbangkan oleh seorang hamba Allah, Anthony Thomas yang sudi menghulurkan bantuan membantu membelikan kerusi roda baru untuk remaja menghidap kanser kulit ini sejak 6 tahun lalu.

[UPDATE] Remaja Hidap Kanser Kulit Dah Dapat Kerusi Roda, Terima Kasih Anthony Thomas Sudi Menderma
Inilah kerusi roda baru disumbangkan oleh seorang hamba Allah baik hati, Anthony Thomas
[UPDATE] Remaja Hidap Kanser Kulit Dah Dapat Kerusi Roda, Terima Kasih Anthony Thomas Sudi Menderma
Keadaan kesihatannya yang semakin terjejas menyukarkan Syahidah untuk bergerak tanpa keruso roda. Alhamdulillah sejak semalam sudah memperolehnya

Semalam ibu remaja ini Kamsiah Mohamed Arsad, 55 yang menjalankan perniagaan tapai secara kecil-kecilan berkata, kebiasaannya untuk membawa Nur Syahidah ke hospital dia akan menggunakan perkhidmatan e-hailling.

Katanya, kini dia memerlukan sebuah kerusi roda untuk memudahkan anaknya bergerak terutama untuk ke hospital.

“Bantuan lain Alhamdulillah cukup, saya dapat bantuan bulanan sebanyak RM500 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan bantuan sewa rumah daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS).

“Cuma kalau boleh nak belikan sebuah kerusi roda kerana saya tak mampu. Sekarang anak saya sedang mendapat rawatan di Hospital Serdang kerana platelet darahnya turun,” katanya semalam.

[UPDATE] Remaja Hidap Kanser Kulit Dah Dapat Kerusi Roda, Terima Kasih Anthony Thomas Sudi Menderma

IKLAN

Alhamdulillah, hari ini, adik Nur Syahidah mendapat bantuan dari hamba Allah yang sangat baik hati. Beliau mendermakan sebuah kerusi roda untuk memudahkan pergerakan adik ini dan ibunya untuk berulang alik ke hospital.

Terima kasih Thomas Anthony. Anda seorang yang prihatin dan baik hati. Semoga anda dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatan yang baik selalu.

Dalam pada itu, ibunya memaklumkan pada mulanya Syahidah hanya demam biasa, namun menjadi serius apabila tumbuh ruam di pipinya selain mengalami sakit sendi.

“Anak saya jarang sakit, kalau demam sehari pun dia masih pergi sekolah, namun pada tahun 2014 keadaan berubah apabila dia kerap demam.

IKLAN

“Bila pergi hospital doktor tak dapat kenal pasti dia sakit apa, bila kerap demam saya bawa dia ke klinik dan hanya diberi ubat tahan sakit dan ubat sapu,” katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Kamsiah yang merupakan ibu tunggal dan menghidap asma kronik berkata, keadaan Nur Syahidah menjadi makin teruk apabila kulitnya menggelupas dan rambutnya menjadi gugur sehingga botak.

Katanya, kulit di seluruh anggota badan Nur Syahidah melepuh seolah-olah melecur terkena api.

”Pada Disember 2014, Nur Syahidah demam panas, tekanan darahnya rendah manakala jantungnya berdegup laju. Ketika mendapat rawatan di hospital, barulah doktor dapat sahkan anak saya menghidap kanser kulit.

IKLAN

“Sejak itu Nur Syahidah kerap tidak ke sekolah kerana alami kesakitan, jika terkena panas matahari sikit pun muka dia akan jadi merah, melecet dan keluar darah,” katanya.

Bagi yang ingin terus membantu, boleh saja salurkan sumbangan anda ke akaun Bank Rakyatnya untuk mereka sekeluarga membeli keperluan lain khususnya untuk remaja ini.

Sehubungan itu, mereka yang ingin membantu boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Bank Rakyat (nombor akaun 220696118980) atas nama Nur Syahidah. Sumber : SINAR HARIAN

 

 

 

 

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI