Selepas hampir empat tahun direhatkan, pencarian Hero Remaja kini kembali lagi.

Daripada 600 bakat baharu yang hadir ke ujibakat, akhirnya 12 finalis telah pun berjaya dipilih untuk merebut gelaran Hero Remaja.

“Hero Remaja Ini Ain Cuba Untuk Behave,” Ain Edruce Hos Hero Remaja 2020!

Untuk edisi kali ini, Pelakon dan pengacara Scha Al Yahya sekali lagi diberi kepercayaan untuk menjadi juri tetap dalam program Hero Remaja disamping penerbit dan pengarah, Datuk Hans Isaac.

Menariknya, program ini juga akan dikendalikan oleh Ain Edruce yang Fun and bubbly, dua perkataan tepat menggambarkan personaliti pengacara Hero Remaja untuk edisi ke-10 ini.

“Hero Remaja Ini Ain Cuba Untuk Behave,” Ain Edruce Hos Hero Remaja 2020!

IKLAN

Ditanya mengenai apakah kelainan yang akan dia bawakkan dalam program ini adakah berbeza dengan Scha Alyahya yang juga merupakan pengacara untuk edisi yang terdahulu.

“Setiap orang ada cara tersendiri untuk mengemudi program yang dipertanggungjawapkan. Cara Ain hosting dengan Scha memang berbeza, mungkin bila Ain akan lebih santai mengacarakan program Hero Remaja ini. Yang bab tegas-tegas tu Ain akan serahkan tugas itu pada juri.

So dengan Ain , Hero-hero Remaja ini boleh sempoi dan rileks je.

“Hero Remaja Ini Ain Cuba Untuk Behave,” Ain Edruce Hos Hero Remaja 2020!

IKLAN

Selit Unsur Jenaka

Bagi Ain atau nama sebenarnya Nurulain Edruce, 28, bukan mudah untuk seseorang itu melakukan perubahan hanya ingin mengikut kehendak orang lain.

” Selit-selit unsur jenaka itu mungkin ada sebab itu memang peragai semulajadi Ain, tambahan pula pihak Ideaktiv dan Astro tidak mengehadkan cara Ain untuk mengemudi program Hero Remaja 2020 ini,”

First Job 2020

IKLAN

Untuk 2020 ini, Hero Remaja juga merupakan tugasan pertama Ain, selepas mendirikan rumah tangga Disember yang lepas. Jadi, suami memahami kerja Ain dan ada memberikan nasihat agar pandai jaga diri.

“Hero Remaja Ini Ain Cuba Untuk Behave,” Ain Edruce Hos Hero Remaja 2020!

“So first job untuk 2020 ialah Hero Remaja, sudah tentu suami Ain ada tegur untuk behave sikit. Tapi Alhamdulillah suami Ain tahu ini semua kerja dan tak kesah as long Ain pandai behave dengan 12 lelaki kacak ini. Tapi suami pun faham cara Ain behave, Ain akan kacau budak-budak,” sambil ketawa.

Untuk info Hero Remaja 2020 akan mula bersiaran pada 27 Februari 2020 jam 9 malam di Astro Ria dan Astro Ria HD.

So apa pendapat korang, suka tak Ain jdi hos program ni? Apapun penulis ucapkan good luck and all the best untuk Ain Edruce!

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI