
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) baru sahaja mengumumkan pihak universiti telah membangunkan sebuah aplikasi yang boleh digunakan oleh sesiapa sahaja bagi mencegah penipuan melibatkan penggunaan ijazah palsu.
Aplikasi itu dinamakan sebagai Tasdiq Al-Syahadah (TAS) yang berasaskan teknologi ‘blockchain’, boleh mengesan ketulenan skrol graduan dikeluarkan oleh USIM.
Menurut Naib Canselor USIM, Profesor Datuk Dr Mohamed Ridza Wahiddin, keistimewaan aplikasi itu adalah pada kos pembangunan yang jauh lebih rendah serta dibangunkan melalui kepakaran dalamannya sendiri.

USIM bekerjasama dengan Cyber Security Academia Malaysia (CSAM) dalam menjalani proses penilaian yang dianggotai oleh pakar-pakar keselamatan siber universiti awam dan swasta, selain turut dinilai oleh wakil pakar keselamatan Cyber Security Bristol, United Kingdom.
Difahamkan, semakan maklumat untuk skrol digital hanya boleh dibuat ke atas graduan yang telah memberikan kebenaran kepada aplikasi TAS USIM bagi tujuan perkongsian maklumat.

Aplikasi TAS USIM ini boleh dimuat naik di Google Play Store atau menggunakan versi web TAS USIM yang akan diperkenalkan tidak lama lagi.
Jika lebih banyak lagi universiti dapat mempraktikkan teknologi ini, sudah pasti kita dapat membendung masalah penipuan kelayakan graduan untuk memohon pekerjaan nanti.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber: (1)
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Xiaomi Jalin Kerjasama Dengan Lazada Tawar Harga Berbaloi Bagi Telefon Mi 9T

Baru saja dilancarkan petang tadi, ternyata pengeluar Xiaomi membawakan berita gembira apabila menawarkan “harga runtuh” kepada pengguna apabila menawarkan Mi 9T pada harga RM1099 hanya untuk selama empat hari saja bermula hari ini sehingga 24 hb nanti.
Lebih menarik, pembelian ini hanya ditawarkan di Lazada.com dengan siapa cepat dia dapat sebelum kembali ke harga asal iaitu RM1199.


Datang dengan spesifikasi berbaloi untuk dibeli oleh golongan pertengahan khususnya student dengan harga yang amat menyenangkan sekitar RM1099 (harga asal RM1199) bagi memori 6Gb RAM dan pilihan storan dalam 64GB, pastinya ia amat berbaloi. Tidak hanya 64GB, ada juga pilihan iaitu 128GB dengan harga RM1399.
Xiaomi Mi 9T didatangkan dengan skrin 6.39 inci, panel AMOLED dengan resolusi FHD+, ditambah sokongan HDR serta dilindungi dengan Gorilla Glass 5 bagi tahan lasak, telefon bimbit terbaru ini pastinya akan menjadi pilihan pembeli yang mahukan sesuatu barangan tetapi berbaloi dengan harga.


Lebih menambah “kelajuan”, cip pemprosesannya dijana dengan Qualcomm Snapdragon 730. Jika kualiti gambar antara yang sering menjadi pilihan bagi pengguna ketika membeli telefon bimbit, hal ni korang tak perlu risau kerana Mi 9T ini, kameranya didatangkan untuk mereka yang suka berswafoto.
Kalau selama ini kita tercari-cari angle ketika swafoto, telefon ini agak unik kerana ia menggunakan sistem kamera pop naik. Lebih menambah kesan berbaloi, kamera pop naik ini mempunyai kesan bunyi yang unik bersama-sama dengan lampu LED. Lenda kamera swafotonya adalah 20 MP f/2.2 manakala di belakang lebih cantik kerana menggunakan tiga lensa iaitu 48MP + 8 MP lensa telefoto + 13 MP lensa ultra lebar.
So bayangkan gambar korang yang cantik tu nanti. Didatangkan dalam tiga warna menarik terdiri dari Carbon Black, Flame Red dan Glacier Blue selain finger print, pastinya kalau korang nak pembelian berbaloi dengan wang, inilah masanya.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
8 Aplikasi Edit Foto Yang Korang Boleh Try, Confirm Gambar Cantik

Dah jadi macam satu kewajipan bagi setiap individu untuk memastikan semua gambar yang diupload di media sosial mesti kena nampak cantik dan flawless.
Sampaikan ada yang nampak perbezaan ketara dengan rupa original. Hiks! Tapi tak apa la sebab tu semua hak korang kan?
Terserahlah nak nampak lebih kurus ke, putih atau muka flawless, dalam teknologi zaman sekarang ni semuanya tidak lagi mustahil.
Macam mana nak cantik? Guna saja aplikasi yang ada di handphone korang. Tak tahu nak guna yang mana? Berikut kami senaraikan antara aplikasi mudah untuk edit gambar.
1. PS Express

Adobe Photoshop Express adalah antara salah satu aplikasi terbaik untuk mengedit foto. Aplikais ini mempunyai feature utama seperti crop, straighten, rotate dan flip. PS Express memiliki sentuhan filter pelbagai effect, warna, auto fix dan susunan frame.
2. VSCO

Aplikasi ini sering digunakan oleh pencinta fotografi untuk mengekspreskan seni dalam gambar. Ada banyak filter yang disediakan untuk mengubah tone warna foto supaya nampak lebih real. Selain itu, ada beberapa tools digunakan untuk meningkatkan exposure, highlight dan shadow untuk menaikkan warna dan memberikan kesan klasik.
3. PicsArt Photo Editor

Salah satu aplikasi yang menjadi pilihan remaja kerana PicsArt mempunyai banyak feature yang dapat digunakan untuk mengedit foto dengan baik. Aplikasi ini juga dilengkapi dengan feature kamera built in dan photo sharing untuk mengupload gambar yang telah diedit di media sosial.
4. Pixlr

Aplikasi ini memiliki semua tools basic photo editing serta mempunyai feature kombinasi effect, overlays dan filter secara percuma. Ia juga boleh digunakan secara foto kolaj dengan berbagai pilihan layout dan background.
5. Airbrush

Menyediakan alat retouch yang mudah digunakan dengan pelbagai pilihan filter untuk memberi kesan hasil edit yang baik. Aplikasi ini juga dilengkapi dengan tools editing seperti penghilang jerawat, memutihkan gigi, mencerahkan mata, melangsingkan tubuh dan feature retouch yang artistik.
6. Snapseed

Aplikasi ini memberikan kebebasan kepada pengguna untuk mengawal seberapa banyak foto itu hendak diedit. Snapseed hadir dengan pelbagai jenis filter, termasuk 28 jenis tools yang berbeza. Setelah selesai editing, pengguna dapat mengeksport hasil foto yang telah diedit dengan mudah untuk disimpan.
7. Photo Lab

Memiliki lebih daripada 800 effect yang boleh mencantikkan foto-foto korang. Antara effect yang disediakan adalah, realistic photomontages, stylish photo filters, beautiful frames, creative artistic effects, collages for multiple photos dan banyak lagi.
8. PhotoDirector

Aplikasi edit foto yang multi fungsi dan user-friendly kerana penggunaannya memudahkan untuk menyesuaikan warna dan tone pada gambar. PhotoDirector memiliki kamera built in, jadi pengguna boleh terus menggunakan filter semasa mengambil gambar.
Wah, lepas ni makin cantik la gambar-gambar sis nanti. Hiks!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
5 Cara Jimatkan Pengunaan Data Internet Sepanjang Tempoh PKP

Kami percaya mesti ramai yang ‘bergantung’kepada data internet sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan yang dijalankan di negara kita. Betul tak?
Mana tidaknya, selain menonton movie, confirm korang mencari resipi viral yang dikongsi di media sosial kan?
Doa-doa dan zikir harian juga tidak terkecuali daripada mendapat perkongsian netizen hasil daripada ilmu yang diberikan oleh ustaz dan penceramah bertauliah.
Ya, boleh dikatakan daripada anak kecil sehingga orang dewasa memang bergantung kepada internet bagi kehidupan harian, lebih-lebih lagi diwaktu PKP ini.
Justeru itu, kerajaan Malaysia juga telah mengarahkan kesemua syarikat telco untuk memberi 1GB data internet secara percuma kepada masyarakat. Namun, mungkin ada yang menganggap jumlah 1GB yang diberikan itu terlalu sedikit, terutamanya buat mereka yang kaki internet.
Nah, sebenarnya ada beberapa langkah mudah yang korang boleh buat untuk menjimatkan dan membantu meminimumkan penggunaan data berbanding hari biasa.
Jom kita lihat cara yang dikongsikan oleh amanz.com ini.
1. Tetapkan had dan matikan data mudah alih secara automatik

Ini cara paling mudah yang korang boleh lakukan bagi mengurangkan jumlah data yang digunakan. Korang boleh mengehadkan penggunaan data mudah alih secara terus menerusi tetapan pada peranti.
Korang boleh menetapkan jumlah maksimum data yang boleh diakses untuk tempoh masa tertentu dan peranti akan menyahaktifkan fungsi data mudah alih secara automatik sekiranya penggunaan data melebihi kapasiti yang ditetapkan.
Selain itu, terdapat juga tetapan penjimatan data di mana menghalang aplikasi daripada menggunakan data di belakang tabir tanpa korang tahu. Untuk mengehadkan pengguna data pada peranti Android dan iOS sila ikuti langkah-langkah di bawah.
iOS
Settings > Mobile Data > Mobile Data Options > Low Data Mode
Android
Settings > Connections >Data Usage > Mobile Data Usage > Tekan ikon Gear
Dari sini terdapat dua tetapan yang boleh dipilih. Set data warning untuk memberikan amaran apabila penggunaan data melebihi had yang ditetapkan pengguna.
Set data limit pula mematikan Internet sebaik sahaja kuota data yang ditetapkan dicapai. Dengan dua ciri ini korang tak perlu risau terlebih menggunakan data harian.
2. Hadkan penggunaan aplikasi penstriman
Kebanyakan video yang dimuat naik ke dalam laman sesawang kadang kala bersaiz besar dan mampu menghabiskan kuota data dengan cepat terutamanya aplikasi YouTube. Oleh itu, korang disarankan untuk menonton video pada definisi yang lebih rendah kerana semakin besar kualiti video makan semakin banyak data Internet yang akan digunakan.Banyak aplikasi penstriman popular seperti Netflix dan YouTube menawarkan mod penjimatan bagi men
gurangkan penggunaan data. Melalui tetapan ini, video yang dipaparkan mungkin bukan terbaik tetapi boleh memastikan penggunaan data yang lebih optimum. Cara mengaktifkannya adalah seperti di bawah:
YouTube
• Android : Account > Settings > General > Limit Mobile Data Usage
• iOS : Account > Settings > Play HD on Wi-Fi only
Netflix
• Android : More > App Settings > Video Playback > Cellular Data Usage > Save Data
• iOS : More > App Settings > Cellular Data Usage > Save Data
3. Aktifkan mod penjimatan secara terbina pada aplikasi

Aplikasi media sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram merupakan antara aplikasi yang menggunakan data yang tinggi pada sesebuah peranti mudah alih. Namun begitu, aplikasi ini telah menyertakan fungsi penjimatan data secara terbina yang dapat membantu mengurangkan penggunaan data.
Sebagai contoh Facebook, aplikasi ini mempunyai ciri ‘data saver’ secara terbina yang mana apabila diaktifkan ia akan mengurangkan kualiti imej dan menyekat video daripada dimainkan secara automatik. Selain itu, fungsi automain ini juga boleh dinyahaktifkan menerusi tetapan.
Untuk Instagram pula, korang boleh mengurangkan jumlah data yang digunakan menerusi tetapan tersedia. Klik pada Profil > Settings > Account > Mobile data use > Use Less Data. Melalui tetapan ini, video akan mengambil masa lebih lama untuk dimuat naik apabila menggunakan sambungan selular.
Sebagai alternatif, korang juga boleh mencuba beberapa aplikasi media sosial yang ringan dan bersaiz lebih kecil seperti Facebook Lite, YouTube Go, Messenger Lite, Twitter Lite dan banyak lagi. Aplikasi-aplikasi seperti ini tidak memakan data yang banyak apabila digunakan sekaligus sedikit sebanyak dapat bantu menjimatkan penggunaan kuota Internet.
4. Nyahaktifkan kemas kini dan fungsi muat turun media secara automatik

Korang perasan tak? Korang akan menerima pemberitahuan setiap kali versi kemas kini baru tersedia untuk peranti dan kebiasaannya ia akan dilakukan secara automatik.
Sebaiknya, korang disarankan untuk menyahaktifkan tetapan ini kerana kemas kini secara automatik menelan sejumlah data yang besar. Untuk menyahaktif, korang hanya perlu buka aplikasi:
Google Play Store
Dari dalam aplikasi – Settings > Auto-Update apps > Do not auto update apps.
Apple App Store
Dari Settings > iTunes & App Store > Automatic Downloads > App Updates > Matikan
Melalui tetapan ini juga, korang boleh menetapkan kemas kini secara manual dan kemas kini aplikasi hanya menggunakan Wi-Fi untuk penjimatan lebih menyeluruh.
Korang juga disarankan untuk menyahaktifkan fungsi muat turun media secara automatik pada aplikasi WhatsApp dan Telegram bagi penjimatan data lebih baik.
• Android : Settings > Data & Storage Usage > Media Auto Download > When using mobile data > Nyahpilih semua.
• iOS : Settings > Data & Storage Usage > Media Auto Download > Pilih Never on setiap kategori Photos, Audio, Videos dan Documents.
Telegram
Settings > Data & Storage > Automatic Media Download
5. Matikan data mudah alih apabila tidak digunakan

Langkah paling mudah yang korang boleh buat, matikan data muda alih apabila tidak menggunakan internet. Cara ini secara tidak langsung membantu korang menggunakan data mudah alih secara minima terutamanya pada kuota terhad. Selain itu, korang juga disarankan untuk menyahaktifkan pemberitahuan untuk aplikasi yang tidak diperlukan.
Selamat mencuba!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!


