Uncle Kentang Turun Padang Sumbang 20 Tilam Kepada Unit Kecemasan Hospital Serdang

Share

Selain daripada Ustaz Ebit Lew, hero rakyat Malaysia juga adalah Uncle Kentang yang sering turun padang memberikan bantuan kepada golongan yang memerlukan.

Baru-baru ini, Uncle Kentang atau nama sebenarnya Kuan Chee Heng telah pun menghulurkan sumbangan sebanyak 20 tilam kepada Hospital Serdang bagi keperluan pesakit COVID-19.

Foto: Slumberland Malaysia
Foto: Slumberland Malaysia

Kenyataan ini telah di muat naik oleh laman Facebook rasmi Slumberland Malaysia

dan khabarnya, tilam-tilam tersebut akan ditempatkan di bahagian kecemasan.

Uncle Kentang dilihat turun padang untuk menyerahkan sendiri tilam-tilam tersebut kepada pihak Hospital Serdang.

Foto: Slumberland Malaysia
Foto: Slumberland Malaysia

Tindakan Uncle Kentang mendapat pujian ramai kerana keprihatinannya membantu masyarakat yang ditimpa musibah.

Kita patut bersyukur kerana masih ada individu-individu yang berhati mulia memberikan sumbangan tatkala negara dalam keadaan tidak stabil. Semoga kebaikan mereka dibalas berganda-ganda dan terus menabur bakti kepada masyarakat.

Sumber: (1), (2)

IKLAN