Lindsay Lohan Bahagia Pilih Lelaki Arab, Umum Sudah Berkahwin

Share

Jika sebelum ini, pelakon Hollywood, Lindsay Lohan ini pernah tular memakai hijab tersebar di media sosial.

Malah, ramai yang membuat spekulasi Lindsay kononnya telah memeluk agama Islam, berkahwin dengan jutawan dari negara Arab ataupun sengaja melakukan publisiti untuk kekalkan populariti.

via GIPHY

ARTIKEL BERKAITAN : Lindsay Lohan Ulang-Alik Antara New York Dan Negara Majoriti Islam Untuk Dapat Ketenangan

Terbaru, impian peminat untuk menyaksikan pelakon kesayangan mereka, Lindsay Lohan, 35, melangsungkan perkahwinan akhirnya menjadi kenyataan.

Menurut laporan, pelakon itu akan mengesahkan bahawa dia telah berkahwin dengan memanggil Bader sebagai “suami” dalam posting Instagram yang diterbitkan pada hari Jumaat.

Malah, pada 1 Julai, Lindsey meraikannya hari jadi dan dia memutuskan untuk berkongsi dengan peminatnya dedikasi yang sangat manis untuk teman lelakinya, atau mungkin lebih baik untuk mengatakan suami.

 

Pada Februari lalu, Lindsay Lohan memberitahu dia sudah melakukan beberapa persiapan menjelang majlis perkahwinannya tidak lama lagi. Malah memetik laporan Hollywoodlife, Lindsay berkata dia sudah menempah beberapa pasangan gaun yang akan dipakai pada hari bahagianya itu.

“Saya sudah berbincang dengan kawan saya mengenai gaun… mungkin beberapa pasang gaun,” katanya.

Sebelum ini, pelakon The Freaky Friday itu mendedahkan sudah bertunang dengan Bader Shammas pada 28 November tahun lalu.

Berikutan pelakon filem The Freaky Friday ini memaklumkan dia kini telah berkahwin dengan seorang lelaki berdarah Lubnan dan Kuwait, Bader Shammas.

Ini kami kongsikan beberapa gambar kemesraan mereka.

Foto Via Instagram
Foto Via Instagram
Foto Via Instagram

Pasangan itu mula dikaitkan selepas dilihat bersama menghadiri sebuah festival muzik di Dubai tahun lalu. Lohan dan Shammas kemudian bercinta secara terbuka dan hubungan mereka sangat direstui ibu penyanyi itu, Dina.

Terdahulu, bintang filem Mean Girls itu pernah bertunang dengan Egor Tarabasov, namun putus pada 2016.

Dia juga pernah bercinta dengan Stavros Niarchos, DJ Samantha Ronson, Wilmer Valderrama dan Aaron Carter.

Apapun, congrats guys!

Sumber : People, Instagram Lindsay Lohan

**

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja

untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

IKLAN