Ultraman Bergabung Dalam Marvel Selamatkan Dunia, Warganet ‘Super’ Teruja!

Share

Ultraman bukanlah superhero Jepun tunggal, ada berbagai jenis adik-beradik ultraman yang dikenal dengan nama Ultra Crusaders.

Mereka adalah pahlawan super yang bertenaga cahaya suria berasal dari luar angkasa yang melindungi bumi dari raksasa dan alien.

Terbaru, Marvel Entertainment dan Tsuburaya Productions mengumumkan kolaborasi menerbitkan Ultraman bukan filem namun komik dan novel grafik!

Yeah! Ini merupakan baik buat pengikut setia Ultraman dan Marvel!

Komik & Novel Grafik

Berita mengujakan peminat itu diumumkan pada Tokyo Comic Con, dan akan dilancarkan pada tahun depan.

Dihasilkan pertama kali pada tahun 60-an dengan lebih 50 tahun ditayangkan, hero ini telah menghiburkan peminat seluruh dunia di skrin selain manga dan komik. Hari ini, Ultraman kekal menjadi fenomena global dan kekal mengumpul peminat dengan aksinya.

Umum Ultraman Multiverse tahun 2020

Menurut ketua pengarang CB Cebulski, Ultraman telah membawa pengaruh besar kepada peminat menerusi pelbagai media.

Seperti Marvel, Ultraman telah menawan hati generasi demi generasi dan kekal digemari siri televisyen, filem, mainan, game, komik dan sebagainya. Kami teruja mengumumkan lembaran baru Ultraman Multiverse tahun depan.

Ketua pegawai operasi (CEO) Tsuburaya Production Takayuki Tsukagoshi turut meluahkan rasa terujanya dengan kerjasama itu.

Kami teruja untuk meneroka dan mencipta cerita baru francais Ultraman dengan Marvel dan menyatukan peminat Marvel dan Ultraman di seluruh dunia.

Netizen Turut Teruja

Sumber: Marvel, Gizmodo

IKLAN