Pada asalnya, penulis sekadar ingin meluangkan masa melihat apakah berita dan trend terbaru di Twitter pada hari ini.
Tidak sangka pula, ada fungsi baharu yang muncul di bahagian atas aplikasi tersebut dan ia dikenali sebagai Spaces.
Selepas memperkenalkan Fleets pada tahun lalu sebagai pengganti ‘Instagram Story’ versi Twitter, kini satu lagi fungsi baru mula diuji pada Disember 2020 di kalangan pengguna iOS dan android.
Hanya beberapa pengguna Twitter terpilih dari Barat yang mula mencubanya dan hari ini, barulah kali pertama penulis melihat ia muncul di halaman Twitter peribadi.
Okay, apa sebenarnya Spaces ini?
Jika korang telah memuat turun aplikasi Clubhouse yang membolehkan sekumpulan penggunanya menyertai perbualan audio, Spaces menyerupai fungsi aplikasi tersebut.
Pada halaman timeline korang, Spaces akan muncul bersebelahan dengan Fleets dan ia menunjukkan akaun seseorang yang telah memulakan sesi Space sebagai hos.
Seorang hos boleh menjemput pengikut mereka untuk menyertai perbualan audio di antara hos, ‘speaker’ dan ‘listener’. Hanya 11 orang termasuk hos saja yang dibenarkan bercakap pada satu-satu masa.
Ads
Sebagai follower, kita boleh menyertai perbualan tersebut sebagai listener. Sekiranya kita berminat untuk bercakap, kita boleh menekan butang ‘request’ dan memerlukan hos untuk membenarkan kita menjadi salah seorang daripada speaker.
Hos juga dikatakan boleh menarik semula kebenaran untuk seseorang bercakap.
So do not get on the host’s nerves, people!
Beberapa fungsi Spaces yang sempat penulis terokai adalah butang ‘Share via Tweet’ dan ‘Copy Link’ yang memberikan gambaran sesi tersebut boleh disimpan sebagai post di akaun Twitter hos. Bagaimanapun, penulis masih tidak begitu pasti mengenainya.
Ads
Korang juga boleh berikan emoji, mirip dalam Instagram Live.
Butang ‘View Captions’ pula membenarkan ‘live chat’ dalam sesi Space, mirip chatroom dalam Instagram Live dan sesi Zoom.
*
Banyak betul fungsi yang sama dengan fungsi yang telah sedia ada wujud di aplikasi lain.
Namun, satu kelebihannya berbanding Clubhouse adalah ia membenarkan pengguna iOS dan Android untuk mencuba, tidak seperti Clubhouse yang masih eksklusif kepada iOS saja buat masa ini.
Sebelum ini Apple telah mengeluarkan iPhone 12 dan iPhone 12 mini dengan variasi 5 warna berbeza iaitu putih, hitam, biru, hijau dan merah. Terbaru, Apple telah mengumumkan bahawa kedua-dua telefon pintar itu bakal dilancarkan dengan warna terbaru, ungu.
Ha, bagi mereka yang suka warna ungu dan telah pun upgrade phone korang kepada iPhone 12 mesti bengang kan? Hiks!
Namun begitu, spesifikasi telefon pintar itu masih lagi sama seperti asal cuma bezanya hanya pada warna dengan kemasan berwarna ungu.
Harga bagi warna baru ini ditawarkan seperti berikut:
• iPhone 12 mini 64GB – RM3,399
• iPhone 12 mini 128GB – RM3,899
• iPhone 12 mini 256GB – RM4,099
Harganya agak sedikit berbeza dengan lima warna lain bagi iPhone 12 dan iPhone 12 mini. Namun kami percaya bagi mereka yang inginkan warna ungu ini, pasti tidak ada masalah untuk melabur wang lebih sedikit. Betul tak?
iPhone 12 dan iPhone 12 mini ungu ini akan berada di lebih 30 negara bermula 30 April 2021, dan tempahan dibuka dari 23 April 2021.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Berita baik untuk korang yang dah rindukan kawan-kawan di pejabat atau pun universiti, Whatsapp kini telah membolehkan penggunanya membuat panggilan video dan audio sehingga 8 orang.
Kalau dulu ianya terhad, sekarang korang bolehlah menghubungi ‘geng lepak’ korang dengan hanya menggunakan aplikasi Whatsapp.
Untuk membuat panggilan video tersebut, korang perlu mengemaskini aplikasi WhatsApp terlebih dahulu kepada versi 2.20.140 atau terbaru bagi pengguna Android dan versi 2.20.50 atau terbaru untuk pengguna iOS.
Untuk melakukannya dari grup WhatsApp, korang boleh terus memilih mana-mana ahli grup tersebut sehingga 7 orang dan mula membuat panggilan video atau audio.
Manakala, jika melalui senarai contacts telefon pintar, korang boleh memilih nama contacts yang ada di dalam aplikasi WhatsApp sehingga 7 orang juga.
Cuma, pastikan orang yang korang nak masukkan ke dalam panggilan video atau audio itu telah pun mengemaskini aplikasi WhatsApp mereka kepada versi terkini.
Semalam, pengasas Facebook Mark Zuckerberg telah pun mengeluarkan kenyataan bahawa pihak mereka sudah mula melancarkan pembayaran melalui sistem WhatsApp di Brazil.
Ha, maksudnya selepas ini nak bayar apa-apa boleh pakai WhatsApp saja?
Walau bagaimanapun, ciri ini diperkenalkan di Brazil dan mungkin diperluaskan ke negara lain pada masa akan datang. Selain daripada dapat menghantar dan menerima wang, ciri ini juga turut boleh digunakan dalam membuat bayaran di kedai-kedai tempatan yang menerimanya.
Ciri ini dikuasakan oleh Facebook Pay, sekali gus memudahkan pengguna dan peniaga menggunakan maklumat pembayaran sama di semua platform lain dibawah Facebook dengan kerjasama bank tempatan, termasuklah Banco do Brasil, Nubank, Sicredi dan juga Cielo, iaitu pusat proses pembayaran terkemuka untuk pedagang di Brazil.
Buat masa ini, WhatsApp menyokong pautan kad kredit dan debit daripada beberapa penyedia di Brazil dibawah rangkaian Visa dan Mastercard. WhatsApp mengatakan penghantaran dan penerimaan wang antara pengguna adalah percuma. Tetapi, peniaga akan dikenakan caj pemprosesan apabila menerima pembayaran daripada pengguna.
Namun begitu, ciri ini masih lagi tidak diketahui bila masanya akan dilancarkan ke negara-negara yang lain.
Hm, rasa-rasanya ciri ini memudahkan pengguna di Malaysia ke?