Hubungan antara Internet dengan manusia terutamnya para remaja pada zaman yang serba digital ini bagaikan isi dan kuku, tidak dapat dipisahkan kerana terlalu bergantung dengan kemudahan tersebut.
Foto Via Pexels
Tidak dapat dinafikan, banyak hal positif yang boleh diperoleh ketika melayari Internet, namun terdapat juga kesan negatif dalam kemudahan yang disediakan di seluruh dunia itu. Secara logiknya, kita tidak dapat mengawal semua aktiviti yang dilakukan oleh orang di sekeliling ketika menggunakan perkhidmatan tersebut kerana setiap individu mempunyai hak masing-masing.
Namun, pelajar-pelajar ini nekad untuk menutup media sosial dan mengorbankan waktu remaja dengan belajar tanpa henti. Penghorbanan mereka berbayar apabila mendapat keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021.
Semua penat lelah belajar sejak Tahun 6 berbaloi apabila A Shrreya, 18, dinobatkan antara pelajar cemerlang di Selangor apabila memperoleh gred cemerlang tinggi iaitu 10A+.
Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) (P) Sri Aman itu berkata, sejak berusia 12 tahun dia mengorbankan masa mudanya dengan belajar tanpa henti demi mengejar cita-cita.
Ads
Foto Via Kosmo
“Sebaik angka giliran saya diumumkan sebagai pelajar terbaik, saya betul-betul terkejut dan tidak menyangka sejauh ini pencapaian diperolehi.
“Namun, pastinya pengorbanan ini berbaloi apabila saya melepaskan banyak hiburan dalam hidup antaranya media sosial, bercuti, menonton televisyen dan keluar dengan rakan lain,” katanya ketika ditemui dalam pengumuman keputusan SPM oleh Pengarah Pendidikan Selangor, Rohayati Abd Hamed di sekolah berkenaan, hari ini.
Ads
Anak kepada pekerja swasta dan guru itu berkata, belajar menerusi hibrid ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) juga antara cabaran yang perlu dilalui oleh semua calon SPM tahun lalu.
“Belajar secara dalam talian berbeza dengan bersemuka. Jika dulu tidak faham, kita terus berjumpa guru untuk bertanyakan soalan.
Ads
“Namun saya bersyukur kerana mempunyai sistem sokongan sangat luar biasa seperti guru, guru tuisyen, keluarga dan rakan yang begitu memahami betapa saya suka belajar,” katanya yang bercita-cita mahu menjadi doktor gigi.
Untuk info, seramai 1,803 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 di Selangor memperoleh keputusan cemerlang A+,A dan A- dalam semua mata pelajaran yang diduduki.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Apa saja yang dilakukan oleh Noor Neelofa Mohd Nor, pastinya mendapat perhatian pihak media dan orang ramai. Bukan hanya bergelar seorang pelakon, hos dan ahli perniagaan, selebriti yang merupakan idola anak muda ini sentiasa berusaha untuk menjadi contoh terbaik kepada masyarakat.
Mempunyai pengikutnya yang tersendiri, Neelofa mengambil kesempatan ini untuk melakukan kolaborasi bersama aplikasi digital Islamik global, Muslim Pro menerusi Makna By Lofa.
Projek baru merakamkan makna al-Quran melalui audio suaranya yang membaca setiap maksud bagi ayat suci al-Quran ini adalah satu inisiatif yang dilakukannya kerana kurangnya maksud ayat-ayat al-Quran yang ditulis dalam Bahasa Melayu.
Korang boleh mendengar rakaman makna ayat suci al-Quran dalam juzuk 30 atau Juzuk Ammar oleh Neelofa ini bermula 9 Ogos dan khabarnya, akan hadir dengan fasa kedua dan ketiga bacaan maksud surah-surah terpilih serta bacaan seluruh ayat al-Quran.
Alhamdulillah, ini merupakan satu inisiatif yang boleh membantu anak muda untuk lebih dekat kepada al-Quran. Dunia, dunia juga tapi akhirat jangan sesekali dilupakan. Betul tak?
Thumbs up Lofa!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Hari ini kecoh di media sosial seorang ibu datang ke sebuah sekolah agama (tidak dinyatakan lokasi) dan bertindak menyuruh ustazah yang mengajar anak pendidikan agama merangkak seperti denda yang berlaku pada anaknya.
Dapat dilihat dalam video ini Ustazah tersebut merangkak dan videonya dirakam dan kemudian diviralkan di media sosial.
Perkongsian dari Cikgu Mohd Fadli Salleh di fbnya yang tidak dapat menerima perbuatan dan tindakan tersebut dilakukan terhadap kerjaya guru yang sepatutnya dimuliakan.
Sejam selepas menulis dengan penuh emosi di mana beliau tidak dapat menerima perbuatan tersebut, Cikgu Fadli sekali lagi menulis dia sama sekali tidak menyangka anak murid Ustazah yang dimalukan itu turut sama merangkak, memuliakan Ustazah mereka yang dimalukukan sedemikian rupa.
Korang bacalah sendiri. Patut ke seorang ibu berperangai sedemikian hanya kerana anaknya didenda sebelum itu dan beliau membalasnya dengan perbuatan yang sama.
Anak murid muliakan guru dan sama-sama merangkak, siap bagi amaran jangan ikut Ustazah. Hadoiii..
Ini video tu, korang nilailah sendiri
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bagi yang membesar sekitar tahun 1985 pasti ingat lagi semasa pelancaran kereta nasional pertama iaitu Proton Saga.
Model Proton telah menjadi lambang kebanggaan negara sejak dari tahun 80-an lagi dengan model pertamanya Proton Saga. Pertama kali ia dilancarkan pada tahun 1985, model Proton Saga telah mula dieksport ke pasaran luar negara, khususnya United Kingdom (UK) pada Mac 1989.
Selain Proton Saga, Proton Wira juga antara model-model lama yang pernah di eksport ke luar negara. Malah, model terawal jenama ini juga pernah juga digunakan dalam siri popular Mr. Bean.
Baru-baru ini tular satu gambar seorang lelaki arab sedang duduk di bonet hadapan kereta Proton Wira yang dihiasi dengan riben seperti dia sedang menyambut hari istimewa ketika gambar tersebut ditangkap.
Gambar yang dikongsikan tersebut dirakam di negara Turki berdasar susunan nombor plat pada Proton Wira tersebut. Menurut netizen lain, ada sebuah Facebook Group ‘TUNCER KOÇAK TR PROTON CLUB’ yang terdiri daripada pemilik kereta Proton Wira di seluruh negara tersebut.
Rata-rata komen dari posting ini menyatakan mereka masih setia dengan kereta kebangaan negara kita ini. Facebook tersebut telah mendapat ratusan komen daripada peminat-peminat kereta Proton Wira dari Malaysia.
Untuk info, pelancaran pasaran Proton Wira dilakukan di PWTC pada Mei 1993. Walaupun model Proton Wira tidak dikeluarkan lagi, namun ia masih mempunyai peminat-peminat tersendiri yang masih lagi menggunakan kereta tersebut sebagai kenderaan harian.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!