Tular Memo Kementerian Pendidikan Konon Pelajar PT3 Kena Repeat Kertas BI

Share

Prank dari siapa?

Ini persoalan dari kami mewakili Remaja yang sedang menduduki peperiksaan PT3 bagi Bahasa Inggeris yang bermula hari ini selepas penundaan akibat kemangkatan Almarhum Sultan Ismail Petra.

Sejak petang tadi tular memo kononnya pelajar yang sedang menduduki ujian Pentafsiran Tingkatan 3 (PT3) bagi kertas Bahasa Inggeris akan diulang semula pada 10 Oktober 2019.

Pengulangan ini dilakukan kerana pihak KPM mendapati bahawa berlakunya pembocoran kertas Bahasa Inggeris yang telah berlangsung pada 1 Oktober 2019 jam 11.00-12.00 pagi tadi.

Sehubungan dengan itu, pihak KPM berharap calon-calon PT3 bersabar  dengan masalah ini.

Sekian, dimaklumkan.

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

1 Oktober 2019

Siapa individu yang mahu meraih perhatian masyarakat berikutan berita sebegini?

Carian REMAJA di laman rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia setakat jam 6.10 minit petang tadi TIDAK MENEMUKAN LANGSUNG notis berkenaan. Tapi masuk berita jam 6.19 minit adalah kenyataan dari KPM mengenai isu ini.

Begitu juga carian di laman berita BERNAMA juga tidak menemukan berita berkenaan tersiar kerana Bernama adalah portal rasmi kerajaan.

Justeru itu, timbul pertanyaan PRANK DARI SIAPA NIE?

Motif apa? Kenapa menimbulkan suasana tidak selesa pelajar yang mungkin lemah semangat bila mendengar berita begini!

Belajarlah menghormati hak orang lain khususnya remaja yang bersemangat menduduki ujian PT3 bermula hari ini. Sudah-sudahlah membuat lawak untuk masa depan orang lain.

 

IKLAN