Ini persoalan dari kami mewakili Remaja yang sedang menduduki peperiksaan PT3 bagi Bahasa Inggeris yang bermula hari ini selepas penundaan akibat kemangkatan Almarhum Sultan Ismail Petra.
Sejak petang tadi tular memo kononnya pelajar yang sedang menduduki ujian Pentafsiran Tingkatan 3 (PT3) bagi kertas Bahasa Inggeris akan diulang semula pada 10 Oktober 2019.
Pengulangan ini dilakukan kerana pihak KPM mendapati bahawa berlakunya pembocoran kertas Bahasa Inggeris yang telah berlangsung pada 1 Oktober 2019 jam 11.00-12.00 pagi tadi.
Sehubungan dengan itu, pihak KPM berharap calon-calon PT3 bersabar dengan masalah ini.
Ads
Sekian, dimaklumkan.
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
1 Oktober 2019
Ads
Siapa individu yang mahu meraih perhatian masyarakat berikutan berita sebegini?
Carian REMAJA di laman rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia setakat jam 6.10 minit petang tadi TIDAK MENEMUKAN LANGSUNG notis berkenaan. Tapi masuk berita jam 6.19 minit adalah kenyataan dari KPM mengenai isu ini.
Begitu juga carian di laman berita BERNAMA juga tidak menemukan berita berkenaan tersiar kerana Bernama adalah portal rasmi kerajaan.
Ads
Justeru itu, timbul pertanyaan PRANK DARI SIAPA NIE?
Motif apa? Kenapa menimbulkan suasana tidak selesa pelajar yang mungkin lemah semangat bila mendengar berita begini!
Belajarlah menghormati hak orang lain khususnya remaja yang bersemangat menduduki ujian PT3 bermula hari ini. Sudah-sudahlah membuat lawak untuk masa depan orang lain.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tinggi sungguh imaginasi warganet sampaikan Amazon terpaksa mengubah logo aplikasi membeli belah atas talian gara-gara dikatakan menyerupai Adolf Hitler.
Dilancarkan pada Januari lalu, logo tersebut menampilkan tambahan imej pita pelekat berwarna biru di atas logo ‘senyum’ Amazon. Namun begitu, bentuk pita pelekat yang direka dengan garisan zig zag dikatakan mirip dengan misai pemimpin dictator Nazi tersebut.
Setelah menerima kritikan yang hebat, laman bisnes atas talian gergasi itu telah mengubah rekaan pita pelekat pada logo tersebut kepada bentuk pita pelekat yang memiliki rekaan berlipat pada satu bahagian bucu.
Dalam laporan BBC menurut ketua agensi penjenamaan dan reka bentuk Coley Porter Bell, Vicky Bullen berkata, “Sayang sekali bagi Amazon apabila visualisasi logo awal mereka dikaitkan dengan misai ala Hitler.
“Bentuk itu boleh kekal dalam mind akita dan itu bukanlah yang terbaik bagi syarikat yang pada asasnya memberikan kesenangan kepada para pelanggan yang membeli belah dengan mereka.”
Satu demi satu bencana alam yang terjadi di muka bumi sepanjang tahun 2020 ini dan terbaru, ratusan buah rumah dan lima bandar musnah dalam satu kebakaran yang berlaku di Amerika Syarikat (AS).
Kebakaran yang melanda bandar Oregon itu melaporkan sekurang-kurangnya tiga maut dan disifatkan paling bahaya sehingga meragut nyawa penduduk setempat serta mengakibatkan kemusnahan besar.
Menurut Astro Awani, sehingga kini anggota bomba masih bertungkus-lumus memadamkan api yang marak sehingga menyebabkan lebuh raya utama ditutup akibat asap tebal. Penduduk di daerah barat Oregon diarahkan berpindah segera bagi mengelakkan sebaran risiko keselamatan.
Telah tular gambar di media sosial masyarakat di AS menyaksikan langit berwarna oren disebabkan oleh asap kebakaran hutan yang menghalang sinaran cahaya matahari.
Pada awal tahun ini kita dikejutkan dengan kebakaran yang berlaku di Australia dan kini, ia berlaku pula di Amerika Syarikat. Sama-samalah kita doakan agar bumi kembali sihat dan terhindar daripada bencana.
Sebagai seorang manusia, kitalah yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga dan memelihara kehidupan alam sekitar.
Sejak minggu lalu tular mengenai keadaan sebuah kereta yang agak uzur dalam satu video yang tular di media sosial di mana pemandunya dilihat perlu mengangkat pintu untuk memasuki kenderaan terbabit.
Berikutan itu, netizen menggelar kancil tersebut sebagai Kancil Lejen kerana keadaan kenderaan terbabit yang masih mampu bergerak di jalan raya sekalipun keadaan kenderaan tersebut sudah nampak terlalu uzur. Ada netizen yang turut mendoakan agar pemiliknya dimurahkan rezeki berikutan kenderaan dipandunya.
Keadaan kenderaan ini sudah agak uzur di mana sudah banyak kelompongan pada struktur bentuknya. Gambar FB Buzze Azam.
Namun hari ini menerusi Harian Metro, dikhabarkan Kancil Lejen ini sudah disita pihak berkuasa dan perlu menjalani pemeriksaan Puspakom bagi memastikan Kancil tersebut selamat berada di jalan raya. Namun sesuatu yang amat memeranjatkan, pemandunya tidak mempunyai lesen memandu selain kenderaan terbabit juga sudah tamat cukai jalannya sejak tahun lalu lagi.
KEADAAN fizikal terlalu teruk menyebabkan Perodua Kancil lusuh yang tular di media sosial sebelum ini disita polis, 20 September lalu. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor Superintendan Azman Shari’at berkata, kereta itu tidak sesuai digunakan di jalan raya berikutan keadaannya terlalu teruk.
“Kami sita kereta itu mengikut Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana ia tidak sesuai berada di atas jalan.
Ia bukan saja membahayakan nyawa individu yang memandu kereta itu, malah boleh mengundang risiko kepada pengguna jalan raya lain,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Kancil Lejen ini dalam keadaan amat uzur dan sudah disita. Gambar FB Buzze Azam
Azman berkata, pemilik kereta itu dibenarkan untuk menuntut semula kenderaan berkenaan, namun perlu melakukan pemeriksaan bagi memastikan ia selamat digunakan di jalan raya.
“Kereta itu perlu melakukan pemeriksaan dengan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi menentukan sama ada ia boleh digunakan atau sebaliknya.
“Jika tidak, pemilik perlu menyelenggara kenderaan itu mengikut spesifikasi ditetapkan pihak berkuasa sebelum dibenarkan untuk digunakan di atas jalan,” katanya. Beliau berkata, tidak menjadi satu kesalahan untuk memiliki dan menggunakan kenderaan model lama, namun ia harus diselenggara dengan kerap bagi memastikan ia boleh digunakan di atas jalan raya.
“Ramai individu yang mempunyai minat memiliki kenderaan model lama. Namun, mereka harus tahu bahawa ia perlu diselenggara dengan kerap dengan melakukan pemeriksaan di agensi tertentu.
“Langkah itu penting bagi memastikan kenderaan yang diguna tidak mendatangkan bahaya kepada pemandu serta pengguna jalan raya yang lain,” katanya. Terdahulu, Harian Metro melaporkan Perodua Kancil lusuh itu disita polis selepas ditemui di bahu jalan di Kilometer 15 Jalan Kuala Lumpur-Ipoh di Gombak pada 20 September lalu.
Balutan kulit di sterengnya juga sudah separuh hilang. Gambar Fb Buzze Azam.
Beginilah keadaan di dalam kenderaan terbabit. Gambar FB Buzze Azam.
Semakan mendapati cukai jalan kereta berkenaan sudah tamat tempoh sejak September tahun lalu selain pemandu kenderaan itu berusia 45 tahun didapati tidak memiliki lesen memandu.
Berdasarkan rekod, kereta itu dimiliki seorang lelaki berusia 75 tahun dipercayai ahli keluarga pemandu berkenaan.
Sebelum ini, kisah mengenai kereta yang turut digelar warganet sebagai ‘Kancil lejen’ itu tular di media sosial selepas didakwa dipandu dalam keadaan tidak sempurna di sekitar Gombak dan Kuala Lumpur.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kisah inspirasi seorang remaja cemerlang, hafiz 30 juzuk dan pelajar 10A+ SPM yang berani menolak tawaran besar demi mengejar impian menjadi juruterbang. Keteguhan prinsipnya menyentuh hati ramai.