Tular Foto Kesesakan Ketika Berekreasi, Bukit Broga Ditutup 2 Minggu Mulai 27 Jun

Share

Baru-baru ini, tular foto keadaan sesak di Bukit Broga selepas arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan dikeluarkan oleh pihak kerajaan. Kesesakan ini dikatakan mungkin berpunca daripada kawalan kendiri yang dilakukan oleh pemilik tanah dan pengendali parkir di kawasan tersebut.

Justeru itu, lokasi hiking pilihan masyarakat Malaysia ini bakal ditutup selama dua minggu daripada sebarang aktiviti susulan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) mulai 27 Jun ini.

Menurut APM Daerah Hulu Langat, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Selangor akan mengeluarkan arahan penutupan Bukit Broga mengikut Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (No. 7) 2020.

Hm, ada baiknya juga sekiranya Bukit Broga ditutup sementara bagi menguatkan lagi sistem SOP sebelum dibuka semula. Nanti tak semena-mena timbul pula kluster Broga.

Sumber: Harian Metro & APM Daerah Hulu Langat

IKLAN