
Media sosial boleh membawa banyak kebaikan namun seiring dengan itu, obsesi untuk mendapatkan like dan juga pengikut boleh membawa kepada keburukan. Sekumpulan guru-guru sekolah di SMP Negeri 1 Suela, Lombok Timur kecewa dengan sikap beberapa orang pelajar yang memunat naik aksi mereka memijak kad laporan akademik di laman TikTok.
Menurut guru yang telah menonton video yang panjangnya 12 ke 14 saat tiu berkata, “Cuba tengok ni, sampai hati mereka memuatnaik video sebegini, kami sangat kecewa. Apatahlagi kami tahu video ini dirakam dan dimuatnaik selepas pembahagian kad laporan akademik jam 12.30 tengah hari waku Indonesia Tengah dania dilakukan oleh pelajar-pelajar perempuan kami.”

Sebaik sahaja mengetahui perkara ini pihak sekolah telah memanggil kelima-lima paelajar tersebut dan disiasat oleh pengetua sekolah bersama barisan guru yang lain.Hasil daripada siasatan tersebut pihak sekolah bersepakat megambil keputusan untuk mengembalikan mereka kepada keluarga masing-masing sekaligus perlu keluar dari sekolah tersebut.
Pihak sekolah mengambil keputusan itu untuk tidak membuang mereka, sebaliknya meminta mereka keluar dari sekolah tersebut lantaran sikap yang tidak boleh diterima kerana sudah memijak identiti serta maruah sekolah. Walau bagaimanapun pihak sekolah tetap berbaik hati untuk membantu proses mereka berpindah bagi mendapatkan tempat di sekolah yang lain.
***P/S – Media sosial seharusnya digunakan dengan baik, tindakan sebegini memang tidak boleh diterima. Seharusnya sebagai seorang remaja, sudah boleh berfikir mana yang baik dan mana yang buruk.
Sumber: kompas.com
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tipu Wanita Hingga $10 Juta, Dokumentari Netflix ‘The Tinder Swindler’ Dedah Sisi Gelap Simon Leviev

Dunia digital kini telah menjadikan ‘peta dunia’ semakin kecil. Maksud REMAJA, kita kita berpotensi untuk berkenalan dengan ramai orang dari seluruh dunia dengan hanya menggunakan Internet dan aplikasi cari jodoh yang ada terutamanya aplikasi Tinder.
ARTIKEL BERKAITAN : Siapa Single? Korang Boleh Try Feature Terbaru Facebook Dating Untuk Cari Jodoh

Dokumentari yang dikeluarkan oleh Netflix baru-baru ini boleh dikatakan sangat hebat dan menarik untuk ditonton terutamanya para wanita.
‘The Tinder Swindler’ berceritakan mengenai kisah penipuan seorang lelaki bernama Simon Leviev yang digelar sebagai The Tinder Swindler kerana dia telah menipu ramai wanita sehingga $10 juta (RM41,895,000) menerusi aplikasi tersebut.
Simon atau nama sebenarnya Shimon Yehuda Hayut mendakwa dirinyaanak jutawan berlian Israel iaitu Lev Leviev dan memiliki kekayaan yang maha banyak.

Tapi itu hanyalah ‘lakonan’ lelaki ini sahaja. Sebenarnya Simon Leviev iaitu bintang utama filem dokumentari The Tinder Swindler ini merupakan seorang pelarian. Simon telah meninggalkan negara asalnya iaitu Israel pada tahun 2011 kerana tidak mahu menghadiri perbicaraan mahkamah atas beberapa jenayah berkaitan penipuan yang dilakukan oleh lelaki tersebut dan kemudiannya berpindah ke Finland.
Shimon menukar namanya secara sah kepada Simon Leviev pada tahun 2011 walaupun dia tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan keluarga taikun berlian Leviev.
Pada tahun 2015, Simon telah dijatuhkan hukuman penjara selama dua tahun kerana telah menipu tiga orang wanita. Dia bertemu Cecilie Fjellhoy selepas dibebaskan dari penjara pada tahun 2017.
Modus operandi Simon Yang Sama
The Tinder Swindler mengisahkan tiga orang wanita iaitu Cecilie, Pernilla Sjoholm dan Ayleen Charlotte yang mempunyai pengalaman hampir serupa dengan Simon.

Mereka berkenalan menerusi Tinder, bertemu dan menjalani hubungan jarak jauh bersama lelaki tersebut. Berbeza dengan Cecilie dan Ayleen yang bercinta dengan Simon, Pernilla hanya berkawan baik bersama lelaki itu.
Ketiga-tiga wanita itu melihat gaya hidup mewah Simon seperti memiliki jet peribadi, kereta sport, baju berjenama, hotel mahal dan sering mempunyai urusan perniagaan.
Simon juga sering memberi hadiah dan mencurahkan kasih sayang kepada wanita-wanita itu dan sanggup terbang semata-mata untuk minum kopi atau makan malam bersama pasangannya.
Apabila mereka semakin rapat, Simon mula membuka cerita tentang perniagaan berliannya yang berbahaya dan musuh-musuhnya yang didakwa mahu menghancurkan dirinya.
Simon kemudiannya ‘menjerat’ wanita itu dengan berkata dia sering dalam keadaan bahaya dan mendakwa telah diserang musuh. Lelaki itu akan menghantar gambar pengawal peribadinya cedera parah akibat diserang dan kini berada di dalam ambulans kepada mangsanya.
Semua mangsa Simon diberitahu bahawa lelaki itu telah ditemui oleh ‘musuh-musuhnya’ dan dia telah block kad kreditnya untuk menyelamatkan dirinya daripada serangan musuh.
Simon kemudiannya akan meminta wanita-wanita itu membuat kad kredit baharu dan pinjaman peribadi di atas nama mereka supaya dia tidak dapat dikesan serta menempah beberapa tiket penerbangan.
Wanita-wanita itu menuruti arahan Simon dengan harapan lelaki berkenaan akan mengembalikan wang tersebut kepada mereka tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya.
Dokumentari itu turut mendakwa Simon akan menggunakan wang daripada mangsa terdahulu untuk berseronok bersama wanita lain.
Apa yang lebih menyedihkan adalah Simon dikatakan sudah memiliki kekasih baharu dan kembali hidup kaya raya seperti dahulu walaupun telah disekat daripada menggunakan Tinder tetapi Cecilie, Pernilla dan Ayleen masih lagi membayar beban hutang yang ditinggalkan lelaki itu kepada mereka.
Tonton trailer The Tinder Swindler di bawah.
Hati-hati ye kerana dunia kini semakin ‘bahaya’, takut nanti bukan hanya hati terluka malah duit dan nyawa juga mungkin terancam. Seperti mana, dokumentari dari kisah benar ‘The Tinder Swindler’ di Netflix ini.
BACA LAGI : Netflix Lancar Trailer Dokumentari ‘Britney vs Spears’, Tak Sabar 28 September Ini
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Saya Seikhlas Hati Mohon Maaf…”, Neelofa Minta Maaf Kurang Sensitif Isu SOP

Sebelum ini kecoh di media sosial, apabila netizen mengecam tindakan usahawan dan pengacara popular apabila majlis perkahwinan yang tidak mengikut SOP.
Tak habis dengan itu, tercalit lagi kontroversi pada pasangan dua sejoli ini apabila laporan mengenai keberadaan pasangan pengantin baharu, Noor Neelofa dan PU Haris Ismail di Pulau Langkawi hangat diperkatakan di media sosial apabila mereka didakwa berada di sana untuk berbulan madu.

Tak Sensitif
Terbaru, selebriti dan usahawan terkenal, Noor Neelofa Mohd Noor memohon maaf secara terbuka kerana melanggar prosedur standard operasi (SOP) pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam penganjuran majlis pernikahannya dengan pendakwah PU Riz pada 27 Mac lalu.

Melalui video pendek berdurasi 2 minit itu, neelofa sempat menjelaskan isu merentas negeri dan berkunjung ke pulau peranginan Langkawi awal minggu lalu.
“Saya buat hari ini kerana sudah selesai apabila kami ( Neelofa dan Haris) kedua-dua keluarga hadir ke Balai Polis Dang Wangi bagi memberi kerjasama dan keterangan untuk membantu siasatan pihak berkuasa”
“Alhamdulillah, untuk kehadiran ke baai polis sudah pun selesai. Kalau kita tengok ada pelbagai versi cerita di luar sana berkaitan dua isu ini dan saya seikhlas hatinya memohon maaf atas dua isu ini….”, katanya.
Selain pelanggaran SOP majlis hari bahagianya itu, Neelofa juga mengakui kesilapannya merentasi negeri dengan berkunjung ke pulau peranginan Langkawi awal minggu lalu.
Sehubungan itu, Neelofa dan PU Riz memohon maaf di atas kelemahan mereka kerana kurang menjaga sensitiviti masyarakat berhubung kedua-dua isu tersebut. Malah Neelofa sempat mengucapkan selamat menyambut Ramadan dan bulan puasa.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pernah Disekat & Sambut Konvo Di Airport, Syed Saddiq Bantah Tarik Ijazah Pelajar Protes Minta VC Letak Jawatan

Majlis konvokesyen merupakan satu majlis yang terindah dan dikenang sepanjang hidup, selepas penat lelah belajar hingga bergelar graduan.
Namun insiden baru-baru ini yang viral apabila seorang pelajar membuat “hal” ketika menghadiri hari konvokesyennya sedikit sebanyak menggugat institusi pendidikan negara.
Terpanggil untuk bersuara dan memberikan pendapatnya, Menteri Belia Dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abd Rahman sebentar tadi ada memuat naik sekeping gambar 'throwback' ketika dia menyambut konvo dengan caption yang panjang lebar di laman sosialnya.

Syed Saddiq menceritakan pengalamannya sendiri yang pernah disekat daripada menghadiri majlis konvokesyen kerana kelantangannya menentang rasuah dan salah guna kuasa. Menurut Syed Saddiq yang juga Ahli Parlimen Muar menegaskan setiap orang bebas untuk bersuara dan perkara itulah yang perjuangkannya sejak dari dahulu lagi.
Pernah Merasai Pengalaman
Tambah beliau, pernah disekat daripada menghadiri majlis konvokesyen kerana kelantangan saya menentang rasuah & salahguna kuasa.
Difahamkan hampir 90,000 individu menandatangani petisyen menuntut UM menarik balik ijazah sarjana muda milik Wong Yan Ke menongkah arus apabila membawa naik placard meminta Naib Canselor UMDr Abdul Rahim Hashim meletakkan jawatan ekoran didakwanya memberi ucapan agak rasis ketika Kongres Maruah Melayu berlangsung minggu lalu.

Pun begitu, katanya, menghukum penuntut terbabit dengan menarik balik ijazah yang diterima bukanlah langkah yang wajar.
Perasaan Ibu Bapa
Sebaliknya, orang yang tidak bersetuju dengan tindakan penuntut terbabit boleh mengkritik dan mengecam tindakan tersebut tanpa merampas ijazah yang diusahakan selama lebih empat tahun

Kata Syed Saddiq lagi , majlis konvokesyen adalah detik untuk penuntut meraikan kejayaan yang dicapai, dan lebih penting, menurutnya, waktu untuk ibu bapa berasa bangga melihat anak mereka bersarung jubah dan menggenggam ijazah.

Menurutnya lagi, bagi sesetengah orang mungkin segulung ijazah itu tidak begitu penting, namun keadaan adalah sebaliknya buat ibu dan bapa yang berasa sangat bahagia.
"Siapa yang tak nak hadir majlis konvokesyen sendiri setelah 4 tahun berpenat lelah menuntut ilmu? Akhirnya, “majlis konvokesyen” di Airport bersama mama & abuyah.
Pun begitu, katanya, menghukum penuntut terbabit dengan menarik balik ijazah yang diterima bukanlah langkah yang wajar.
.
Dalam kita bebas bersuara, kita juga perlu belajar untuk menghormati keadaan atau situasi setempat.
.
Jangan disebabkan kita, saat gembira dan bermakna orang lain tercalar. Majlis Konvokesyen adalah majlis untuk kita meraikan kejayaan para pelajar dan yang lebih penting, untuk ibu bapa bangga melihat anak-anak mereka bersarung jubah dan menerima segenggam ijazah.
.
Mungkin bagi kita, segulung ijazah tidak penting, tetapi bagi ibu dan bapa kita, itu sangat bermakna dan membahagiakan.
.
Saya tidak nafikan hak pelajar untuk bersuara tetapi saya secara peribadi percaya itu bukanlah tempat yang terbaik untuk protes kerana hari itu bukan sahaja untuk diri kita sendiri, tetapi untuk kawan-kawan dan keluarga mereka juga.
.
Setiap orang bebas untuk bersuara dan itulah juga yang saya perjuangkan sejak dahulu lagi. Jadi, saya faham bagaimana rasanya suara kita disekat, dikenakan tindakan hanya kerana tidak setuju dengan pentadbiran universiti mahupun negara.
.
Dalam meraikan pendapat semua pihak, kita harus bersedia untuk bersetuju dengan yang tidak bersetuju.
.
Oleh itu, saya tidak bersetuju dengan gesaan untuk menarik balik ijazah pelajar itu. Kita boleh kritik & kecam tindakan beliau tanpa merampas ijazah yang diusahakan selama lebih 4 tahun.
.
Ruang kebebasan harus dipandu dengan sikap bertanggungjawab. Saya menghormati hak demokrasi setiap rakyat tetapi setiap tindakan harus datang bersamanya tanggungjawab. Kita raikan demokrasi yang matang dan tanggungjawab ini harus dipikul oleh pelajar dan universiti.
.
Apa-apapun, tahniah saya ucapkan kepada semua siswa yang sudah berjaya merangkul segulung ijazah. Make your Malaysia proud!,"
Nasihat REMAJA, berfikirlah dengan baik sebelum nak buat apa-apa tu. Macam peribahasa nasi dah jadi bubur, nak kesal pun tak guna. Setiap orang mempunyai alasan dan asbab mengapa mereka melakukan sesuatu tindakan. Chill bro!
Sumber : Instagram Syed Saddiq
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

