‘Tuan Rumah’ Jelaskan Tiada Siapa Rentas Negeri Untuk Majlis Tahnik

Share

 

Setelah tular isu kononnya Dato Sri Khalid Mohamad Jiwa dan Dato’ Sri Siti Nurhaliza tidak patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) bagi majlis tahnik bayi lelaki mereka, Muhammad Afwa pada hujung minggu lalu, hari ini penyanyi nombor satu negara itu tampil menjelaskan situasi sebenar agar orang ramai tidak berprasangka secara pra matang.

Dalam kenyataan yang dimuat naik menerusi akaun Instagram Siti tengah hari ini, ia berkata bahawa tiada individu yang terlibat dalam anjuran majlis tahnik pada 26 April lalu itu yang perlu merentas negeri untuk berada di situ.

Ini merujuk kepada kehadirian penceramah bebas popular, Ustaz Azhar Idrus yang sebelum ini didakwa warganet berada di negeri lain. Justeru, ia telah menyemarakkan lagi cemuhan terhadap pihak tuan rumah dan penceramah itu sendiri yang didakwa merentas negeri demi mengimarahkan majlis tahnik.

“Di sini, kami ingin memaklumkan tiada sebarang aktiviti rentas negeri berlaku. Sebaliknya individu itu bersetuju untuk hadir kerana kebetulan dia memang berada di Kuala Lumpur pada tarikh majlis itu diadakan.

“Mengenai acara tahnik sebelah siang yang dihadiri Menteri Agama, Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri, ia bukanlah majlis khas seperti yang disangka. Sebaliknya, beliau hanya singgap untuk menyempurnakan bacaan doa dan tahnik sahaja sebelum terpaksa bergegas pulang untuk urusan lain,” catat kenyataan tersebut.

Terdahulu, ramai warganet yang berang apabila timbul foto-foto majlis tahnik tersebut di saat ramai rakyat Malaysia yang terpaksa akur dengan larangan untuk merentas negeri bagi tujuan peribadi penting.

Tambahan pula dengan satu persatu kes ‘rentas negeri’ dan melanggar SOP yang dikaitkan dengan golongan selebriti, warganet merasakan seakan wujud situasi double standard yang membenarkan selebriti bebas berbuat apa sahaja tanpa dikenakan sebarang tindakan.

Begitupun, tidak semuanya terlepas gaiss.

Minggu lalu, usahawan dan selebriti, Noor Neelofa telahpun dikenakan kompaun sebanyak RM60,000 di atas penganjuran majlis pernikahannya yang didakwa melanggar arahan penjarakan sosial di antara tetamu.

ARTIKEL BERKAITAN Tiada Yang Terkecuali, Neelofa Dan Keluarga Dikompaun RM60,000 Gara-Gara Tak Ikut SOP – REMAJA

BACA LAGI“Saya Seikhlas Hati Mohon Maaf…”, Neelofa Minta Maaf Kurang Sensitif Isu SOP – REMAJA

IKLAN