Trending Tanda Pagar #EidWithPalestine, Rakaman Rakyat Gaza Raikan Kemenangan Dan Sujud Syukur

Share

Atas pengumuman gencatan senjata awal pagi Jumaat tadi, ramai penduduk Gaza yang terlibat dalam perarakan meraikannya dengan sujud syukur di jalanan. Dalam masa sama, mereka turut melaungkan takbir raya dan mungkin ini kali yang pertama sejak 1 Syawal lalu.

Hal ini bukan sahaja mengembirakan rakyat Gaza malah seluruh umat Islam di serata dunia.

Selepas seminggu menyambut 1 Syawal dan hari raya Aidilfitri, penduduk di Gaza baru sempat menyambut kemenangan mereka ibarat ‘takbir yang tertangguh’, mereka akhirnya turun ke jalanan beramai-ramai sambil bertakbir untuk meraikannya.

Malah trending di laman Twitter dan media sosial dengan tanda pagar #EidWithPalestine.  Agensi berita rasmi Palestin, Shehab News Agency

memuat naik rakaman-rakaman foto dan video yang memaparkan situasi sorakan kesyukuran tersebut.

Mari ikuti rakaman-rakaman itu di bawah ini.

Dalam masa sama, mereka turut melaungkan takbir raya dan mungkin ini kali yang pertama sejak 1 Syawal lalu.

 

 

 

 

Malah, jalan-jalan di sekitar bandar agak sesak dan bingit dengan bunyi hon kenderaan, dipercayai daripada penduduk yang bersorak meraikannya.

 

Alhamdulillah, di hari Jumaat di bulan Syawal ini seluruh umat Islam bergembira menerima berita kemenangan ini. Moga Allah terus lindungi rakyat Gaza dan Masjid Al-Aqsa.

Sumber: Shehab News Agency

IKLAN