Semakin lama, semakin kreatif garapan pereka fesyen terhadap rekaan busana kahwin moden.
Terbaru, pasangan merpati sejoli yang telah melangsungkan majlis resepsi, Alif Muhaimin dan isteri, Nur Fatin Alissa Azam tampil dalam adibusana yang dicipta khas buat mereka hasil kreativiti pereka tempatan, Kashfi Zulkufli.
Ibarat meraikan sang putera dan puterinya yang muncul dari kisah dongeng, kedua-dua bukan sahaja tampak eksklusif dengan permainan warna hitam putih, malah busana masing-masing mempunyai makna yang lebih mendalam lagi kreatif termasuklah nama Alif Muhaimin yang ditenun pada bahagian bahu blazer!
REMAJA menghubungi Kashfi untuk bertanyakan dengan lebih lanjut mengenai idea di sebalik pembikinannya.
Bagaimana timbulnya idea bagi busana Alif dan Alissa?
Kashfi Zulkufli (KZ): Perbualan awal kami bermula kira-kira dua bulan sebelum majlis resepsi berlangsung pada 24 Jun 2023. Harus saya berikan pujian buat Alif dan Alissa kerana mereka datang kepada saya lengkap dengan konsep yang diinginkan. Impian mereka adalah agar busana tersebut tidak bersifat stereotaip seperti pasangan pengantin lain. Oleh itu, saya terapkan beberapa kelainan yang boleh korang lihat di beberapa bahagian busana.
Trend tenun nama pengantin pada busana.
KZ: Buat pertama kalinya untuk majlis resepsi selebriti tempatan, saya perkenalkan idea nama pengantin pada sutnya. Nama Alif Muhaimin menghiasi bahagian kiri sut dengan kontras warna hitam putih dan saya percaya, trend nama yang ditenun ini akan menjadi hot dan lebih ramai pengantin yang akan inginkannya untuk busana kahwin mereka pula.
Ads
Bagi Alissa pula, kami telah menggunakan idea hand-embroidered custom lace yang dicipta khas untuknya sahaja 100 peratus, dari peringkat melukis motif hinggalah menenun.
Tidak ketinggalan, kami juga menyelitkan elemen bow pada bahagian belakang skirt ball gown siap dengan tandatangan Alyssa yang ditenun pada fabrik bow. Selain itu, busana ini juga mempunyai butterfly cape pada bahagian bahu.
Ya, memang banyak perincian unik pada kali ini dan saya terfikir, why not? Ia adalah hari bahagia mereka yang hadir hanya sekali dalam seumur hidup.
Tiara Hitam
KZ: Konsep tiara black diamond yang dipakaikan pada kepala Alyssa mungkin kelihatan janggal jika dipadankan dengan rekaan gaun berbeza, namun untuk busana perkahwinannya ia seakan sentuhan terakhir yang melengkapkan imejnya sebagai raja sehari. Kami customed agar ia kelihatan lain daripada yang lain dengan campuran rona hitam dan perak.
Ads
Nilai Eksklusif Busana Kahwin Alif Muhaimin & Ayssa
KZ: Seperti yang saya kongsikan tadi, Alif dan Alyssa hadir kepada saya dengan bersedia. Bukan sahaja dengan idea malahan bajet yang ingin digunakan bagi mendapatkan busana perkahwinan impian mereka.
Sepasang busana yang dicipta khas seperti ini selalunya bernilai dalam lingkungan RM30,000 dan Alif sedari awal sudahpun bersedia dengan bajet bersesuaian tanpa merintih untuk ditaja oleh pihak kami. Beliau bersetuju dan memberi kebebasan kepada saya untuk merealisasikan apa yang mereka idamkan.
Apapun Kashfi Zulkufli selaku pereka fesyen pada majlis resepsi perkahwinan telah mencipta magis tersendiri yang lari daripada busana stereotaip agar Alif Muhaimin dan Alissa akan mengingati hari istimewa mereka sehingga bila-bila.
Update terkinitentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selepas empat tahun acara ski air tidak dipertandingkan dalam kalendar sukan di Malaysia, taring ratu luncur air negara, Aaliyah Yoong Hanifah nampaknya kekal ‘tajam’ apabila dia merangkul tiga pingat emas semalam menerusi acara terbuka slalom, terbuka tricks dan terbuka jump.
Bertempat di Kompleks Sukan Air Presint 6 Putrajaya, kejayaan Aaliyah bersempena Kejohanan Ski Air & Wakeboard Malaysia semalam bertambah manis apabila dia turut menyambut hari kelahirannya yang ke-20.
Aaliyah menerima ucapan tahniah daripada Menteri Belia & Sukan, YB Hannah Yeoh.
“Sejujurnya, saya tidak berhasrat untuk melakukan yang terbaik dalam kejohanan ini kerana (acara ski) sudah tidak diadakan selama empat tahun di Malaysia. Tetapi sebaliknya, saya diberkati dengan persembahan yang baik.
“Dan untuk memenangi pingat-pingat ini pada hari lahir saya, saya amat gembira telah berusia 20 tahun pada hari ini. ” katanya ketika ditemui pemberita selepas meraikan kejayaannya.
Aaliyah kini sedang bersiap-sedia untuk mengalihkan tumpuannya kepada Kejohanan Dunia Terbuka di Florida, Amerika Syarikat yang akan dilangsungkan pada Oktober 2023.
Bagi kejohanan berprestij ini, adik kepada bekas pelumba F1, Alex Yoong dan saudara kepada pelumba Kejohanan Formula 4 Asia Tenggara, Alister Yoong ini menyasarkan untuk sekurang-kurangnya meloloskan diri ke peringkat final bagi acara terbuka jump & terbuka tricks memandangkan ia bakal disertai pencabar-pencabar hebat dari seluruh dunia.
Terdahulu, Aaliyah telah mencatat sejarah pada bulan Jun lalu setelah menggondol pingat gangsa di Kejohanan Dunia Bawah 21 Tahun di Boca Laguna, Mexico.
Aaliyah yang juga meruupakan pelajar Florida Southern College sekaligus menjadi atlet Malaysia dan dari benua Asia pertama untuk memenangi pingat di pertemuan ski air dunia.
Update terkinitentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Hati memang teringin untuk mencuba produk hign-end yang berharga sedikit mahal.
Iyalah, kan ramai yang cakap kalau yang mahal ini kualitinya bagus. Tapi adakah itu bermakna produk drugstore itu tidak bagus?
Sempena sesi #RemajaDengarKata pada Isnin lalu, penulis sempat untuk bertanyakan kepada Anna apakah 5 produk penjagaan muka yang paling dia minati dan rasakan berkesan.
"First of all, Anna rasakan tak salah untuk mencampur adukkan antara produk drugstore dan juga produk premium. Asalkan kita tahu kandungan produk itu dan ia tidak mendatangkan kesan kepada muka, itu sudah cukup bagus untuk Anna.
"Anna sendiri banyak mencuba produk drugstore. Kebanyakan produk premium pula adalah pemberian daripada jenama itu sendiri, and it works on my face. Jadi, sebenarnya okay saja untuk campurkan produk mahal dengan produk mampu milik," jelasnya.
Ini merupakan 5 produk kegemaran Anna Jobling:
01
AEKIN Tea Tree Oil Toner
"Pada tahun ini saja, saya sudah menggunakan 6 botol toner ini! That is how much I love this produk. Walaupun tidak sampai RM10, ia bagus untuk korang maintain keadaan kulit semula jadi."
02
KIEHL'S Ultra Facial Cream
"This product is so life changing. Anna rasakan ia sesuai untuk diguna pada semua jenis kulit pada waktu siang dan malam. Ia tidak terlalu thick, dan merupakan pelembap kulit yang bagus."
03
Dr.Jart+ V7 Toning Light
"Anna rasakan ramai yang sudah tahu kelebihan jenama ini. Produk ini, in particular akan sekatakan warna dan tekstur kulit. Ia juga mengandungi pelbagai vitamin yang mampu mengubah wajah kusam menjadi lebih sihat.
04
Cle De Peau Essential Correcting Refiner
"Jenama Cle De Peau boleh dikategorikan sebagai baru lagi di Malaysia tetapi ia mempunyai kualiti yang bagus, setanding dengan harganya. I am personally going to ask them to send me some more of their products (ketawa) terutamanya serum ini kerana ia menyegar liang pori kulit yang tersumbat dan dan melembutkan kulit.
05
Lancome Advanced Genifique Serum
"Honestly, Anna mempunyai lebih daripada 8 jenis serum. Ini merupakan salah satu serum yang Anna rasakan berbaloi untuk dibeli walaupun harganya melebihi RM200."
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Atlet olahraga remaja Malaysia, Muhammad Azeem Mohd Fahmi telah membuktikan bahawa dunia sukan dan akademik mampu diseimbangi mana-mana remaja jika punya kemahuan dan iltizam yang tinggi.
Ini setelah bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Gunung Rapat, Ipoh itu memperolehi keputusan 6A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), bulan lalu.
Muhammad Azeem Mohd Fahmi bersama keputusan slip SPM, Mei lalu. Sumber Foto : UTUSAN
Bukan sahaja cemerlang dalam dunia akademik. Awal Julai lalu, Azeem juga cemerlang dalam dunia sukan setelah merekodkan catatan peribadi terbaik bagi acara 100m (10.28 saat) dan acara 200m (20.89 saat).
Secara tidak langsung, Azeem telah melayakkan diri menyertai Kejohanan Olahraga Dunia Bawah 20 Tahun di Cali, Colombia yang bakal berlangsung dari 1 hingga 16 Ogos ini.
Justeru, kejayaan Azeem dalam bidang akademik dan sukan ini telah menarik perhatian beberapa pihak dari dalam dan luar negara yang kini sedang menawarkan pelbagai peluang untuknya melanjutkan pengajian.
Kata Ketua Jurulatih skuad olahraga kebangsaan Mohd Manshahar Abdul Jalil, antara peluang yang hadir termasuklah daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang menawarkan program pengajian diploma dan biasiswa.
Pihaknya juga mendapat tahu minat Universiti Teknologi MARA (UiTM) untuk berbincang dengan lebih mendalam mengenai tawaran mereka kepada Azeem. Khabarnya, Azeem juga turut menerima tawaran daripada dua buah universiti yang berpangkalan di Minnesota, Amerika Syarikat!
Azeem semasa beraksi di Sukan SEA Vietnam, Mei lalu. Sumber Foto : UTUSAN
Sama ada Azeem memilih untuk melanjutkan pengajian di dalam atau di luar negara, Mohd Manshahar berpendapat keputusan tersebut terletak di tangan atlet berusia 18 tahun itu, ibu bapa serta jurulatihnya. Mereka dijadualkan bersemuka bagi membincangkan masa hadapan Azeem dan menentukan destinasi yang akan ditujunya.
Begitupun, Mohd Manshahar berpendapat tidak salah bagi Azeem menyambung pengajian di luar negara sekiranya ia bermakna Azeem akan mendapat tajaan yang baik dan tempat yang bagus.
“Itu hak dia itu memilih. Bagaimanapun, saya rasa yang penting adalah apa yang terbaik untuk dia berada dalam kelompok (pelari) terbaik dunia,” ulasnya kepada pemberita.
Nampaknya, masa hadapan sukan olahraga Malaysia sedang berada di laluan yang cerah apabila satu-persatu atlet negara mencipta kejayaan peribadi.
Ini termasuklah kejayaan Azeem ini dan seorang lagi atlet remaja bernama Jad Rizalman Washif yang telah mencipta rekod baharu MSSD Ranau, baru-baru ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Hubungan istimewa yang sekian lama menjadi teka-teki akhirnya terjawab! Pelakon popular, Bella Astillahdan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq kini selangkah lagi ke fasa baharu...